Mengapakah sambungan dihadkan?

Satu/tab carta dibuka pada versi laman web untuk TradingView (dalam mana-mana pelayar, termasuk pelayar mudah alih) atau dalam aplikasi atas meja adalah dikira sebagai satu sambungan carta. Sebagai contoh, jika anda membuka dua tab carta di dalam Safari dan satu tab carta pada aplikasi atas meja pada masa yang sama, ketiga-tiga tab ini akan dikira sebagai tiga sambungan carta pada masa yang sama.

Setiap pelan mempunyai bilangan maksimumnya sendiri untuk sambungan-sambungan carta pada masa yang sama yang mana anda boleh jumpai di halaman GoPro. Sebaik sahaja had dicapai, sambung paling lama (tab pertama dibuka) akan ditutup. Dan jika anda teruskan membuka lebih banyak tab, ia akan memutup tab yang paling awal dibuka – bilangan sambungan terbuka akan kekal pada bilangan sambungan maksimum.

Untuk sambungan ditutup paling awal, anda akan mendapat mesej pop keluar pada carta:

Jika anda mahu menyambungkan semula dan menyimpan lukisan atau perubahan lain di dalam susun atur carta anda, hanya klik "Pulihkan sambungan" dan kemudian simpan susun atur. Sila ambil maklum bahawa memulihkan sambungan terkini apabila had sambungan telah dilepasi akan memadamkan sambungan di dalam tab lain.

Sila ambil maklum bahawa anda boleh mengoptimumkan sambungan anda menggunakan susun atur carta berganda. Pengguna Essential boleh membuka 2 carta dalam satu tab, pengguna Plus pula sehingga 4 carta, dan pengguna Premium boleh membuka bilangan 8 carta untuk satu tab. Pengguna pelan Profesional kami mendapat lebih banyak ruang untuk pencartaan termaju: 10 carta dalam satu susun atur untuk pelan Expert, 12 carta dalam satu susun atur untuk pelan Elite dan 16 carta dalam satu susun atur untuk pelan Ultimate. Baca lebih lanjut mengenai ciri ini: Bagaimana untuk mengaktifkan mod carta berganda?