Apakah kegunaan selang masa berasaskan tick? 

Jika anda adalah pedagang intrahari dan perlu memberikan respon cepat kepada turun naik harga dan menangkap ayunan jangka pendek, dengan selang masa berasaskan tick anda boleh mengakses sehingga 40,000 bar dan mendapat pandangan granular mengenai perubahan pasaran.

Selang masa berasaskan tick juga boleh dirujuk sebagai carta tick. Terma ini selalunya digunakan bersilih ganti.

KANDUNGAN:

Apakah selang masa berasaskan tick

Tidak seperti carta berasaskna masa, yang membina bar/lilin secara berkala dalam blok-blok tetap masa (seperti, setiap bar  pada carta 30S mewakili 30 saat), carta tick mencipta bar-bar berdasarkan bilangan tick yang berturut-turut, tanpa mengambil kira masa yang berlalu. 

Satu carta 10 tick, sebagai contoh, menunjukkan satu bar baharu selepas setiap 10 tick berturut-turut. Satu tick direkodkan mengandungi maklumat harga, masa dan volum, dan setiap bar 10 tick menunjukkan harga tick buka, tinggi, rendah dan penutup utuk setiap set 10 tick. Masa yang berlalu dalam bar 10 tick boleh jadi beberapa saat, seminit, sejam atau sehari. Dalam kata lain, masa yang diambil untuk merekodkan 10 tick tidak memberikan kesan kepada pembentukan carta bar. Satu bar pada satu carta tick menutup selepas ia mengandungi bilangan tick yang diperlukan dan satu bar baharu bermula apabila satu tick baharu tersedia selepas bar terkini menutup. Cop masa yang diberikan untuk setiap bar mewakili masa bermulanya, seperti masa pada tick pertama yang direkodkan.

! Nota: Bar berasaskan tick seperti bar intrahari lain, adalah sejajar dengan permulaan sesi dagangan. Disebabkan itu, satu bar baharu pada satu carta tick akan juga membuka pada permulaan sesi, walaupun jika bar sebelumnya tidak mengandungi bilangan tick yang diperlukan.

Apakah kelebihan selang masa tick

Carta tick memberikan beberapa kelebihan penting.

Mereka menawarkan satu pandangan terperinci untuk aktiviti pasaran. Kerana bar tick terbentuk berdasarkan kepada satu bilangan transaksi yang ditentukan, mereka boleh memberikan satu pandangan lebih jelas bila pasaran paling aktif atau tidak bergerak langsung. Bar tick baharu terbentuk lebih banyak semasa tempoh aktiviti pasaran yang tinggi. Sebaliknya, bar baharu akan kurang muncul semasa tempoh aktiviti pasaran yang rendah. 

Ia memberikan perspektif lebih mendalam mengenai tindakan harga, trend dan volum dagangan, yang membantu memudahkan keputusan dagangan lebih pantas. Perspektif ini adalah berguna untuk strategi jangka pendek seperti dagangan saham singkat (scalping), di mana pedagang mensasarkan untuk mendapat keuntungan kecil berturut-turut dari banyak dagangan pantas.

Ia juga boleh memberikan visualisasi dipertingkatkan untuk tindakan dagangan semasa masa ketidakstabilan sangat tinggi dalam pasaran berbanding carta berasaskan masa.

Pengguna boleh memilih daripada pilihan berikut: 1T, 10T, 100T dan 1,000T. Jadi, anda boleh memuat satu carta di mana bar menunjukkan nilai-nilai untuk setiap tick (1T) atau carta yang memaparkan maklumat untuk 10/100/1,000 tick setiap bar. 

Bagaimana menetapkan carta berasaskan tick

Selang berasaskan tick tidak menyokong jenis carta berikut:

Untuk menggunakan selang masa tick, pilih jenis carta disokong dan pilih selang masa berasaskan tick dari menu di atas carta.

Selain daripada itu, anda boleh menaip 1T, 10T, 100T atau 1,000T pada papan kekunci anda dan menekan "Enter."

Data tick sekarang tersedia untuk hampir semua bursa dan simbol.

Akan tetapi, ia sekarang tidak menyokong:

  • Indeks tanpa volum
  • Opsyen
  • Bon dan hasil kerajaan dengan awalan "TVC:"
  • Simbol penghujung hari (end-of-day)

Jika simbol carta tidak mempunyai data tick, selang masa tick akan dikelabukan dan tidak tersedia dalam menu selang masa. 

! Nota: Hadapan berterusan (simbol "1!" and "2!", contohnya., CME_MINI:ES1!, CBOT_MINI:YM1!) mempunyai kekangan tambahan selain daripada bilangan bar. Panjang data tick maksimum untuk hadapan berterusan hanya boleh mengandungi kontrak terkini dan sebelumnya. Tiada data yang tersedia untuk kontrak terdahulu.

Kekangan selang masa berasaskan tick

  • Selang masa berasaskan tick adalah telah dipra-tetapkan dan tidak boleh diubahsuai
  • Ulangan Semula Bar dan Ujian Belakang Dalam tidak berfungsi dengan selang berasaskan tick
  • Carta berasaskan tick untuk Renko, Garis Putus, Kagi dan PnF masih belum tersedia
  • Pemberitahuan bahagian pelayan (server-side) tidak tersedia untuk selang berasaskan tick
  • Selang berasaskan tick masih belum ada pada aplikasi mudah alih kami
  • Idea awam tidak membenarkan penggunaan carta berasaskan tick

Ringkasan selang masa tick

Carta berasaskan tick membentuk bar-bar berdasarkan bilangan transaksi dan bukannya tempoh masa tetap, memberikan anda pandangan lebih terperince mengenai pasaran. Mereka sangat berguna untuk strategi dagangan jangka pendek, kerana mereka menunjukkan kepadatan pasaran dan menawarkan pemvisualan termaju semasa tempoh masa yang tidak stabil.

Juga baca: