Apakah Corak Carta?

Corak Carta ialah satu kumpulan penunjuk yang secara automatiknya mencari untuk corak harga yang berulang pada carta. Corak Carta membantu pedagang membina ramalan kebarangkalian untuk pergerakan harga dan menentukan kedudukan sasaran. Corak-corak boleh dibahagikan kepada tiga jenis, bergantung kepada arah di mana harga dijangka akan bergerak selepas mereka terjadi:

  • Corak berterusan
  • Corak balikan
  • Corak tidak dikenalpasti

Corak berterusan termasuk corak-corak seperti bendera dan panji. Corak balikan adalah dua dan tiga puncak, kepala dan bahu, baji. Corak tidak dikenalpasti adalah segitiga dan segiempat.

Tambahan kepada corak mewakili bentuk-bentuk geometri tertentu, terdapat juga corak-corak yang berasaskan kepada teori-teori tertentu seperti Teori Elliott Wave. Berdasarkan kepada teori ini, pergerakan harga adalah berulang dan melalui beberapa fasa. Dengan memahani di mana fasa harga berada sekarang, memungkinkan ramalan dibina untuk mengetahui pergerakan harga seterusnya.

Anda boleh menjumpai semua Corak Carta terbina dalam di menu penunjuk di dalam bahagian Teknikal, kumpulan Corak.

Apabila menggunakan penunjuk, corak-corak sepadan akan dipaparkan pada carta sekiranya mereka dijumpai.

Anda boleh mendapatkan lebih maklumat mengenai penunjuk terbina dalam kami yang mengesan corak-corak secara automatik di dalam artikel-artikel yang berkaitan.