Pengendalian dividen

Dividen dalam ETF mewakili satu bahagian keuntungan yang dibahagikan kepada pemegang saham. Ada dua cara utama dalam pengendalian dividen ini:

  • Pengagihan: Dividen dibayar kepada pemegang saham dalam bentuk tunai, selalunya secara bulanan, suku tahunan dan tahunan. Pilihan ini memberikan pendapatan segera tetapi mungkin mempunyai implikasi cukai.
  • Dilaburkan semula: Selain daripada pembayaran tunai, dividen dilaburkan semula untuk membeli tambahan saham ETF. Kaedah ini menggalakkan pertumbuhan pelaburan jangka panjang menerusi kaedah faedah kompaun (compound interest) tetapi tidak memberikan pendapatan segera kepada pemegang saham.