Fixed Range Volume Profile

Definisi

Penunjuk Fixed Range Volume Profile (FRVP) mengira data volum dalam satu tempoh masa tertentu, membenarkan pedagang menganalisa aktiviti volum untuk satu julat tertentu dan bukannya keseluruhan pergerakan harga satu aset.

Nota: anda boleh membaca lebih banyak mengenai ciri yang dikongsi oleh semua penunjuk Profil Volum dalam artikel Pusat Bantuan Penunjuk Profil Volum: konsep asas .Teks di bawah menjelaskan ciri-ciri unik kepada penunjuk Profil Volum ini.

Bagaimana untuk menggunakan FRVP pada carta anda

1. Pilih Fixed Range Volume Profile dari senarai alatan pada panel sebelah kiri carta seperti yang ditunjukkan di bawah.

2. Klik pada carta untuk memilih titik pertama yang anda mahu mulakan pengiraan anda.

3. Klik pada kawasan lain pada carta untuk memilih titik kedua yang mana anda mahu selesaikan pengiraan anda. Profil volum akan dipaparkan pada carta seperti gambar di bawah.

Pengiraan

Apabila mengira Fixed Range Volume Profile, kami memeriksa satu senarai rangka masa dalam jujukan sehingga bilangan bar dalam selang masa yang mana VP dikira akan menjadi kurang daripada 5000. Jujukan rangka masa adalah: 1, 3, 5, 15, 30, 60, 240, 1H.

Pertimbangkan contoh berikut. Penunjuk FRVP ditetapkan untuk mengira profil untuk tempoh yang bermula pada bar pertama Isnin dan berakhir pada bar terakhir Ahad pada minggu yang sama. Simbol adalah didagangkan 24x7 (khas untuk eksperimen ini, andaikan tiada jurang di mana tiada dagangan terjadi dan setiap minit untuk setiap minggu mempunyai satu bar yang berkaitan dengannya). 

  1. Pertama, penunjuk memeriksa rangka masa "1", melihat bahawa carta 1m untuk simbol ini mempunyai 7H * 1440m = 10080 bar untuk data 1m, yang berada di atas had 5000 bar. Ia memilih rangka masa seterusnya dalam urutan.
  2. Kemudian, penunjuk melakukan perkara yang sama dengan rangka masa "3". Carta 3m untuk simbol mempunyai 7H * (1440 / 3) = 3360 bar untuk data. Ini adalah di bawah had 5000 bar, jadi bar 3m akan digunakan dalam pengiraan FRVP.

Nota: Ada satu bilangan terhad untuk bar-bar rangka masa lebih rendah yang tersedia untuk pengiraan penunjuk. Jika FRVP ditetapkan untuk dikira sangat jauh ke dalam sejarah simbol, berkemungkinan tiada maklumat rangka masa lebih rendah untuk tempoh masa berkenaan. Dalam kes sebegini, rangka masa Carta yang akan digunakan untuk pengiraan.

Untuk menunjukkan keadaan ini, cuba tambahkan FRVP kepada NASDAQ:AAPL, 1H, dan tetapkannya untuk merangkumi tempoh satu hari yang bermula pada 12 Dis, 1980. Tiada rangka masa data lebih rendah untuk selang masa ini, jadi pengiraan FRVP akan dilakukan pada resoluti Carta (1H).

Membina pada satu bar tunggal

Ambil maklum bahawa semasa membina Fixed Range Volume Profile pada satu bar tunggal, keadaan tutup > buka digunakan untuk mengira Volum Naik/Turun, cth., jika tutup > buka, pergerakan harga dikira sebagai Volum Naik, jika tutup <= buka, ia adalah Volum Turun.

Input

Susun Atur Baris / Saiz Baris

Dua input ini menunjukkan cara penunjuk mengira sebanyak mana baris untuk setiap histogram.

Jika Susun Atur Baris ditetapkan kepada “Bilangan Baris”, Saiz Baris menetapkan jumlah bilangan dalam histogram: sebagai contoh, dengan Saiz Baris 25, histogram, atas ke bawah, akan mempunyai 25 baris. Tinggi setiap baris akan dikira secara automatik; dalam contoh di atas, satu histogram Profil Volum merangkumi harga dari 200 ke 300 akan mempunyai (300 - 200) / 25 = 4 titik untuk setiap barisan. 

Jika input ini ditetapkan kepada “Tick Setiap Baris”, Saiz Baris menentukan bilangan tick dalam setiap baris tunggal (1 tick menjadi pergerakan minimum harga untuk simbol ini boleh lakukan: sebagai contoh, untuk NASDAQ:AAPL, 1 tick adalah 0.01 kerana harga perlu bergerak paling kurang 0.01 USD, iaitu. 1 sen). Cth., tetapkan ia kepada 25 akan bermakna setiap baris mempunyai tinggi 25 tick. Dalam kes ini, bilangan baris akan dikira secara automatik, dan histogram Profil Volum merangkumi harga dari 200 ke 300 untuk satu simbol dengan satu tick minimum 0.01 akan mempunyai (300 - 200) / 0.01 / 25 = 400 baris untuk setiap histogram. 

Volum

Togol di antara menunjukkan jumlah volum untuk setiap baris (Jumlah), membahagikan setiap baris kepada naik/turun (Naik/Turun), atau menunjukkan perbezaan mereka (Delta).

Volum Kawasan Nilai (Value Area Volume)

Menentukan peratusan untuk semua volum untuk sesi dagangan yang perlu diserlahkan oleh Kawasan Nilai.

Panjangkan ke Kanan

Parameter Panjangkan ke Kanan membenarkan untuk meneruskan pembinaan profil, termasuk semua lilin sejarah dan semua lilin yang baharu berkembang ke kanan pada koordinat kedua.

Koordinat

#1 (bar) - menetapkan posisi sempadan kiri untuk Profil Volum. VP akan bermula sebelum posisi ini.

#2 (bar) - menetapkan posisi sempadan kanan untuk Profil Volum. VP akan berakhir selepas posisi ini.