Apakah kegunaan selang masa berasaskan tick?

Selang masa berasaskan tick harga merangkumi bilangan dagangan berturut-turut dan bukannya blok masa tetap. Mereka memberikan pandangan lebih terperinci mengenai perubahan pasaran, yang sangat berguna untuk pedagang harian yang mahu bertindakbalas terus kepada naik turun harga dan menangkap ayunan jangka pendek (short-term swing). 

Apakah yang saya boleh pelajari dari artikel ini?

Artikel ini memberikan gambaran keseluruhan yang komprehensif untuk ciri ini, menyerlahkan soalan-soalan berikut:

  • Apakah kelebihan carta tick?
  • Apakah maksud BETA?
  • Apakah selang masa berasaskan tick yang ada?
  • Siapa yang boleh menggunakan ciri ini?
  • Bagaimanakah untuk menetapkan satu carta berasaskan tick?
  • Apakah data tick yang tersedia? Untuk bursa yang mana?
  • Berapa banyakkah data sejarah tick yang ada?
  • Adakah selang masa berasaskan tick disokong dalam skrip Pine?
  • Apakah kefungsian dan kekangan tambahan?

Apakah carta berasaskan tick?

Tidak seperti carta berasaskna masa, yang membina bar/lilin secara berkala dalam blok-blok tetap masa (seperti, setiap bar  pada carta 30S mewakili 30 saat), carta tick mencipta bar-bar berdasarkan bilangan tick yang berturut-turut, tanpa mengambil kira masa yang berlalu.

Satu carta 10 tick, sebagai contoh, menunjukkan satu bar baharu selepas setiap 10 tick berturut-turut. Satu tick direkodkan mengandungi maklumat harga, masa dan volum, dan setiap bar 10 tick menunjukkan harga tick buka, tinggi, rendah dan penutup utuk setiap set 10 tick. Masa yang berlalu dalam bar 10 tick boleh jadi beberapa saat, seminit, sejam atau sehari. Dalam kata lain, masa yang diambil untuk merekodkan 10 tick tidak memberikan kesan kepada pembentukan carta bar. Satu bar pada satu carta tick menutup selepas ia mengandungi bilangan tick yang diperlukan dan satu bar baharu bermula apabila satu tick baharu tersedia selepas bar terkini menutup. Cop masa yang diberikan untuk setiap bar mewakili masa bermulanya, seperti masa pada tick pertama yang direkodkan.

Sila ambil maklum bahawa bar berasaskan tick seperti bar intrahari lain, adalah sejajar dengan permulaan sesi dagangan. Disebabkan itu, satu bar baharu pada satu carta tick akan juga membuka pada permulaan sesi, walaupun jika bar sebelumnya tidak mengandungi bilangan tick yang diperlukan.

Apakah kelebihan carta tick?

Carta tick memberikan beberapa kelebihan penting kepada pedagang:

  • Mereka menawarkan satu pandangan terperinci untuk aktiviti pasaran. Kerana bar tick terbentuk berdasarkan kepada satu bilangan transaksi yang ditentukan, mereka boleh memberikan satu pandangan lebih jelas bila pasaran paling aktif atau tidak bergerak langsung. Bar tick baharu terbentuk lebih banyak semasa tempoh aktiviti pasaran yang tinggi. Sebaliknya, bar baharu akan kurang muncul semasa tempoh aktiviti pasaran yang rendah.
  • Ia memberikan perspektif lebih mendalam mengenai tindakan harga, trend dan volum dagangan, yang membantu memudahkan keputusan dagangan lebih pantas. Perspektif ini adalah berguna untuk strategi jangka pendek seperti dagangan saham singkat (scalping), di mana pedagang mensasarkan untuk mendapat keuntungan kecil berturut-turut dari banyak dagangan pantas. 
  • Ia boleh memberikan visualisasi dipertingkatkan untuk tindakan dagangan semasa masa ketidakstabilan sangat tinggi dalam pasaran berbanding carta berasaskan masa. 

Apakah maksud BETA?

Carta tick sekarang berada dalam fasa BETA, yang bermaksud mereka tersedia untuk pengguna tetapi masih belum sempurna sepenuhnya dan pasukan kami sedang menambah baik kefungsiannya dari masa ke semasa. Kami sedang mengumpul maklum balas untuk mengenalpasti cara untuk menambah baik ciri ini dan menjadikannya sesuai untuk keperluan pengguna kami. Jika anda mengalami masalah dengan selang masa berasaskan tick atau mempunyai maklum balas untuk perkara yang kami boleh perbaiki, sila kongsikan dengan kami dengan menghantarkan tiket sokongan. 

Apakah selang masa berasaskan tick yang ada?

Pengguna boleh memilih satu daripada pilihan berikut: 1T, 10T, 100T dan 1000T. Jadi, pengguna boleh membuka satu carta di mana bar menunjukkan nilai-nilai untuk setiap tick (1T) atau satu carta yang memaparkan maklumat untuk  10/100/1000 tick setiap bar. 

Ambil maklum bahawa selang masa tick adalah telah dipra-tetapkan dan tidak boleh diubahsuai.  

Siapa yang boleh menggunakan ciri ini?

Carta tick BETA hanya tersedia kepada akaun dengan pelan Professional (Expert, Elite dan Ultimate).

Bagaimanakah untuk menetapkan satu carta berasaskan tick

Semua jenis carta standard (Bar, Lilin, Garis dll.) menyokong selang masa berasaskan tick, seperti carta Heikin Ashi. Ciri ini tidak tersedia untuk jenis carta bukan standard lain (Renko, Garis Putus, Kagi atau PnF). Untuk menggunakan pencartaan berasaskan tick, pilih satu jenis carta yang disokong dan pilih satu selang masa berasaskan tick dari menu di atas carta.


Selain daripada itu, anda boleh menaip 1T, 10T, 100T atau 1000T pada papan kekunci anda dan tekan Enter.

Apakah data tick yang ada? Untuk bursa yang mana?

Data tick pada masa ini tersedia untuk bursa terkemuka, iaitu bursa-bursa yang paling popular mengikut pengguna kami. Kami akan menambahkan sokongan secara beransur-ansur untuk lebih banyak bursa dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai bursa yang mempunyai data tick:

Negara
BursaJenis aset
AustraliaASXsaham
BelgiumEuronext Brusselssaham
Kanada

TSX
TSXV

saham
DenmarkOMX Copenhagensaham
FinlandOMX Helsinkisaham
Perancis
Euronext Parissaham
JermanXETR
FWB
saham

EUREXhadapan
Hong Kong

HKEX

saham, hadapan
IndiaNSEsaham, hadapan
BSEsaham, hadapan
MCX
NSEIX
NCDEX
MSEI
hadapan
IndonesiaIDXsaham
ItaliMILsaham
JepunTSEsaham
MalaysiaMYXsaham, hadapan
BelandaEuronext Amsterdamsaham
NorwayEuronext Oslosaham
PortugalEuronext Lisbonsaham
Arab SaudiTADAWULsaham
SwedenOMX Stockholmsaham
ThailandSETsaham
TFEX
hadapan
TurkiBISTsaham
United KingdomLSEsaham
USANASDAQ
NYSE
NYSE Arca
OTC

saham

CBOEsaham, indeks
CME Grouphadapan

Seluruh dunia
FXCMforex
ICE (ICE Data Services)

Seluruh dunia

Binancekripto
Bitstamp
Coinbase


Jika satu simbol carta tidak menyokong selang masa tick, pilihan akan dikelabukan dan tidak tersedia pada menu selang masa.

Berapa banyakkah data sejarah tick yang ada?

Bilangan maksimum data sejarah tick adalah bergantung kepada langganan TradingView dan simbol carta. Pelan Expert boleh mengakses sehingga 25,000 bar sejarah, pelan Elite boleh mengakses sehingga 30,000 bar dan pelan Ultimate boleh mengakses sehingga 40,000 bar. 

Ambil maklum bahawa hadapan berterusan (simbol "1!" and "2!", contohnya., CME_MINI:ES1!, CBOT_MINI:YM1!) mempunyai kekangan tambahan selain daripada bilangan bar. Panjang data tick maksimum untuk hadapan berterusan hanya boleh mengandungi kontrak terkini dan sebelumnya. Tiada data yang tersedia untuk kontrak terdahulu.

Adakah selang masa berasaskan tick disokong dalam skrip Pine?

Penunjuk dan strategi yang digunakan kepada carta berasaskan tick melakukan pengiraan yang sama seperti biasa. Tambahan lagi, skrip Pine boleh memohon data berasaskan tick (dengan syarat anda mempunyai satu daripada pelan Profesional). 

Apakah kefungsian dan kekangan tambahan?

  • Data tick sekarang tersedia untuk kebanyakan bursa popular. Untuk mengakses data ini, anda hendaklah mempunyai satu pelan Profesional. 
  • Selang berasaskan tick adalah dipra tetapkan dan tidak boleh diubahsuai.
  • Ulangan Semula Bar dan Ujian Belakang Dalam tidak berfungsi dengan selang berasaskan tick.
  • Carta berasaskan tick untuk Renko, Garis Putus, Kagi dan PnF masih belum tersedia.
  • Pemberitahuan bahagian pelayan (server-side) tidak tersedia untuk selang berasaskan tick.
  • Selang berasaskan tick masih belum ada pada aplikasi mudah alih kami.
  • Adalah tidak dibolehkan untuk menerbitkan idea Awam yang menggunakan carta berasaskan tick.