Sektor & Industri - Infrastruktur
Menurut pengelasan FactSet Industries and Economic Sectors, kategori Infrastruktur merangkumi sektor-sektor yang memberikan kemudahan asas, sistem dan perkhidmatan yang diperlukan untuk kefungsian ekonomi dan masyarakat. Kategori ini termasuk industri-industri seperti pengangkutan (pengangkutan udara, syarikat penerbangan, lori, landasan keretapi, perkapalan marin), utiliti (elektrik, gas, air, penjanaan kuasa alternatif), kewangan (bank, insurans, hartanah), dan komunikasi (telekomunikasi, tanpa wayar).
Sektor | Industri | Ringkasan |
---|---|---|
Pengangkutan | Pengangkutan Udara/Kurier | syarikat yang menyediakan pengangkutan kargo udara dan perkhidmatan penghantaran bungkusan |
Syarikat Penerbangan | syarikat yang menyediakan pengangkutan udara penumpang, sama ada dijadualkan (laluan biasa) dan tidak dijadualkan (laluan bukan biasa) | |
Lori | syarikat yang menyediakan pengangkutan lori penuh atau kurang penuh dan perkhidmatan logistik | |
Landasan Keretapi | syarikat yang menyediakan pengangkutan rel dan laluan pendek bagi penumpang dan kargo, dan perkhidmatan berkaitan | |
Perkapalan Marin | syarikat yang menyediakan pengangkutan perkapalan untuk penumpang dan kargo, dan perkhidmatan berkaitan | |
Pengangkutan Lain | syarikat yang menyediakan pengangkutan dan perkhidmatan berkaitan. Syarikat yang menyediakan hanya gudang dan/atau perkhidmatan berkaitan, yang tidak dikelaskan di mana-mana, juga dikelaskan dalam industri ini | |
Utiliti | Utiliti Elektrik | syarikat yang terbabit dalam penjanaan, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik kepada pelanggan kediaman dan bukan kediaman |
Pengedar Gas | syarikat yang mengoperasikan sistem pengagihan gas dan/atau mengatur jualan gas pada sistem pengagihan gas yang dioperasikan oleh yang lain kepada pasaran kediaman dan bukan kediaman | |
Utiliti Air | syarikat yang mengoperasikan loji rawatan air dan/atau sistem bekalan air | |
Penjanaan Kuasa Alternatif | syarikat yang terbabit dalam operasi fasiliti kuasa yang menukarkan bentuk tenaga bukan konvensional kepada tenaga elektrik companies that are engaged in the operation of power facilities that convert non-conventional forms of energy into electric energy | |
Kewangan | Bank Utama | syarikat yang terbabit dalam penerimaan permintaan dan deposit lain dan membuat pinjaman komersial dan pelanggan. Syarikat dikelaskan dalam industri ini selalunya merentasi sempadan negara dan mempunyai kedudukan utama dalam industri perbankan |
Bank Serantau | syarikat yang terbabit dalam penerimaan permintaan dan deposit lain dan membuat pinjaman komersial dan pelanggan. Syarikat dikelaskan dalam industri ini beroperasi dalam pasaran tempatan mereka sendiri | |
Bank Simpanan | syarikat yang menerima deposit masa membuat pinjaman gadai janji dan hartanah serta melabur dalam sekuriti bergred tinggi. Syarikat asing yang mematuhi peraturan tempatan yang sama atau ditetapkan sedemikian adalah termasuk dalam industri ini | |
Kewangan/Sewaan/Pajakan | syarikat yang sama ada memberikan barangan ketara (tangible good) kepada pelanggan untuk tempoh masa tertentu sebagai pulangan untuk pembayaran atau yang menghasilkan, membeli, menjual dan memberikan perkhidmatan kepada pelbagai jenis pinjaman dan produk pinjaman | |
Bank Pelaburan/Broker | syarikat yang memberikan brokeraj sekuriti, pengunderaitan sekuriti, perkhidmatan nasihat dan perkhidmatan kewangan korporat lain | |
Pengurus Pelaburan | syarikat yang menguruskan aset untuk yang lain sebagai balas kepada yuran atau komisyen | |
Konglomerat Kewangan | syarikat yang menyediakan gabungan kewangan, insurans dan perkhidmatan perbankan. Syarikat dalam kumpulan industri ini selalunya mempunyai kedudukan utama dalam satu atau lebih segmen yang dinyatakan | |
Insurans Hartanah/Kerugian | syarikat yang menaja jaminan polisi insurans dan polisi penginsurans semula yang melindungi pemegang polisi daripada kerugian harta benda | |
Insurans Berbilang Bidang | syarikat yang menaja jaminan polisi insurans dan polisi penginsurans semula yang melindungi pemegang polisi daripada kerugian dalam beberapa segmen (nyawa, hak milik, kemalangan, kesihatan, hara benda dll) dalam industri insurans | |
Insurans Nyawa/Kesihatan | syarikat yang menaja jaminan anuiti dan polisi insurans yang melindungi pemegang polisi daripada kehilangan nyawa dan menaja jaminan kesihatan dan insurans perubatan | |
Insurans Khusus | syarikat yang menyediakan polisi insurans untuk perkara yang tidak dikelaskan di mana-mana | |
Perkhidmatan/Brokeraj Insurans | syarikat yang bertindak sebagai agent dalam jualan anuiti dan polisi insurans dan/atau memberikan perkhidmatan lain kepada segmen insurans | |
Pembangunan Hartana | syarikat yang memiliki, membangun, memajak dan menguruskan hartanah | |
Amanah Pelaburan Hartanah | syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang menguruskan porfolio hartanah dan mengagihkan 95% daripada pendapatan bersih mereka kepada pemegang saham secara tahunan. Syarikat asing yang mematuhi peraturan tempatan yang sama atau ditetapkan sedemikian adalah termasuk dalam industri ini | |
Komunikasi | Telekomunikasi Utama | syarikat yang mengoperasikan, menyelenggarakan dan/atau menyediakan perkhidmatan pengangkutan suara dan data berdasarkan kepada beberapa transmisi (talian tetap, digital subscriber line (DSL) technologi, competitive local exchange carriers (CLEC), teknologi perkhidmatan komunikasi berasaskan internet, tanpa wayar dll) technologies |
Telekomunikasi Khusus | syarikat yang mengendalikan, menyelenggarakan dan/atau menyediakan perkhidmatan pengangkutan suara dan data berdasarkan kepada satu transmisi tunggal (talian tetap, digital subscriber line (DSL) technology, teknologi perkhidmatan komunikasi berasaskan internet dll.), dan/atau merangkumi pasaran tertentu (berdasarkan fasiliti, competitive local exchange carriers (CLEC) dll.). Syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada industri telekomunikasi juga termasuk dalam industri ini | |
Telekomunikasi Tanpa Wayar | syarikat yang menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berasaskan antena tanpa wayar atau satelit. |