Corak carta automatik di TradingView
Untuk menjimatkan masa dan membantu anda menavigasi data kompleks dengan lebih efisyen, anda boleh menggunakan penunjuk terbina dalam pada Carta Super yang mengesan corak carta secara automatik. Alatan ini membenarkan anda mengenal pasti formasi utama dengan cepat tanpa perlu menganalisa secara manual setiap garis dan lilin — memberikan anda cerapan lebih dan menambah baik proses melakukan keputusan anda.
Dalam artikel ini, anda akan mempelajari alatan yang tersedia untuk pengguna TradingView, bagaimana mengakses mereka dan menggunakan sepenuhnya mereka untuk analisis anda.
Apakah corak carta
Corak carta adalah kesamaan dalam elemen carta yang mencadangkan harga berkemungkinan akan bergerak dalam arah tertentu.
Corak carta, seperti corak candlestick, mempunyai tiga jenis yang utama:
- Corak balikan
- Corak berterusan
- Corak Neutral
Jika anda sudah biasa dengan membaca corak carta, anda boleh terjun lebih dalam dan lihat bagaimana alatan automatik kami dapat menjimatkan masa anda dan menambah baik analisis anda.
Bagaimana mengakses corak carta automatik
Anda boleh menemukan alatan automatik kami dalam menu "Penunjuk" pada bar alat atas. Dari situ, klik "Teknikal" dan pergi ke tab "Corak".
Anda akan dapat melihat senarai corak yang tersedia.
Pada bahagian atas senarai, anda boleh melihat "Semua Corak Carta." Penunjuk ini memberikan anda akses kepada corak klasik paling dikenali dan digunakan meluas dalam analisis teknikal moden.
! Nota: Kami mungkin menukar corak yang dikenalpasti penunjuk ini, jadi pastikan anda merujuk artikel Pusat pengetahuan berkaitan.
Anda juga boleh memeriksa penunjuk corak carta automatik lain seperti corak Elliott Waves dan corak Kepala dan Bahu.
Jika anda perlukan lebih maklumat mengenai corak-corak ini — apakah mereka dan bagaimana mereka berfungsi — anda boleh membaca artikel berkaitan dalam Pusat pengetahuan dengan mengklik pada ikon tanda soal di sebelah nama penunjuk.

Alatan berautomasi kami mengenali corak pada pelbagai carta garis, jenis candlestick dan semua carta tersedia di TradingView.
! Nota: Platform kami mencari corak dalam titik sebelum untuk 600 bar/lilin/harga yang dipaparkan. Jika anda perlu pergi lebih ke belakang, anda boleh gunakan mod Ulangan Semula Bar.
Penunjuk automatik vs alatan lukisan
Perkara lain dengan automasi adalah alatan lukisan boleh dilaksanakan berdasarkan kepada penilaian visual, manakala penunjuk terautomasi adalah diposisikan berdasarkan kepada tetapan ditentukan dahulu mereka.
Alatan lukisan, juga boleh dilaksanakan secara manual. Bagaimana anda melihat carta adalah yang penting. Anda boleh menjumpai sesuatu yang tidak dapat dikesan oleh penunjuk disebabkan had yang ia ada.
Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan mana-mana lukisan — termasuk garis trend untuk bucu segi tiga — sebagaimana anda menterjemahkan pembentukan corak.
Penunjuk juga boleh menjadi salah dengan menambahkan ruang lingkup tidak diperlukan dan menjadikan anda terlalu bergantung kepada automasi, di mana lukisan tidak menghadkan perspektif anda. Kami mencadangkan anda mempelajari carta sendiri, kenaikan dan penurunannya, mencari beberapa corak dan barulah anda menggunakan alatan automatik untuk mempertingkatkan perspektif anda.
Oh dan satu lagi…
Kami percaya pada kuasa mesin dan bagaimana komputer membantu kita mendapatkan lebih banyak dengan usaha yang kurang — tetapi manusia masih lagi yang terutama.
Untuk terlibat dalam pertukaran idea mengenai pasaran, anda boleh mula dengan menerokai penunjuk dan strategi komuniti kami. Juga, sebagai pengguna TradingView, anda boleh berkongsi minda dan bersembang dengan pedagang lain untuk berhubung dan meluaskan kenalan anda.
Juga baca: