Ulangan Bar: bagaimana dan mengapa untuk menguji strategi pada masa yang telah berlalu
Ulangan Bar membolehkan pengguna untuk mensimulasikan pergerakan harga sebelum untuk ujian strategi. Alat ini membantu pedagang dalam memperhalusi strategi dengan menganalisa sejarah gelagat pasaran dan melatih membuat keputusan dagangan tanpa pendedahan kewangan sebenar. Ia menawarkan cara tanpa risiko, interaktif dan dinamik untuk mempertingkatkan kemahiran dagangan anda, menambah baik strategi dan mendapatkan cerapan berguna ke dalam sejarah gelagat pasaran.
KANDUNGAN:
- Mengapakah anda memerlukan Ulangan Bar
- Menggunakan Ulangan Bar
- Menggunakan lukisan dan penunjuk
- Hotkeys
- Extra tips
Mengapakah anda memerlukan Ulangan Bar
Dagangan sejarah bermula pada satu titik dipilih dengan kelajuan ulangan dikawal yang membenarkan pedagang melihat prestasi strategi. Tetapi, Ulangan Bar bukanlah hanya tentang mengetahui perkara lalu, ia boleh membantu pedagang berfikir ke masa hadapan. Berikut adalah beberapa kebaikan utama Ulangan Bar.
Penambah baikan strategi: Guna analisis harga sejarah dan dagangan disimulasikan untuk menguji dan perhalusi strategi dagangan, mengenalpasti peluang penambah baikan.
Pembelajaran realistik: Pendedahan kepada pensimulasi keadaan pasaran sebenar dan mendapatkan gambaran praktikal kepada prestasi strategi.
Cerapan sejarah: Teliti pergerakan harga lalu, pedagang untuk menjumpai corak dan trend untuk keputusan termaklum.
Latihan tanpa risiko: Bina keyakinan dan pengalaman menerusi latihan tanpa pendedahan kewangan sebenar.
Kelajuan yang pelbagai: Kawal kelajuan ulangan semula untuk mempelajari alatan dan strategi dengan efektif.
Menggunakan Ulangan Bar
Menguasai ciri baharu memerlukan masa. Berikut adalah panduan pantas untuk anda bermula.
Buka Ulangan Bar: Untuk bermula, cari butang "Ulangan Bar" pada panel atas di carta anda — ia kelihatan seperti butang ulang semula (rewind) pada video.

Navigasi ulangan semula: Dalam panel ulangan semula, anda akan menjumpai butang mainkan semula (playback) yang berfungsi sama seperti dalam pemain media. Cuba butang-butang ini untuk mempelajari tentang ciri navigasi mereka.

Pilih titik permulaan: Anda sekarang boleh memilih satu titik permulaan untuk mainan semula anda. Apabila anda menggerakkan kursor anda di atas skrin carta, satu garisan biru menegak dengan gunting akan muncul. Klik pada tarikh dan masa mula yang anda mahukan.
Di sini, anda boleh memilih tarikh khusus untuk menjadikan mana-mana bar dalam sejarah carta sebagai titik mula untuk ulangan semula anda. Dengan cara yang sama, anda juga boleh memilih butang "Pilih hari tersedia pertama" untuk bermula dari tarikh terawal carta.
Anda boleh memilih fungsi "Bar rawak" yang boleh membawa anda kepada satu bar rawak dalam carta.

Mulakan mainan semula: Klik butang "Main" untuk memulakan mainan semula. Anda boleh mengawal kelajuan mainan semula sebelum atau semasa mainan semula mengikut kegemaran anda.

Pergerakan manual: Perlahankan mainan semula untuk mendapatkan semua butiran. Untuk menggerakkan satu langkah pada satu masa, hanya klik butang "Ke hadapan".

Pantau status: Anda boleh memeriksa status paparan carta untuk melihat bila Ulangan Bar dimainkan. Simbol mainkan semula menunjukkan carta berada dalam mod mainkan semula. Tanpa mainkan semula, simbol ini tidak akan muncul.

Tukar titik mula: Anda boeh menukar kepada satu titik mula berbeza walaupun semasa mainkan semula. Pilih dari “Pilih bar,” “Pilih data,” atau “Bar rawak” untuk menambahkan satu titik mula kepada analisis anda.

Pelbagai carta: Anda boleh menjalankan Ulangan Bar serentak pada semula carta dalam susun atur dan menjejak dinamik perubahan dalam satu atau beberapa simbol berbeza pada rangka masa berbeza dalam satu titik masa.
Apabila menukar kepada satu ruang kerja dengan beberapa carta, anda boleh memilih mod mainkan semula: sama ada carta semasa atau semua carta.

Dalam mod carta tunggal, anda boleh melancarkan ulangan semula hanya pada satu carta dan ia akan berfungsi sama seperti sebelumnya.
Apabila anda memilih bar mula dalam mod “Semua carta”, garis mula akan muncul pada semua carta dalam susun atur. Apabila anda memilih titik mula pada satu carta, carta-carta lain akan disegerakkan dalam masa supaya titik ulangan semula pada setiap cart adalah dalam kawasan yang boleh dilihat.

Ulangan semula adalah disegerakkan dalam masa, jadi carta dengan rangka masa berbeza bekerja bersama-sama — carta dengan rangka masa lebih besar akan menunggu data dari carta-carta dengan rangka masa lebih kecil. Sebagai contoh, carta dengan rangka masa mingguan tidak akan menunjukkan bar baharu sehinggalah tujuh bar telah dimuatkan pada carta harian.
Hentikan ulangan semula: Anda boleh menghentikan ulangan semula dan kembali kepada data langsung dengan menggunakan butang "Pergi ke carta masa nyata". Ini membawa anda terus kembali kepada situasi pasaran terkini.

Tutup panel ulangan semula: Anda boleh menutup panel ulangan semula dengan mengklik butang "X" atau mengklik butang "Ulangan Bar" sekali lagi.

Menggunakan lukisan dan penunjuk
Lukisan dan penunjuk dalam Ulangan Bar berfungsi dengan agak berbeza berbanding carta biasa dari segi tujuan dan fungsi.
Dalam Ulangan Bar, lukisan berfungsi sebagai anotasi untuk data harga sejarah, membantu dalam ujian strategi. Anda boleh mencipta lukisan dan ia akan disimpan selepas anda menutup Ulangan Bar.
Penunjuk memberikan gambaran ke dalam pergerakan harga lalu berdasarkan parameter yang dipilih, membenarkan anda menilai prestasi penunjuk untuk penambah baikan strategi. Dalam Ulangan Bar, penunjuk boleh digunakan untuk mengulang semula data untuk pengiraan.
Dengan Ulangan Bar, anda boleh mengakses semua data tersedia, sama ada selang masa 1 jam, 1 minit dan juga 1 saat. Anda akan mendapat akses kedalam penuh untuk sejarah data dan boleh memainkan mereka dalam mode Ulangan Bar sejauh mana data simbol itu ada dalam TradingView.
Jumlah data sejarah adalah berbeza-beza bergantung kepada simbol dan selang masa carta dipilih. Selang masa intrahadi menunjukkan jumlah data yang terhad. Disebabkan itu, data selang masa intrahari mungkin lebih pendek dari data harian.
Sebagai contoh, jika anda memainkan semula saham Apple pada selang masa harian, sejarah harian bermula dari 12 Disember, 1980, manakala data 1 minit AAPL bermula dari 3 Januari, 2000, dan bar 1 saat terawal dalam tarikh ulangan semula adalah dari 1 Ogos, 2022.
Untuk beberapa simbol, kami ada data 1 minit bermula dari tahun 2011, untuk yang lain semenjak tahun 2009, manakala ada yang menjangkau lebih jauh ke tahun 2000. Jadi, anda boleh memainkan semula sehingga 20+ tahun data mini dalam mod ulangan semula. Pada masa yang sama, simbol-simbol lain mempunyai sejarah intrahari yang lebih pendek, menyebabkan kurang data tersedia dalam ulangan semula.
Untuk semua rangka masa berasaskan saat, TradingView menyimpan data bermula dari bulan Ogos 2022, dan bar saat terawal dalam tarikh Ulangan Semula adalah dari 17 Ogos, 2022.
Simbol | Bar 1 saat bermula | Bar 1 minit bermula | Bar harian bermula |
NASDAQ:AAPL | 17 Ogos, 2022 | 3 Januari, 2000 | 12 Disember 12, 1980 |
NASDAQ:MSFT | 17 Ogos, 2022 | 3 Januari, 2000 | 13 Mac, 1986 |
SP:SPX | 17 Ogos, 2022 | 3 Januari, 2000 | 1 Januari, 1871 |
TVC:VIX | 17 Ogos, 2022 | 8 April, 1997 | 3 Januari, 1990 |
TVC:DXY | 17 Ogos, 2022 | 13 Mac, 2007 | 31 Januari, 1967 |
FX:EURUSD FX:GBPUSD | 17 Ogos, 2022 | 28 November, 2001 | 4 Januari, 1971 |
BITSTAMP:BTCUSD | 17 Ogos, 2022 | 18 Ogos, 2011 | 18 Ogos, 2011 |
BITSTAMP:ETHUSD | 17 Ogos, 2022 | 7 Ogos, 2015 | 7 Ogos, 2015 |
Had ulangan semula di atas adalah tidak termasuk carta niaga hadapan berterusan — simbol 1! dan 2! (contohnya, ES1!, BANKNIFTY1!), dan untuk kontrak hadapan dengan tetapan diaktifkan "Guna penyelesaian sebagai tutup pada selang harian", erana mereka mempunyai had intrahari harian khas disebabkan sifat sintetik mereka.
Untuk mencari di mana bar boleh mainkan semula terawal untuk beberapa simbol, hanya aktifkan mod Ulangan Semula, pilih “Pilih tarikh…” dalam menu lungsur turun dalam panel ulangan semula dan kemudian tekan “Pilih hari pertama tersedia”.

Dengan ini, anda boleh memulakan ulangan dari bar pertama atau dari mana-mana bar dalam sejarah yang ada dari menu “Pilih tarikh”.
Untuk mengakses lebih banyak data intrahari dengan mendalam, anda boleh memilih titik mula untuk Ulangan Bar pada satu rangka masa lebih tinggi dan kemudian menukarkannya kepada satu rangka masa lebih rendah.
Sebagai contoh, jika anda mahu memainkan bar lama 1 minit, anda boleh pergi ke rangka masa harian, aktifkan mod Ulangan Semula, pilih pilihan “Pilih bar” dan pilih titik mula secara manual di mana-mana dalam carta mengikut had pelan anda. Kemudian tukar kepada rangka masa 1 minit dan tekan "Mainkan".

Jika titik permulaan yang ditentukan untuk ulangan adalah terlalu jauh dan tiada data yang tersedia untuk tempoh masa tersebut, Ulangan Bar akan membawa anda kepada bar pertama yang ada secara automatik.

Apabila anda menukar rangka masa dari tinggi kepada lebih rendah, mungkin terjadi data tersedia untuk rangka masa lebih tinggi (cth. 1 hari) yang tidak tersedia pada carta rangka masa lebih rendah (cth. 1 min) kerana had intrahari pelan telah dicapai atau tiada data intrahari dalam simpanan kami sejauh masa itu. Dalam kes ini, anda akan dapat melihat mesej “Titik data tidak tersedia” pada bucu kiri bawah carta dan rangka masa anda akan kekal sama.
Jika anda masih mahu menggunakan rangka masa lebih rendah dalam Ulangan Bar, anda perlu memilih satu titik awalan di mana satu data rangka masa lebih rendah tersedia dengan menggunakan pilihan “Pilih tarikh” → “Pilih hari pertama tersedia”.

Kekunci panas
Bergerak dengan efisyen adalah penting. Kekunci panas boleh digunakan dalam Ulangan Bar untuk membantu anda mengawal mainan semula dengan pantas dan mudah dari papan kekunci tanpa menggunakan tetikus atau pad penjejak.
Untuk bermula atau menghentikan sementara mainan semula, hanya tekan "Shift + ↓."
Untuk bergerak satu langkah ke depan, hanya tekan "Shift + →."
Petua tambahan
Semakin anda mengetahui Ulangan Bar, anda akan mula memahami bagaimana ia berfungsi. Sebelum anda berlatih, ada beberapa petua berguna:
- Pemberitahuan bahagian pelayan (server-side alert) berterusan berdasarkan data masa nyata
- Menjana pemberitahuan bahagian pelayan baharu adalah tidak dibolehkan semasa ulangan semula
- Pesanan dagangan dilaksanakan menggunakan data masa nyata, termasuk yang di dalam Dagangan Kertas dan dengan broker lain
- Sebut harga ada pada panel dagangan dan dalam senarai sebut harga bersamaan dengan data masa nyata apabila berada dalam mod ulangan semula
- Regression trend dan fixed range volume profile adalah tidak aktif semasa ulangan semula
- Adalah tidak dibenarkan untuk memainkan semula bar dalam segmen lebih kecil
- Jenis carta berikut adalah tidak serasi dengan Ulangan Bar — Renko, Kagi, PnF, Julat, Garis Putus, Volume footprint, Time Price Opportunity.
- Ulangan Bar tidak berfungsi dengan carta spread dan carta berasaskan tick
Kesimpulan Ulangan Bar
Ulangan Bar adalah ciri berkuasa TradingView yang membenarkan anda mensimulasikan sejarah keadaan pasaran untuk ujian strategi dan pembangunan kemahiran.
Anda boleh memilih mana-mana titik permulaan daripada data sejarah yang tersedia (bermula dari data harian dalam dekad kepada data saat ke saat) dan memainkan semula pergerakan pasaran pada kelajuan disesuaikan.
Alat ini menyokong penyegerakkan berbilang carta, berfungsi dengan lukisan dan penunjuk dan memberikan peluang latihan tanpa risiko.
Juga baca: