Adakah dagangan automatik disokong?

Pemberitahuan boleh digunakan sebagai asas kerja untuk dagangan automatik pada platform broker yang menyokong ciri ini. Akan tetapi, disebabkan ciri ini tidak tersedia di TradingView, ia adalah tidak boleh untuk memautkan sistem atau Penguji Strategi dengan akaun brokeraj. 

Kami sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan ciri ini di masa hadapan tetapi tidak dapat memberikan anda tarikh sasaran.

Jika anda mempunyai bot, yang boleh menutup atau meletakkan posisi berdasarkan kepada pemberitahuan yang ia terima, anda boleh mencipta satu pemberitahuan dan menandakan pilihan URL Webhook dan mengisikan alamat web bot anda.

Untuk mempelajari lebih lanjut mengenai URL Webhook, sila ikut arahan.

Anda boleh menjumpai satu senarai servis automasi pihak ketiga di sini.

Sila ambil maklum bahawa TradingView tidak mempunyai kaitan affliasi dengan servis pada senarai itu.

Dan saya mahu menegaskan bahawa ini adalah cara kerja dan bukannya satu dagangan automatik sepenuhnya, jadi kami tidak menjanjikan pelaksanaan untuk operasi dagangan.