Time Price Opportunities (TPO)


Time Price Opportunities (TPO), juga dikenali sebagai "Profil Pasaran", menganalisa aktiviti pasaran dengan tingkatan harga semasa ia terbina menerusi masa. Ia membekalkan perspektif unik untuk dinamik pasaran dan pengagihan harga dengan memvisualkan blok-blok masa yang digunakan pada setiap tingkatan harga profil dan urutan laluan peringkat dalam tempoh masa profil. Pedagang selalunya menggunakan TPO untuk mengenalpasti tingkatan harga ketara dan corak pasaran yang mungkin tidak nampak secara ketara dari memeriksa data harga mentah.

J. Peter Steidlmayer membina konsep Time Price Opportunities di Chicago Board of Trade (CBOT) pada tahun 1980s. Profil TPO mencapai kepopularan dalam pasaran hadapan dan komoditi dan sekarang digunakan secara meluas dalam seluruh sektor. 

Pengiraan

TPO

Penunjuk memaparkan profil TPO di bahagian kiri pada setiap tempoh masa dan satu pilihan Profil Volum di bahagian kanan.

Profil TPO dikira mengikut cara ini:

  • Pengguna menentukan bilangan hari, minggu atau bulan yang akan dirangkumi oleh tempoh masa profil.
  • Profil membahagikan tempoh kepada blok masa berdasarkan tetapan ditentukan pengguna (5 min, 10 min, 15 min, 30min, 1J, 2J atau 4J). Setiap blok masa berturutan akan sepadan dengan satu huruf. Jujukan huruf bermula dengan huruf besar [A-Z], diikuti dengan huruf kecil [a-z], dan diulang sekiranya diperlukan. Penunjuk akan mengulangi proses ini jika tempoh masa mengandungi blok masa yang sama yang cukup untuk menggunakan semua huruf yang ada.
  • Penunjuk mencipta satu tingkatan harga (baris) untuk setiap tempoh masa berdasarkan kepada saiz baris yang telah ditentukan. Ia boleh mengira saiz baris secara automatik, atau pengguna boleh menentukan bilangan ticks setiap baris secara manual. Profil memaparkan satu blok pada satu tingkatan harga untuk setiap segmen masa di mana harga melintasinya. Sebagai contoh, satu blok "A" terdahulu muncul pada baris bermaksud harga pasaran telah mencapai tingkatan berkenaan semasa blok masa pertama.

TPO Value Area (VA)

Value Area adalah julat tingkatan harga di mana satu nilai blok TPO yang besar tertumpu. Ia mencadangkan julat harga di mana peserta pasaran paling berminat. Pedagang selalu menggunakannya untuk mengenalpasti tahap sokongan dan rintangan berpotensi.

Penunjuk menggunakan algorithma berikut digunakan untuk menentukan Value Area untuk satu profil TPO:

  1. Menentukan bilangan jumlah blok dalam profil.
  2. Mengira bilangan blok sasaran untuk Value Area menggunakan formula berikut:
    VA Target = Total Blocks * Value Area Percent / 100
  3. Bermula pada pengira blok VA pada baris dengan bilangan blok terbesar (Point of Control - POC), dan menyimpan bilangan kiraan bloknya. POC adalah barisan pertama ditambahkan kepada VA.
  4. Kira blok dalam barisan di atas baris VA tertinggi.
  5. Kira blok dalam barisan di atas baris VA terendah.
  6. Tentukan baris dengan bilangan blok tertinggi dari langkah 4 dan 5 dan tambahkan pengiraannya kepada kiraan blok VA. Baris itu menjadi sebahagian dari VA. Jika kedua-dua baris mempunyai bilangan blok yang sama, tambahkan baris terdekat kepada POC. Jika jaraknya sama dengan, tambah barisan tertinggi.
  7. Ulang langkah 4-6 sehingga jumlah bilangan blok VA mencapat sasaran yang dikira dalam langkah 2.
  8. Gunakan tingkatan tertinggi dan terendah dalam VA sebagai Value Area High (VAH) dan Value Area Low (VAL)

Saiz barisan

Apabila input "Saiz Barisan" menggunakan pilihan "Automatik", penunjuk mengira saiz barisan berdasarkan kepada 300 bar terkinin sebagai bar jelas paling kanan (rightmost visible bar). Ia akan mula membahagikan perbezaan antara tinggi tertinggi (highest high) dan rendah terendah (lowest low) merentasi bar-bar tersebut dengan nilai tick minimum simbol:

MinTickRange = (HighValue - LowValue) / MinimumTick

Kemudian, ia membahagikan nilai ini dengan 80, iaitu bilangan barisan yang mesti dimuatkan pada carta:

RowTicks = MinTickRange / RowsRequired

Akhir sekali, ia membundarkan pengiraan untuk mengira nilai tick akhir setiap barisan:

TicksPerRow = round(RowTicks / Increment) * Increment

Kenaikan yang dibundarkan bergantung kepada skala nilai yang dikira:

Jika 1 <= RowTicks <= 100, Increment = 5 If 100 <= RowTicks <= 1000, Increment = 50 If 1000 <= RowTicks <= 10000, Increment = 500 If 10000 <= RowTicks <= 100000, Increment = 5000 etc...

Penunjuk mengira semula saiz barisan apabila menambahkannya kepada carta, menetapkan semula tetapannya atau menukar simbol atau rangka masa.

Profil Volum

Pilihan profil volum menggunakan data dari rangka masa "Saiz Blok" untuk pengiraannya. Membandingkan Profil Volum kepada Profil TPO dapat membantu menyokong kepentingan tahap harga. Untuk mengetahui bagaimana profil ini dikira, sila baca halaman Pusat Bantuan ini.

Tafsiran

Seimbang dan tidak seimbang

Kita boleh postulat bahawa pasaran akan sentiasa berada dalam dua keadaan: seimbang atau tidak seimbang. Keadaan seimbang adalah didefinasikan sebagai bilangan penjual dan pembeli yang hampir sama. Dalam kes ini, penawaran dan permintaan untuk aset adalah seimbang dan harga aset diagihkan dalam kawasan harga patut.

Jika bilangan pembeli melebihi penjual atau sebaliknya, pasaran dikira tidak seimbang. Dalam keadaan ini, pasaran akan memulakan satu pergerakan berarah untuk mencari satu harga patut (fair price). Harga akan naik apabila pembeli adalah lebih banyak dari penjual, dan harga boleh turun sekiranya penjual lebih banyak dari pembeli. Dalam kedua-dua senario, pergerakan berarah (directional movement) akan berterusan sehingga bilangan penjual adalah sama dengan pembeli, menghasilkan satu keadaan seimbang pada satu harga patut baharu.

Initial Balance Range (IBR)

Initial Balance Range adalah julat harga yang dilawati semasa blok pertama dalam tempoh masa profile. Pasaran mungkin mengalami kenaikan aktiviti dagangan semasa permulaan sesi. Disebabkan itu, pedagang selalu menggunakan IBR untuk mengenalpasti tingkatan utama awal, yang boleh digunakan sebagai titik rujukan semasa menganalisa pergerakan harga selepas itu. Penunjuk TPO memaparkan IBR sebagai satu garisan menegak pada kiri titik permulaan tempoh masa. Pengguna boleh menyahaktifkan garisan IBR dan bilangan blok masa dalam pengiraannya dari tab  "Gaya" dalam "Tetapan" skrip. 

Titik Tengah TPO (TPO Midpoint)

TPO midpoint merujuk kepada nilai harga median antara harga terendah dan tertinggi dalam profil Time Price Opportunity (TPO) yang dikira menggunakan formula berikut:

TPO Midpoint = (Highest TPO Price + Lowest TPO Price) / 2

Tingkatan Sokongan dan Rintangan

Tingkatan sokongan dan rintangan adalah kawasan harga utama di mana pasaran mengikut sejarahnya mengalami penumpuan aktiviti belian (sokongan) dan jualan (rintangan). Pedagang selalunya menggunakan tingkatan ini sebagai titik panduan untuk mengenalpasti balikan harga berpotensi atau kawasan yang akan berterusan. Dalam analisis TPO, tingkatan itu boleh termasuk Point of Control (POC), Value Area High (VAH) dan Value Area Low (VAL), antara tahap harga penting yang lain.

Point of Control (POC) adalah tingkatan harga di mana harga telah menghabiskan masa terbanyak dalam tempoh profil. Ia menentukan di mana aktiviti dagangan paling tertumpu, memberikan gambaran ke dalam keseimbangan dan konsensus pasaran. Pedagang selalu menganggap POC sebagai satu rujukan berpotensi untuk pergerakan harga masa hadapan, kerana harga mungkin akan kembali ke tingkatan yang mempunyai aktiviti sejarah dengan ketinggian penumpuan. Interaksi berterusan dengan tingkatan POC sepanjang profil-profil berturutan menambahkan kepentingannya sebagai satu titik sokongan atau rintangan utama.

Value Area High (VAH) mewakili sempadan atas julat harga di mana kebanyakan aktiviti dagangan terjadi semasa satu tempoh profil. Selain daripada itu, Value Area Low (VAL) boleh menjadi tingkatan sokongan dan rintangan berpotensi dalam tempoh masa seterusnya. 

Taburan (Distributions)

Penjelasan lain untuk TPO ialah untuk mempertimbangkan dua kategori pelabur berdasarkan kepada sasaran mereka dan rangka masa membuat keputusan mereka: pedagang jangka pendek dan jangka panjang.

Pedagang jangka pendek selalunya berdagang harian. Dengan kata lain, rangka masa membuat keputusan mereka adalah dalam hari dagangan semasa. Disebabkan ini, mereka cuba mencari harga patut dalam hari berkenaan dan menjadikan kebanyakan dagangan mereka berada dalam Kawasan Nilai (Value Area). Pedagang-pedagang ini memainkan peranan utama dalam membentuk Kawasan Nilai itu sendiri, dan keadaan yang sesuai untuk memastikan pelaksanaan dagangan dan harga patut untuk pasaran adalam sesi dagangan.

Pedagang jangka panjang adalah tidak terhad kepada sesi tunggal atau hari dagangan untuk melakukan keputusan dagangan. Disebabkan itu, mereka mencari satu harga yang lebih menguntungkan apabila melakukan dagangan, seperti yang berada di luar Kawasan Nilai, contohnya di bawah VAL untuk pembeli dan di atas VAH untuk penjual. Pedagang-pedagang ini boleh menyumbang kepada pergerakan harga di luar Kawasan Nilai. Apabila pedagang jangka panjang mendominasikan volum pasaran, harga aset melakukan pergerakan ketara ke atas atau ke bawah, bergantung kepada penumpuan penjual atau pembeli. 

Penjelasan ini boleh digunakan untuk menjelaskan beberapa corak pembangunan julat biasa, atau taburan, dalam profil TPO. Berikut ada beberapa contoh:

Taburan hari biasa

Taburan Hari Biasa (Normal Day distribution) terjadi apabila kebanyakan julat harga tempoh masa (dalam 85%) berada dalam Initial Balance Range, yang menunjukkan bahawa aktiviti di luar IBR adalah tidak penting atau tidak wujud. Pasaran dikira sebagai dalam keadaan seimbang kerana kebanyakan aktiviti dagangan dalam tempoh masa terjadi dalam Kawasan Nilai (iaitu kawasan harga patut). Corak ini menunjukkan bahawa pemacu utama pasaran semasa tempoh masa adalah pedagang jangka pendek dan pengaruh pedagang jangka panjang adalah minimum.

Taburan hari variasi biasa

Satu Hari Variasi Normal terjadi apabila pelabur jangka panjang adalah lebih aktif. Julat memanjang merentasi Initial Balance Range, yang mana pedagang jangka pendek tidak boleh bertahan. Pemanjangan julat melepasi IBR boleh menjadi beberapa tick kepada gandaan saiz IBR.

Taburan hari arah aliran (Trend day distribution)

Satu Hari Trend (trend day) terjadi apabila pedagang jangka panjang menolak julat harga berturut-turut lebih jauh, mencipta satu pemanjangan yang lebih dua ganda saiz IBR, dan pasaran menutup dengan satu harga yang hampir kepada penghujung sambungan. Dalam taburan ini, ia menunjukkan pedagang jangka panjang mempunyai lebih pengaruh dalam mengawal arah semasa pasaran semasa pasaran mencari satu harga patut.

Taburan hari neutral

Satu Hari Neutral terjadi apabila pedagang jangka panjang memanjangkan julat harga merentasi IBR. Harga pasaran kemudiannya membalik, dan satu corak yang sama mungkin muncul pada akhiran bertentangan IBR. Taburan ini menunjukkan ketidakpastian dalam pasaran. Ia selalunya terjadi apabila pasaran menguji untuk penyambungan atau perubahan arah aliran atau perubahan.

Single prints

Single prints adalah tingkatan tidak ekstrem yang mengandungi hanya satu blok TPO, yang bermaksud harga pasaran hanya dicapai sekali dalam tempoh masa profil. Pedagang mengambil kira tingkatan-tingkatan ini sebagai penunjuk kepada minat pasaran atau ketidakstabilan. Disebabkan itu, single prints mungkin menarik aktiviti dagangan akan datang, kerana belian atau jualan adalah berpotensi adalah terhad dan tidak dijangka sepanjang nilai-nilai tersebut. Pedagang selalu memantau mereka sebagai potensi tingkatan yang harga mungkin akan kembali ke tahap ini dan juga sebagai zon sokongan atau rintangan. Aktifkan pilihan "Single prints" dalam tab "Gaya" dalam "Tetapan" penunjuk untuk menyerlahkan single prints pada carta.

Ambil maklum bahawa penunjuk akan menyerlahkan single print pertama yang terhasil dalam kejadian berturut-turut.

Poor high dan Poor low

Poor high dan poor low adalah tingkatan ekstrem dengan lebih daripada satu blok TPO. Dalam analisa TPO, tingkatan-tingkatan ini menunjukkan di mana pergerakan terarah akan berhenti tanpa penolakan yang jelas, menunjukkan rata, puncak tajam atau jurang pada carta. Corak ini menunjukkan pasaran mungkin belum meneroka sepenuhnya harga melebihi tinggi/rendah profil, yang berpotensi meninggalkan ruang untuk pergerakan lanjut. Poor high dan poor low kekurangan ciri tirus untuk menunjukkan satu balikan (reversal) yang kuat. Mereka menarik minat peserta pasaran yang mencari penerokaan julat lebih lanjut. Walaupun mereka tidak semestinya adalah titik-titik sokongan/rintangan yang kuat, tingkatan-tingkatan ini boleh menentukan di mana momentum pasaran terhenti, memberikan pandangan unik untuk strategi dagangan.

Memisahkan dan menggabungkan profil

Pengguna boleh memisahkan atau menggabungkan profil-profil individu yang dipaparkan pada carta untuk memeriksa aktiviti sepanjang wilayah tertentu pada carta dengan tingkatan butiran berbeza. Untuk menggunakan kefungsian ini, klik kanan satu profil yang dipaparkan dan pilih pilihan yang sesuai pada bahagian bawah menu konteks.

Pilihan "Pisah profil pada huruf ini" akan memisahkan satu profil yang dipilih kepada dua atau lebih blok kepada dua profil berbeza pada blok TPO yang pengguna telah klik:

Pilihan "Gabung dengan profil sebelum" akan menggabungkan profil yang dipilih dengan profil sebelumnya yang dipaparkan pada carta. Pilihan ini hanya tersedia jika profil yang dipilih bukan yang pertama pada carta:

Pilihan "Set semula semua gabungan dan pemisahan" mengembalikan semula semua tindakan gabungan dan pemisahan profil. Ambil maklum bahawa gabungan dan pemisahan juga ditetapkan semula apabila menukar nilai-nilai "Tempoh Masa" atau "Saiz blok" dalam input penunjuk.

Input penunjuk

Tempoh

Bilangan hari, minggu atau bulan yang dirangkumi oleh setiap profil. Lalai adalah satu hari.

Saiz Blok

Saiz blok-blok masa yang membahagikan tempoh masa profil. Blok lebih kecil menghasilkan lebih butiran. Nilai mungkin adalah 5 min, 10 min, 15 min, 30minit, 1j, 2j atau 4j. Nilai lalai adalah 30min. Nilai ini memberikan kesan kepada pengiraan untuk kedua-dua TPO dan profil Volum. 

Saiz Barisan

Mod digunakan untuk menentukan saiz barisan profil. Dalam tetapan lalai ("Auto"), penunjuk memaparkan saiz barisan yang dikiranya dalam ruangan "Tick setiap barisan". Dalam mod "Manual", pengguna menentukan bilangan tick setiap barisan.

Tick setiap barisan

Bilangan tick dalam setiap barisan profil, yang mempengaruhi bilangan barisan yang dikandungi oleh setiap profil. Pengguna hanya boleh memasukkan nilai ke dalam ruang ini jika mod "Saiz Barisan" adalah “Manual”. Jika nilai terlalu rendah, satu ralat akan terjadi.

Peratusan kawasan nilai (Value area percentage)

Peratusan jumlah blok TPO yang digunakan untuk mengira Kawasan Nilai. Nilai lalai adalah 70.

Gaya

Kecerunan warna (Gradient color)

Berikut adalah warna-warna yang digunakan untuk kecerunan warna blok TPO. Dua warna pertama menentukan julat dari/ke untuk blok A-Z. Dua warna terakhir menentukan julat warna untuk blok a-z.

Blok

Togol paparan untuk blok TPO berwarna. Tetapan ini tidak mempunyai kesan jika "Huruf" diaktifkan tetapi tidak boleh dipaparkan pada carta kerana kekurangan tempat.

Huruf

Togol paparan huruf TPO. Apabila diaktifkan, penunjuk akan hanya menunjukkan huruf jika ada ruang yang cukup. Sekiranya tidak, blok berwarna akan dipaparkan.

Kelegapan di luar VA

Tetapkan nilai kelegapan untuk tingkatan di luar sempadan Kawasan Nilai (Value Area).

Pemisahan dengan blok (Split by blocks)

Apabila diaktifkan, penunjuk mengedarkan paparan blok-blok TO sepanjang selang berturut-turut dalam tempoh masa dan bukannya menggabungkan mereka pada kiri tempoh masa. Ciri ini boleh membantu pedagang memahami pengiraan blok-blok konstituen profil dan memberikan pandangan tambahan kepada aliran aktiviti harga merentasi masa.

POC

Kotak semak togol label POC dan serlahan barisan, dan menu lungsur turun menentukan sama ada penunjuk memanjangkan garisan melepasi tempoh masa setiap profl sehingga harga merentasi tingkatan sekali lagi. Apabila paparan POC diaktifkan, penunjuk mewarnakan barisan dan label POC menggunakan warna latarhadapan carta.

Poor high

Kotak semak togol label dan garisan Poor high , dan menu lungsur turun menentukan sama ada penunjuk memanjangkan garisan melepasi tempoh masa profl sehingga harga merentasinya.

Poor low

Kotak semak togol label dan garisan Poor low , dan menu lungsur turun menentukan sama ada penunjuk memanjangkan garisan melepasi tempoh masa profl sehingga harga merentasinya.

Single prints

Kotak semak togol serlahan Single print, dan menu lungsur turun menentukan sama ada penunjuk memanjangkan serlahan melepasi tempoh masa profl sehingga harga merentasinya.

VAH

Togol label Value Area High dan garisan.

VAL

Togol label Value Area Low dan garisan.

Titik tengah TPO

Togol kebolehlihatan label harga titik tengah profil.

Harga Buka

Togol kebolehlihatan label harga buka profil.

Harga tutup

Togol kebolehlihatan label harga tutup profil.

Julat Baki Awal (Initial Balance Range)

Kotak semak togolkan paparan Julat Baki Awal sebagai satu garisan menegak ke kiri profil dan ruangan teks menentukan bilangan blok dalam pengiraan IBR.

Profil volume

Tunjuk profil volum

Togol paparan untuk Profil Volum ke kanan profil TPO.

Nilai

Kotak semak togolkan label yang memaparkan nilai-nilai volum pada setiap barisan dan jumlah volum tempoh masa di bawah profil. Pemilih warna menentukan warna label. Penunjuk hanya menunjukkan label-label ini apabila carta mempunyai ruang yang cukup.

VAH

Togol garisan Value Area High Profil Volum dan menentukan warna dan gaya garisan.

VAL

Togol garisan Value Area Low Profil Volum dan menentukan warna dan gaya garisan.

POC

Togol garisan Titik Kawalan (Point of Control) Profil Volum dan menentukan warna dan gaya garisan.

Volum

Menentukan warna yang digunakan untuk tingkatan di luar Kawasan Nilai.

Kawasan Nilai

Menentukan warna tingkatan dalam Kawasan Nilai.

Penjajaran (Alignment)

Menentukan sama ada profil volum dijajarkan ke kiri atau kanan.