Untuk menukar data carta kepada mata wang lain, klik pada butang mata wang pada atas skala harga dan pilih mata wang yang anda berminat daripada senarai lungsur turun. Secara lalai, butang akan muncul apabila anda menggerakkan kursor di atas skala.
Apabila menukar satu mata wang, carta akan dikira semula dengan mengambil kira mata wang yang dipilih, termasuk nilai OHLC dan nilai harga terakhir dalam tajuk tab pelayar. Penunjuk juga akan mengambil kira mata wang yang telah ditukar. Sila ambil maklum bahawa bukan semua simbol menyokong pertukaran mata wang.
Mod paparan untuk butang penukaran mata wang boleh ditetapkan di dalam tetapan carta pada tab Skala.
Anda boleh menambah mata wang kepada senarai kegemaran anda – cuma gerakkan kursor di atas mata wang yang diingini dan klik butang Tambah kepada kegemaran (bintang).
Ada beberapa had pada carta dengan mata wang yang telah ditukar: