Volum untuk Indeks Saham NSE utama

Indeks-indeks dari NSE dengan data volum adalah sekarang satu realiti. Kami menghargai maklum balas daripada pengguna-pengguna kami dan sentiasa mencari jalan untuk memastikan platform kami menjadi sangat mudah dan berinformasi.

Baru-baru ini, ramai bertanyakan kami soalan-soalan: "Dari manakah anda mendapatkan data ini?" dan "Bagaimana anda mengiranya?" Sila biasakan diri anda dengan maklumat di bawah.

Sehingga kini, data volum adalah tidak disediakan untuk indeks saham India. Jadi kami telah memutuskan untuk melakukan satu pengiraan volum kendiri untuk dua indeks paling popular di India - NSE:NIFTY dan NSE:BANKNIFTY. Kami juga bercadang untuk melakukannya untuk semua indeks lain pada masa akan datang.

Volum indeks adalah dikira berdasarkan kepada jumlah volum semua komponen di dalam indeks ini, yang relevan kepada tarikh pengiraan. Jika ada perubahan di dalam komposisi komponen, pengiraan akan dilakukan berdasarkan komposisi baru.

Untuk resolusi harian, volum indeks bersamaan dengan jumlah volum-volum komponen harian. Untuk resolusi berdasarkan minit, ia adalah jumlah volum-volum komponen untuk minit yang diinginkan. Resolusi yang lain adalah dikira sama sepertinya.