Penunjuk Time Price Opportunities (TPO)
Dengan penunjuk Time Price Opportunities (TPO), juga dikenali sebagai "Profil Pasaran", anda boleh menganalisa aktiviti pasaran dengan tingkatan harga semasa ia terbina menerusi masa. Ia memberikan perspektif unik untuk dinamik pasaran, pengagihan harga dan sasaran harga untuk membantu meramalkan gelagat pasaran akan datang.
Di TradingView, anda juga boleh mengakses TPO sebagai jenis carta. Tetapi di sini, kami akan memfokuskan kepada penunjuk, kerana ia adalah asas untuk kedua-dua alatan analisis teknikal ini.
KANDUNGAN:
- Apakah penunjuk TPO
- Prinsip pengiraan TPO
- Bagaimana membaca TPO
- Single prints
- Poor high dan poor low
- Memisahkan dan menggabungkan profil
- Tetapan penunjuk
Apakah penunjuk TPO
J. Peter Steidlmayer membina konsep Time Price Opportunities di Chicago Board of Trade (CBOT) pada tahun 1980-an. Profil TPO mencapai kepopularan di pasaran hadapan dan komoditi dan sekarang digunakan secara meluas dalam seluruh sektor.
Time Price Opportunity memvisualkan blok-blok masa yang digunakan pada setiap tingkatan harga profil dan urutan laluan peringkat dalam tempoh masa profil.
Ia membantu mengenalpasti tingkatan harga dan corak pasaran ketara yang mungkin tidak kelihatan dengan jelas semasa memeriksa data harga mentah.

Prinsip pengiraan TPO
Penunjuk memaparkan profil TPO di bahagian kiri pada setiap tempoh masa dan satu pilihan Profil Volum di bahagian kanan.
Profil TPO
Anda boleh menentukan bilangan hari, minggu atau bulan yang akan dirangkumi oleh tempoh masa profil.
Kemudian, penunjuk akan membahagikan tempoh kepada blok masa yang sama berdasarkan saiz blok ditentukan pengguna (5, 10, 15, 30 minit dan 1, 2 atau 4 jam).
Setiap blok masa berturutan akan sepadan dengan satu huruf. Jujukan bermula dengan huruf besar dari A ke Z, Jika lebih banyak blok masa diperlukan, penunjuk akan menggunakan huruf kecil dari a ke z. Penunjuk akan mengulangi proses ini jika tempoh masa mengandungi blok masa yang cukup untuk menggunakan semua huruf yang ada.
Penunjuk mencipta satu tingkatan harga (baris) untuk setiap tempoh masa berdasarkan kepada saiz baris yang telah ditentukan. Ia boleh mengira saiz baris secara automatik, atau pengguna boleh menentukan bilangan ticks setiap baris secara manual.
Profil memaparkan satu blok pada satu tingkatan harga untuk setiap segmen masa di mana harga melintasinya. Sebagai contoh, satu blok "A" terdahulu muncul pada baris bermaksud harga pasaran telah mencapai tingkatan berkenaan semasa blok masa pertama.
TPO value area (VA)
Kawasan nilai (value area) adalah julat harga di mana ia mengandungi satu blok TPO yang besar tertumpu dalam satu tempoh masa. Ia mencadangkan julat harga di mana peserta pasaran paling berminat. Pedagang selalu menggunakannya untuk mengenal pasti tahap sokongan dan rintangan berpotensi.
Penunjuk menggunakan algorithma berikut digunakan untuk menentukan kawasan nilai untuk satu profil TPO:
- Menentukan bilangan jumlah blok dalam profil
- Mengira bilangan blok sasaran untuk VA menggunakan formula berikut:
Sasaran VA = Jumlah Blok * Peratusan Kawasan Nilai / 100
- Bermula pada pengira blok VA pada baris dengan bilangan blok terbesar (point of control — POC). adalah barisan pertama ditambahkan kepada VA
- Kira blok dalam barisan di atas baris VA tertinggi
- Kira blok dalam barisan di atas baris VA terendah
- Tentukan baris dengan bilangan blok tertinggi dari langkah empat dan lina dan tambahkan pengiraannya kepada kiraan blok VA. Baris itu menjadi sebahagian dari VA. Jika kedua-dua baris mempunyai bilangan blok yang sama, tambahkan baris terdekat kepada POC. Jika jaraknya sama dengan, tambah barisan tertinggi
- Ulang langkah empat-enam sehingga jumlah bilangan blok VA mencapat sasaran yang dikira dalam langkah dua
- Gunakan tingkatan tertinggi dan terendah dalam VA sebagai value area high (VAH) dan value area low (VAL)
Saiz barisan
Apabila input "Saiz Barisan" menggunakan pilihan "Automatik", penunjuk mengira saiz barisan berdasarkan kepada 300 bar terkini sebagai bar jelas paling kanan (rightmost visible bar). Ia akan mula membahagikan perbezaan antara tinggi tertinggi (highest high) dan rendah terendah (lowest low) merentasi bar-bar tersebut dengan nilai tick minimum simbol:
MinTickRange = (HighValue – LowValue) / MinimumTick
Kemudian, ia membahagikan nilai ini dengan 80, iaitu bilangan barisan yang mesti dimuatkan pada carta:
RowTicks = MinTickRange / RowsRequired
Akhir sekali, ia membundarkan pengiraan untuk mengira nilai tick akhir setiap barisan:
TicksPerRow = round(RowTicks / Increment) × Increment
Kenaikan yang dibundarkan bergantung kepada skala nilai yang dikira:
Jika 1 <= RowTicks <= 100, Kenaikan = 5 Jika 100 <= RowTicks <= 1,000, Kenaikan = 50 Jika 1,000 <= RowTicks <= 10,000, Kenaikan = 500 Jika 10,000 <= RowTicks <= 100,000, Kenaikan = 5,000 dan seterusnya...
Penunjuk mengira semula saiz barisan apabila menambahkannya kepada carta, menetapkan semula tetapannya atau menukar simbol atau rangka masa.
Profil volum
Pilihan profil volum menggunakan data dari rangka masa "Saiz Blok" untuk pengiraannya. Membandingkan Profil Volum kepada Profil TPO dapat membantu menyokong kepentingan tahap harga.
Bagaimana membaca TPO
Seimbang dan tidak seimbang
Kita boleh postulat bahawa pasaran akan sentiasa berada dalam keadaan sama ada seimbang atau tidak seimbang. Keadaan seimbang adalah didefinasikan sebagai bilangan penjual dan pembeli yang hampir sama. Dalam kes ini, penawaran dan permintaan untuk aset adalah seimbang dan harga aset diagihkan dalam kawasan harga patut.
Jika bilangan pembeli melebihi penjual atau sebaliknya, pasaran dikira tidak seimbang. Dalam keadaan tidak seimbang ini, harga pasaran akan memulakan satu pergerakan berarah untuk mencari satu harga patut (fair price). Harga akan naik apabila pembeli adalah lebih banyak dari penjual, dan harga boleh turun sekiranya penjual lebih banyak dari pembeli. Dalam kedua-dua senario, pergerakan berarah (directional movement) akan berterusan sehingga bilangan penjual adalah sama dengan pembeli, menghasilkan satu keadaan seimbang pada satu harga patut baharu.
Initial balance range (IBR)
Julat seimbang asal (initial balance range) adalah julat harga yang dilawati semasa blok pertama dalam tempoh masa profil. Pasaran mungkin mengalami kenaikan aktiviti dagangan semasa permulaan sesi.
Anda boleh menggunakan IBR untuk mengenal pasti tingkatan utama awal, yang boleh digunakan sebagai titik rujukan semasa menganalisa pergerakan harga selepas itu. Penunjuk TPO memaparkan IBR sebagai satu garisan menegak pada kiri titik permulaan tempoh masa. Anda boleh mengaktifkan garisan IBR dan bilangan blok masa dalam pengiraannya dari tab "Gaya" dalam tetapan skrip.
Titik tengah TPO
Titik tengah TPO merujuk kepada nilai harga median antara harga terendah dan tertinggi dalam profil Time Price Opportunity (TPO) yang dikira menggunakan formula berikut:
Titik Tengah TPO = (Harg TPO Tertinggi + Harga TPO Terendah) / 2
Tingkatan sokongan dan rintangan
Tingkatan sokongan dan rintangan adalah kawasan harga utama di mana pasaran mengikut sejarahnya mengalami penumpuan aktiviti belian (sokongan) dan jualan (rintangan). Anda boleh menggunakan tingkatan ini sebagai titik panduan untuk mengenal pasti balikan harga berpotensi atau kawasan yang akan berterusan. Dalam analisis TPO, tingkatan itu boleh termasuk Point of Control (POC), Value Area High (VAH) dan Value Area Low (VAL), antara tahap harga penting yang lain.
Point of Control (POC) adalah tingkatan harga di mana harga telah menghabiskan masa terbanyak dalam tempoh profil. Ia menentukan di mana aktiviti dagangan paling tertumpu, memberikan gambaran ke dalam keseimbangan dan konsensus pasaran.
Anda boleh menganggap POC sebagai satu rujukan berpotensi untuk pergerakan harga masa hadapan, kerana harga mungkin akan kembali ke tingkatan yang mempunyai aktiviti sejarah dengan ketinggian penumpuan. Interaksi berterusan dengan tingkatan POC sepanjang profil-profil berturutan menambahkan kepentingan analitiknya sebagai tingkatan sokongan atau rintangan.
Value Area High (VAH) dan Value Area Low (VAL) menunjukkan sempadan atas dan bawah kawasan harga di mana kebanyakan aktiviti dagangan terjadi semasa satu tempoh profil. Selain daripada itu, VAH dan VAL boleh menjadi tingkatan sokongan dan rintangan berpotensi dalam tempoh masa seterusnya.
Taburan
Pendekatan penjelasan lain untuk TPO ialah untuk mempertimbangkan jalan yang anda pilih, sama ada anda adalah pedagang aktif atau pelabur jangka panjang.
Untuk dagangan jangka pendek, anda mungkin mahu melihat dengan lebih dekat kawasan nilai dan melakukan dagangan anda dalam julat ini.
Untuk strategi jangka panjang, jangan hadkan diri anda kepada kawasan ini. Anda boleh mencari harga lebih baik di luar kawasan nilai, di bawah VAL untuk pembeli dan di atas VAH untuk penjual.
Apabila pedagang jangka panjang mendominasikan volum pasaran, harga aset boleh melakukan pergerakan ketara ke atas atau kebawah, bergantung kepada konsentrasi pembeli dan penjual. When long-term traders dominate the market volume, an asset's price may make more significant upward or downward movements, depending on the concentration of buyers and sellers.
Penjelasan ini boleh membantu memahami beberapa corak pembangunan biasa atau taburan, dalam Profil TPO. Mari kita pergi kepada beberapa daripadanya.
Taburan hari biasa

Taburan hari biasa (normal day distribution) terjadi apabila kebanyakan julat harga tempoh masa (dalam 85%) berada dalam Initial Balance Range, yang menunjukkan bahawa aktiviti di luar IBR adalah tidak penting atau tidak wujud.
Anda boleh menganggap pasaran dikira sebagai dalam keadaan seimbang kerana kebanyakan aktiviti dagangan dalam tempoh masa terjadi dalam kawasan nilai (iaitu kawasan harga patut.
Corak ini menunjukkan bahawa pemacu utama pasaran semasa tempoh masa adalah pedagang jangka pendek dan pengaruh pedagang jangka panjang adalah minimum.
Taburan hari variasi biasa

Hari variasi biasa terjadi apabila pelabur jangka panjang adalah lebih aktif. Julat memanjang merentasi Initial Balance Range, yang mana pedagang jangka pendek selalunya tidak memegang. Pemanjangan julat melepasi IBR boleh menjadi beberapa tick kepada gandaan saiz IBR.
Taburan hari trend

Hari trend terjadi apabila pedagang jangka panjang menolak julat harga berturut-turut lebih jauh, mencipta satu pemanjangan yang lebih dua ganda saiz IBR, dan pasaran menutup dengan satu harga yang hampir kepada penghujung sambungan. Taburan ini menunjukkan pedagang jangka panjang mempunyai lebih pengaruh dalam mengawal arah semasa pasaran semasa pasaran mencari satu harga patut.
Taburan hari neutral

Hari neutral terjadi apabila pedagang jangka panjang memanjangkan julat harga melebihi IBR. Harga pasaran kemudiannya membalik, dan satu corak yang sama mungkin muncul pada akhiran bertentangan IBR. Taburan ini menunjukkan ketidakpastian dalam pasaran. Ia selalunya terjadi apabila pasaran menguji untuk penyambungan atau perubahan arah aliran atau perubahan.
Single prints
Single prints adalah tingkatan tidak ekstrem yang mengandungi hanya satu blok TPO, yang bermaksud harga pasaran hanya dicapai sekali dalam tempoh masa profil. Pertimbangkan tingkatan-tingkatan ini sebagai penunjuk kepada minat pasaran atau ketidakstabilan. Disebabkan itu, single prints mungkin menarik aktiviti dagangan akan datang, kerana belian atau jualan adalah berpotensi adalah terhad dan tidak dijangka sepanjang nilai-nilai tersebut.
Selain daripada itu, anda boleh memantau mereka sebagai potensi tingkatan yang harga mungkin akan kembali ke tahap ini dan juga sebagai zon sokongan atau rintangan. Aktifkan pilihan "Single prints" dalam tab "Gaya" dalam tetapan penunjuk untuk menyerlahkan single prints pada cartart.

! Nota: Penunjuk akan menyerlahkan single print pertama yang terhasil dalam kejadian berturut-turut.

Poor high dan poor low
Poor high dan poor low adalah tingkatan ekstrem dengan lebih daripada satu blok TPO. Dalam analisa TPO, tingkatan-tingkatan ini menunjukkan di mana pergerakan terarah akan berhenti tanpa penolakan yang jelas, menunjukkan rata, puncak tajam atau jurang pada carta. Corak ini menunjukkan pasaran mungkin belum meneroka sepenuhnya harga melebihi tinggi/rendah profil, yang berpotensi meninggalkan ruang untuk pergerakan lanjut.
Poor high dan poor low mempunyai kekurangan ciri tirus untuk menunjukkan satu balikan (reversal) yang kuat. Mereka menarik minat peserta pasaran yang mencari penerokaan julat lebih lanjut. Walaupun mereka tidak semestinya adalah titik-titik sokongan/rintangan yang kuat, tingkatan-tingkatan ini boleh menentukan di mana momentum pasaran terhenti, memberikan pandangan unik untuk strategi dagangan.

Memisahkan dan menggabungkan profil
Pengguna boleh memisahkan atau menggabungkan profil-profil individu yang dipaparkan pada carta untuk memeriksa aktiviti sepanjang wilayah tertentu pada carta dengan tingkatan butiran berbeza. Untuk menggunakan kefungsian ini, klik kanan satu profil yang dipaparkan dan pilih pilihan yang sesuai pada bahagian bawah menu konteks.
Pilihan "Pisah profil pada huruf ini" akan memisahkan satu profil yang dipilih yang merangkumi dua atau lebih blok kepada dua profil berbeza pada blok TPO.

Pilihan "Gabung dengan profil sebelum" akan menggabungkan profil yang dipilih dengan profil sebelumnya yang dipaparkan pada carta. Pilihan ini hanya tersedia jika profil yang dipilih bukan yang pertama pada carta.

Pilihan "Set semula semua gabungan dan pemisahan" mengembalikan semula semua tindakan gabungan dan pemisahan profil.

! Nota: Gabungan dan pemisahan juga ditetapkan semula apabila menukar nilai-nilai "Tempoh Masa" atau "Saiz blok" dalam input penunjuk.
Tetapan penunjuk

Input
Tempoh: Bilangan hari, minggu atau bulan yang dirangkumi oleh setiap profil. Lalai adalah satu hari
Saiz blok: Saiz blok-blok masa yang membahagikan tempoh masa profil. Blok lebih kecil menghasilkan lebih butiran. Nilai mungkin adalah 5 min, 10 min, 15 min, 30minit, 1j, 2j atau 4jam. Nilai lalai adalah 30 minit. Nilai ini memberikan kesan kepada pengiraan untuk kedua-dua TPO dan profil volum
Saiz barisan: Mod digunakan untuk menentukan saiz barisan profil. Dalam tetapan lalai ("Auto"), penunjuk memaparkan saiz barisan yang dikiranya dalam ruangan "Tick setiap barisan". Dalam mod manual, pengguna menentukan bilangan tick setiap barisan
Tick setiap barisan: Bilangan tick dalam setiap barisan profil, yang mempengaruhi bilangan barisan yang dikandungi oleh setiap profil. Pengguna hanya boleh memasukkan nilai ke dalam ruang ini jika mod "Saiz Barisan" adalah manual. Jika nilai terlalu rendah, satu ralat akan terjadi
Peratusan kawasan nilai: Peratusan jumlah blok TPO yang digunakan untuk mengira Kawasan Nilai. Nilai lalai adalah 70
Gaya

Kecerunan warna: Berikut adalah warna-warna yang digunakan untuk kecerunan warna blok TPO. Dua warna pertama menentukan julat dari/ke untuk blok A-Z. Dua warna terakhir menentukan julat warna untuk blok a-z
Blok: Togol paparan untuk blok TPO berwarna. Tetapan ini tidak mempunyai kesan jika "Huruf" diaktifkan tetapi tidak boleh dipaparkan pada carta kerana kekurangan ruang
Huruf: Togol paparan huruf TPO. Apabila diaktifkan, penunjuk akan hanya menunjukkan huruf jika ada ruang yang cukup. Sekiranya tidak, blok berwarna akan dipaparkan
Kelegapan di luar VA: Tetapkan nilai kelegapan untuk tingkatan di luar sempadan Kawasan Nilai (Value Area)
Pembesaran blok: Diaktifkan, penunjuk memaparkan taburan blok-blok TO sepanjang selang berturut-turut dalam tempoh masa dan bukannya menggabungkan mereka pada kiri tempoh masa. Ciri ini boleh membantu pedagang memahami pengiraan blok-blok konstituen profil dan memberikan pandangan tambahan kepada aliran aktiviti harga merentasi masa
POC: Togol label POC dan serlahan barisan, dan menu lungsur turun menentukan sama ada penunjuk memanjangkan garisan melepasi tempoh masa setiap profl sehingga harga merentasi tingkatan sekali lagi. Apabila paparan POC diaktifkan, penunjuk mewarnakan barisan dan label POC menggunakan warna latarhadapan carta
Poor high: Togol label dan garisan "Poor high". Dalam menu lungsur turun ini, anda boleh menentukan sama ada penunjuk memanjangkan garisan melepasi tempoh masa profl sehingga harga merentasinya
Poor low: Togol label dan garisan "Poor high". Dalam menu lungsur turun ini, anda boleh menentukan sama ada penunjuk memanjangkan garisan melepasi tempoh masa profl sehingga harga merentasinya
Single prints: Di sini, menyerlahkan sama ada penunjuk memanjangkan serlahan melepasi tempoh masa profl sehingga harga merentasinya
VAH: Togol label "Value area high" dan garisan
VAL: Togol label "Value area low" dan garisan
Titik tengah TPO: Togol kebolehlihatan label harga titik tengah profil
Buka: Togol kebolehlihatan label harga buka profil
Tutup: Togol kebolehlihatan label harga tutup profil
Initial balance range (IBR): Togol paparan garisan menegak ke kiri profil dan ruangan teks menentukan bilangan blok dalam pengiraan IB
Profil volum

Tunjuk profil volum: Togol paparan untuk Profil Volum ke kanan profil TPO
Nilai: Togol label yang memaparkan nilai-nilai volum pada setiap barisan dan jumlah volum tempoh masa di bawah profil. Pemilih warna menentukan warna label. Penunjuk hanya menunjukkan label-label ini apabila carta mempunyai ruang yang cukup
VAH: Togol garisan Value Area High Profil Volum dan menentukan warna dan gaya garisan
VAL: Togol garisan Value Area Low Profil Volum dan menentukan warna dan gaya garisan
POC: Togol garisan Titik Kawalan (Point of Control) Profil Volum dan menentukan warna dan gaya garisan
Volum: Menentukan warna yang digunakan untuk tingkatan di luar kawasan nilai
Kawasan nilai: Menentukan warna tingkatan dalam kawasan nilai
Penempatan: Menentukan sama ada profil volum dijajarkan ke kiri atau kanan
Kesimpulan TPO
Penunjuk Time Price Opportunity (TPO) memvisualkan aktiviti pasaran dengan menunjukkan masa yang di ambil pada tingkatan harga berbeza menggunakan blok huruf. Ia memaparkan profi TPO yang menunjukkan baki pasaran dan keadaan tidak stabil, membantu anda mengenal pasti tingkatan harga ketara, zon sokongan dan rintangan dan corak taburan.
Komponen utama termasuk kawasan nilai (70% aktiviti dagangan), titik kawalan (tahap aktiviti tertinggi), dan julat baki asal (julat harga sesi awal). Penunjuk menyokong corak taburan pelbagai (hari biasa, hari trend, hari neutral) dan menyerlahkan single prints dan poor highs/lows sebagai kawasan minat akan datang berpotensi.
Anda boleh mensesuaikan tempoh masa, saiz blok dan elemen visual dan pada masa yang sama memilih untuk memaparkan profil volum untuk pengesaham tambahan kepada kepentingan harga.
Juga baca: