MA harian tidak diplotkan dengan betul atau tidak memaparkan nilai pada carta intrahari

Carta 1H mempunyai hanya satu nilai MA sehari, jadi hanya nilai ini diketahui pada mana-mana resolusi intrahari.

Nilai MA boleh dilihat pada bar intrahari terakhir pada sesi harian (nilai disahkah), dan bar intrahari lain memaparkan N/A kerana tiada pengesahan nilai MA harian padanya.

Sebagai contoh, jika satu simbol didagangkan 24 jam sehari, carta 15-minit akan mempunyai 96 bar untuk setiap sesi dagangan, jadi, nilai resolusi 1H akan dipaparkan pada setiap bar ke 96 – pada bar terakhir untuk hari itu. Dalam kes ini, masa untuk bar terakhir pada sesi ialah 23:45 – pada masa ini anda akan dapat melihat nilai MA harian, manakala bar-bar lain akan menunjukkan N/A.

Jika carta dizum ke dalam, penunjuk adalah dipaparkan sebagai satu garisan lurus, tetapi jika anda zum keluar, anda akan dapat melihat ia diplot dengan betul.