Stochastic Momentum Index (SMI)

Stochastic Momentum Index (SMI) ialah satu versi dipertingkatkan untuk pengayun stochastic biasa, yang direka bentuk untuk menjadi penunjuk yang lebih dipercayai yang mengurangkan ayunan palsu dengan mengukur jarak antara harga penutup semasa dan julat median harga tinggi/rendah. Di TradingView, penunjuk menunjukkan kedua-dua SMI dan EMA yang dikira berdasarkannya.

Nilai-nilai SMI selalunya berada dalam julat +100 ke -100, dengan nilai positif menunjukkan bahawa harga penutup adalah lebih tinggi daripada titik tengah julat tinggi/rendah. Sebaliknya, nilai negatif menunjukkan bahawa harga tutup adalah lebih rendah daripada titik tengah.

Seperti pengayun stochastic, pedagang dan penganalisa menggunakan SMI untuk mengenalpasti keadaan terlebih beli atau terlebih jual dalam pasaran. Tambahan lagi, apabila digabungkan dengan penunjuk volum, ia menunjukkan kewujudan tekanan belian atau jualan yang ketara dalam momentum. Selain daripada itu, ia boleh digunakan untuk analisa arah aliran, dengan nilai di atas 40 selalunya diterjemahkan sebagai tanda satu arah aliran bulis dan nilai di bawah -40 adalah bearis.

Pengiraan

Pertama, kira nilai tertinggi dan terendah dalam julat (didefinasikan oleh input "%K Length" dalam tetapan penunjuk). Kemudian kami menolak puratanya dari nilai tutup semasa untuk mendapatkan "relativeRange" untuk nilai-nilai berkenaan:

highestLowestRange = highestHigh - lowestLow

relativeRange = close - (highestHigh + lowestLow) / 2

Selepas itu, kami mengira nilai SMI, yang boleh dikira menggunakan formula berikut: 

smi = 200 * (emaEma(relativeRange, lengthD) / emaEma(highestLowestRange, lengthD))

Di mana 'lengthD' adalah nilai dari input "%D Length" dalam tetapan penunjuk, dan "emaEma" adalah satu Exponential Moving Average untuk satu Exponential Moving Average (kedua-duanya dikira dengan panjang yang sama):

emaEma(source, length) => ta.ema(ta.ema(source, length), length)

Input

%K Length

Bilangan bar kebelakang (tingkap) yang digunakan dalam pengiraan tinggi tertinggi dan rendah terendah. 10 adalah lalai.

%D Length

Bilangan bar kebelakang (tingkap) yang digunakan dalam pengiraan SMI. 3 adalah lalai.

Panjang EMA

Menentukan bilangan bar kebelakang (tingkap) untuk digunakan dalam mengira EMA berasaskan SMI.

Rangka Masa

Menjelaskan rangka masa di mana penunjuk dikira. Pilihan ini membenarkan pengiraan SMI berdasarkan kepada data dari rangka masa yang lain, cth. SMI dikira pada carta 1J akan dipaparkan pada carta 5m.,

Tunggu rangka masa menutup

Menjelaskan kelakuan apabila rangka masa penunjuk lebih tinggi daripada rangka masa carta. Apabila 'Tunggu rangka masa menutup' dipilih, hanya nilai rangka masa lebih tinggi akan masuk dan berkait dengan pada carta apabila rangka masa lebih tinggi selesai.

Gaya

SMI

Boleh togol kebolehlihatan SMI dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan harga semasa sebenar untuk SMI. Boleh juga memilih warna, ketebalan garisan dan gaya garisan SMI.

EMA berdasarkan SMI

Boleh togol kebolehlihatan EMA berdasarkan SMI dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilai EMA semasa sebenar. Boleh juga memilih warna, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Garisan Terlebih Beli

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Terlebih Beli dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilainya. Boleh juga memilih warna, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Garisan Terlebih Jual

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Terlebih Jual Beli dan juga kebolehlihatan satu garisan harga menunjukkan nilainya. Boleh juga memilih warna, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Garisan Tengah

Boleh togol kebolehlihatan Garisan Tengah dan juga menetapkan sempadan pada skala 1-100, untuk Jalur Atas (70 adalah lalai). Boleh juga menentukan warna, ketebalan garisan dan gaya garisan.

Latar Belakang Hlines

Togol kebolehlihatan satu warna Latar Belakang di antara sempadan SMI. Boleh juga menukar Warna dan ketelapan.

Isian Gradien Terlebih Beli

Togol kebolehlihatan satu warna latar belakang gradien untuk kawasan terlebih beli (tinggi daripada garisan terlebih beli 40). Juga boleh menukar Warnanya dan ketelapan dengan pemilih warna pertama.

Isian Gradien Terlebih Beli

Togol kebolehlihatan satu warna latar belakang gradien untuk kawasan terlebih jual (rendah daripada garisan terlebih jual -40). Juga boleh menukar Warnanya dan ketelapan dengan pemilih warna kedua.

Ketepatan

Menetapkan titik perpuluhan pada nilai penunjuk sebelum dibundarkan. Semakin tinggi nilai ini, semakin banyak titik perpuluhan akan ada pada nilai penunjuk.