Penyaring ETF TradingView: jalan pintas ke dana terkemuka

Penyaring ETF boleh membantu anda menavigasi menerusi pelbagai dana yang melabur dalam indeks, saham, kriptio, komoditi dan aset lain. Ada banyak dana di luar sana jadi untuk memilih yang betul akan menjadi akan sukar. Dengan Penyaring ETF, anda boleh menerokai mereka dan mencari yang dapat membantu anda menjadi lebih yakin dalam pelaburan anda.

KANDUNGAN:

Apakah Penyaring ETF

Penyaring ETF adalah alat analisis kewangan yang membenarkan anda untuk menggunakan pelbagai penapis pada berbilang aspek ETF seperti nilai aset kasar, rantau pegangan, gaya pengurusan dan banyak lagi. Ia memaparkan maklumat asas dan teknikal, termasuk juga carta ETF — semuanya dalam satu alat tunggal untuk analisis anda.

Dana adalah berguna apabila anda perlu untuk mempelbagaikan portfolio dan meminimumkan pendedahan risiko. Ia boleh menjejak prestasi indeks atau memegang berbilang saham, jadi jika satu daripadanya kehilangan nilainya, yang lain boleh menanggung kerugian anda. Juga, dana boleh membantu anda mengakses beberapa aset seperti kripto, membuang bebanan untuk menyimpan kekunci peribadi dan menghadapi frasa asas atau simpanan sejuk (cold storage) — dengan mempunyai hanya pendedahan kepada harga aset kripto.

Bagaimana untuk mengakses Penyaring ETF

Dari halaman utama, klik menu lungsur turun "Produk", gerakkan kursor di atas Penyaring dan klik "ETF."

Cara lain adalah dari Carta Super. Pada bar alat kanan, klik "Produk" → "Penyaring." Pada bahagian atas, klik "Penyaring Saham" dan klik "Penyaring ETF."

Tanpa mengira dari halaman mana anda masuki, ini adalah penyaring yang sama dengan kefungsian yang sama — jadi pilih cara yang anda sukai.

Bagaimana untuk menggunakan Penyaring ETF

Secara lalai, anda boleh melihat pasaran ETF AS disusun menggunakan aset di bawah pengurusan (AUM), yang menunjukkan jumlah wang yang telah dilaburkan dalam ETF.

Satu daripada ciri utama Penyaring ETF adalah keupayaan untuk mencipta berbilang skrin dan menyimpan mereka untuk analisis seterusnya. Anda juga boleh mengunakan set penapis yang telah di pra konfigurasikan yang kami telah pilih untuk membantu anda menjumpai dana yang mungkin menarik minat anda. Pada bucu kiri atas, klik "Bilik besi ETF" → "Buka skrin…".

Dalam menu lungsur turun yang sama, anda boleh mengakses penyaring yang baru digunakan, mengeksport keputusan sebagai fail CSV, mencipta skrin baharu dan melakukan pelarasan lain.

Untuk menukar rantau, klik pada pasaran yang sudah dipilih → "Lebih pasaran…". Dalam bucu kanan atas, anda boleh memilih "Berbilang pilihan" untuk menyaring dua atau lebih rantau.

Pertimbangkan untuk mentogol pilihan "Penyenaraian utama", yang memaparkan hanya ETF dari bursa utama untuk mengelakkan daripada mengganggu ruang kerja anda. Anda boleh menyahaktifkannya bergantung kepada analisis anda. 

Anda boleh mencipta skrin diperibadikan anda. Hanya pilih penapis disukai, klik butang biru "Simpan" dan namakan skrin anda. 

Di bahagian kanan, anda boleh menemui tetapan Penyaring, di mana anda boleh memilih apa yang anda mahu paparkan — logo simbol, penjelasan, jenis dan mata wang — dan sekerap mana anda mahu ia disegarkan. Juga pilih mata wang untuk indeks kewangan seperti permodalan pasaran atau EPS dicairkan — USD, EUR, JPY, GBP dan lain-lain. 

Di sebelahnya adalah butang "Sembunyikan penapis" — apabila anda mengkonfigurasikan penyaring anda, sembunyikan bahagian atas untuk melihat dan menganalisa lebih banyak dana.

Penapis

Penyaring ETF memberikan bilangan metrik yang banyak yang boleh digunakan sebagai penapis dan ditambahkan kepada jadual. Untuk melakukan ini, dalam dialog pengeditan penapis, pilih syarat penapisan.

Untuk menambahkan syarat penapis baharu, klik butang "+" atau tekan Shift + F.

  • Maklumat sekuriti: Maklumat umum seperti bursa, pengeluar, borang cukai, strategi dan lain-lain
  • Data pasaran: Akses metrik mengenai aktiviti jam biasa dan jam dilanjutkan
  • Teknikal: Memilih penunjuk teknikal untuk menambahkan mereka sebagai parameter penapisan
  • Analisis: Di sini, pilih daripada ciri dana utama dan metrik dana
  • Dividen: Tambah penapis frekuensi, rawatan, hasil dan dividen tahunan

Selain daripada metrik asas, termasuk RSIStoch RSIMomentumEMASMAKeltner Channels dan lain-lain, anda juga boleh mengakses kumpulan parameter diperluaskan.

Set lajur

Di bawah penapis, anda boleh mencari set lajur, setiap satu mengandungi maklumat untuk jenis tertentu untuk analisis. Anda juga boleh menambah set lajur baharu menggunakan butang "+" di sebelah kanan.

Konfigurasi lalai untuk lajur:

  • Gambaran keseluruhan: Metrik utama ETF — harga, harga×volum, AUM, kelas aset dan maklumat kritikal lain
  • Prestasi: Pandangan sejarah pada kebolehuntungan dan kerugian ETF
  • Jam dilanjutkan: Harga pra dan pasca pasaran, perubahan, jurang dan volum
  • Aliran dana: Wang yang ditarik oleh ETF dari masa ke semasa
  • Dividen: Hasil dividen, frekuensi dan rawatan
  • Prestasi NAV: Peratusan perubahan dalam nilai aset bersih dana
  • Pegangan: Rantau, gaya pengurusan, indeks dan leveraj
  • Risiko: Beta dan ketidakstabilan dana
  • Teknikal: Cerapan penunjuk utama — membenarkan anda menganalisa berbilang aset dalam satu jadual tanpa perlu memeriksa setiap carta secara individu
! Penting: Jangan hanya bergantung sepenuhnya pada penarafan teknikal penunjuk untuk membuat keputusan kewangan. Mereka hanya menunjukkan apa yang penunjuk cadangkan dan ia tidak menggantikan analisis pasaran anda sendiri.

Oh, dan satu lagi mengenai ETF…

Di TradingView, anda boleh mengakses ETF bukan sahaja dalam Penyaring tetapi juga dalam halaman pasaran ETF. Di situ, anda boleh mendapatkan gambaran komprehensif mengenai idea dagangan terkini, trend komuniti, berita ETF dan maklumat berkaitan lain untuk melengkapkan analisis kewangan anda.

Juga baca: