Apakah Penyaring Syiling Kripto?

Penyaring Syiling Kripto membenarkan anda menganalisa syiling kripto dan token berdasarkan kepada pelbagai metrik analitikal, rangka masa dan penunjuk teknikal.

Anda boleh membuka Penyaring Syiling Kripto dari menu utama:


Satu menu dengan ciri-ciri akan dibuka apabila anda mengklik pada nama templat. Bahagian Skrin popular mengandungi templat popular dengan penapis:


Penapis dan lajur analisis tertentu terletak pada bahagian Analisis pada kotak-kotak dialog yang sepadan. Bahagian ini mengandungi penunjuk: bilangan transaksi, volum transaksi, bilangan syiling dalam edaran dan banyak lagi.

Sebagai tambahan kepada set lajur dengan penunjuk teknikal biasa, penyaring baharu mengandungi set lajur dengan penunjuk analitikal tersedia hanya untuk syiling kripto:

  • Penilaian dalam set lajur ini menetapkan maklumat asas mengenai syiling yang tersedia, seperti bilangan syiling dalam edaran, jumlah syiling, Permodalan pasaran dan lain-lain;
  • Alamat dalam lajur akses ini, maklumat mengenai bilangan alamat dengan baki suatu aset kripto yang diberikan, bilangan alamat aktif harian dan lain-lain;
  • Transaksi di sini mengandungi semua maklumat mengenai transaksi: bilangan transaksi, volum transaksi untuk satu aset kripto;
  • Untung dan Rugi nisbah alamat yang untung, tidak untung dan lain-lain;
  • Sentimen dalam set lajur ini ada metrik mengenai aktiviti sosial untuk satu projek kripto tertentu, sebagai contoh, bilangan pelanggan Telegram dan bilangan reaksi positif atau negatif di Twitter.