Time Weighted Average Price

Time Weighted Average Price (TWAP) ialah satu penunjuk dagangan yang digunakan untuk membantu pedagang mengendalikan posisi-posisi mereka di dalam pasaran. Ia dikira dengan membahagikan nilai jumlah satu sekuriti yang didagangkan sepanjang satu tempoh masa tertentu dengan bilangan saham yang didagangkan dalam tempoh masa itu. Nila yang terhasil memberikan satu jalan yang mudah dan efektif untuk mengukur harga purata di mana satu sekuriti didagangkan sepanjang satu rangka masa yang diberikan.

TWAP adalah selalunya digunakan untuk membantu pelaksanaan pesanan-pesanan yang lebih besar tanpa impak yang ketara kepada harga pasaran. Pesanan dibahagikan kepada beberapa pesanan-pesanan lebih kecil yang dilaksanakan dengan satu masa tertangguh di antara mereka untuk memastikan saiz pesanan tidak memberikan impak negatif kepada pasaran. Nilai TWAP mewakili harga purata untuk tempoh masa tertentu dan boleh digunakan secara automatik untuk mengenalpasti satu harga yang sesuai untuk pesanan.

Input

Tempoh Ikatan

Tempoh pengiraan penunjuk. Tetapan ini menentukan Ikatan, iaitu sekerap mana pengiraan TWAP  akan diset semula. Untuk TWAP berfungsi dengan baik, setiap tempoh masa TWAP sepatutnya mengandungi beberapa bar di dalamnya, jadi cth. menetapkan kedua-dua dan rangka masa kepada '1H' tidak berguna kerana penunjuk akan diset semula pada setiap bar. 

Menambahkan satu rangka masa tersuai menerusi menu Selang di atas carta juga akan menambahkan rangka masa itu kepada menu lungsur turun Tempoh Ikatan di dalam tetapan penunjuk.

Sumber

Sumber untuk pengiraan TWAP. Secara tradisinya, nilai purata bar digunakan sebagai sumber. Secara lalai, sumber ialah ohlc4.

Ofset

Menukar nombor ini akan menggerakkan TWAP sama ada Kehadapan atau Kebelakang, relatif kepada pasaran semasa. Nilai lalai ialah kosong.