Average Day Range (ADR)

Definisi

Average Day Range adalah satu penunjuk yang mengukur ketidakstabilan (volatility) sesuatu aset. Ia menunjukkan pergerakan purata harga antara tinggi dan rendah untuk beberapa hari sebelumnya.

Pengiraan

Untuk mengira nilai purata sesatu hari, penunjuk akan mula mengira purata sepanjang nilai-nilai tinggi harga untuk satu bilangan hari yang ditentukan, kemudian purata antara nilai-nilai rendah pula dikira. Selepas itu ia mengira perbezaan antara nilai-nilai ini. 

Input

Panjang (Length)

Bilangan hari di mana penunjuk akan mengira nilai purata, nilai lalai ialah 14. Perlu diketahui bahawa menetapkannya terlalu rendah akan memasukkan hingar jangka pendek (short-term noise), manakala tempoh yang panjang akan menjadikannya lambat memberikan reaksi kepada pergerakan baru pasaran. 

Gaya

ADR

Togol kebolehlihatan garisan ADR. Anda juga boleh memilih warna garisan, ketebalan dan jenis plot (secara lalai, Garisan digunakan).