Apakah maksud TVC untuk ticker instrumen?

Pada platform kami, anda akan menjumpai instrumen dengan awalan TVC:. Ia tidak menunjukkan mana-mana bursa, tetapi adalah TradingView Charts dan bermaksud data ini dikira oleh TradingView. Kami mengambil data untuk pengiraan dari sumber-sumber berbeza dan selepas pemprosesan, memaparkannya pada carta secara percuma dalam masa nyata.

Simbol di bawah awalan TVC: selalunya adalah CFD dan instrumen berdasarka kepada instrumen popular yang lain seperti indeks dan komoditi: indeks dolar AS, S&P 500, emas dll. Walaupun carta intrumen sebenar dan carta TVC kelihatan sama, membandingkannya adalah salah kerana mereka mempunyai sumber data berbeza.

Semua simbol TVC yang tersedia boleh ditemui dalam carian simbol: cuma taip awalan TVC: dalam ruangan carian:

Jika anda berminat dalam indeks, pilih tab berikut:

Sebagai tambahan, TradingView membekalkan bon kerajaan TVC dari Refinitiv. Ia boleh ditemukan dalam tab Bon:

Sila ambil maklum bahawa instrumen di bawah awalan TVC: adalah berbeza daripada yang datang dari bursa atau peenyedia data lain. Sebagai contoh, untuk instrumen TVC:SPX dan TVC:DJI, kami ada pasangan SP:SPX dan DJ:DJI. Carta-carta untuk pasangan ini adalah serupa dan tersedia untuk semua. Akan tetapi, mereka berbeza kerana dalam halaman SP: dan DJ: instrumen mempunyai data volum, iaitu jumlah volum komponen-komponen mereka.