Apakah perbezaan di antara langganan profesional dan bukan profesional?

Kami telah memperkenalkan tiga pakej paling komprehensif (Expert, Elite dan Ultimate) yang direka bentuk khusus untuk pedagang Profesional (Komersial). Sebagai tambahan kepada keupayaan untuk melanggan kepada pakej data untuk pengguna profesional menurut peraturan dan kadar pelesenan bursa, pelan-pelan ini menawarkan ciri-ciri bergred institusi. 

Bukan Profesional (Pelabur persendirian) juga boleh membeli pelan-pelan ini jika mereka memerlukan keupayaan maksimum yang kami boleh sediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mngenai ciri-ciri yang ditawarkan dalam tingkatan langganan Expert, Elite dan Ultimate kami, sila kunjungi halaman Harga kami dah pilih tab 'Profesional'.

Soalan mengenai status. Siapakah yang dianggap sebagai seorang pedagang Profesional?

Secara umum, penggunaan “Profesional” merujuk kepada aktiviti perniagaan umum di mana data pasaran digunakan dalam dagangan atau menambahkan aktiviti lain bagi pihak perniagaan atau entiti. Penggunaan “Bukan Profesional” merujuk kepada data pasaran yang digunakan untuk kegunaan peribadi sahaja. Ini bermaksud mana-mana orang yang menggunakan data pasaran untuk melakukan keputusan pelaburan bagi pihak majikan, atau terlibat dalam dagangan antara perniagaan atau entiti, adalah dianggap sebagai seorang pengguna Profesional.

Tambahan lagi untuk perkara di atas, mana-mana pengguna yang berdaftar dengan sebuah badan kawal selia kewangan (seperti FINRA, NFA, CSA dll) juga dikira sebagai seorang Profesional.

Jika anda membuat pesanan untuk satu pelan TradingView atau langganan data pasaran sebagai seorang 'Bukan Profesional', anda perlu mengesahkan perkara berikut:

  1. Anda hanya akan menggunakan data pasaran untuk kegunaan peribadi, bukan untuk perniagaan anda atau entiti lain.
  2. Anda tidak berdaftar atau berkelayakan dengan Securities Exchange Commission (SEC) atau Commodities Futures Trading Commission (CFTC).
  3. Anda tidak berdaftar atau berkelayakan dengan mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, persatuan atau badan kawal selia di mana-mana negara.
  4. Anda tidak melakukan apa-apa perkara yang sama seperti kepada yang memerlukan seseorang individu untuk mendaftar atau berkelayakan dengan SEC, CFTC, mana-mana agensi sekuriti, mana-mana bursa sekuriti, atau persatuan atau badan kawal selia, atau mana-mana pasaran kontrak komoditi atau hadapan, atau persatuan atau badan kawal selia.
  5. Anda tidak terbabit sebagai seorang penasihat pelaburan (seperti terma yang dijelaskan dalam Seksyen 202 (a) (11) dalam Investment Advisor's Act of 1940) atau pengurus aset dan anda tidak terbabit dalam memberikan nasihat pelaburan kepada mana-mana individu atau entiti.
  6. Anda tidak melanggan kepada perkhidmatan atas kapasiti anda sebagai prinsipal, pegawai, rakan kongsi, pekerja, atau agen untuk mana-mana perniagaan atau bagi pihak individu lain.
  7. Anda menggunakan modal anda sendiri, yang tidak dibekalkan oleh mana-mana individu atau entiti dalam menjalankan dagangan anda.
  8. Anda tidak melakukan dagangan untuk satu perbadanan, perkongsian, atau entiti lain.
  9. Anda tidak memasuki mana-mana perjanjian untuk berkongsi keuntungan dari aktiviti dagangan anda atau menerima pampasan untuk aktiviti dagangan anda.
  10. Anda tidak menerima ruangan pejabat, peralatan atau kemudahan lain sebagai pertukaran untuk dagangan anda atau kerja sebagai seorang perunding kewangan kepada mana-mana individu, firma atau entiti perniagaan.

Jika anda tidak dapat mengesahkan setiap syarat di atas, anda dikira sebagai seorang pedagang profesional. Dan ini bermakna anda memerlukan satu pelan profesional. Untuk lebih maklumat mengenai status bukan profesional, kamu menggalakkan anda untuk membaca Artikel 10 dalam Terma Perkhidmatan kami.

Status pelanggan boleh ditukar di halaman Akaun & Pengebilan anda dengan mengklik pada butang 'Edit':