Bagaimana mengimbas senarai amatan atau senarai dibenderakan?
Untuk mengimbas senarai amatan atau senarai dibenderakan tertentu, klik pada penapis Senarai Amatan di bahagian tajuk.

Semua senarai amatan berwarna dan tersuai anda tersedia di sini. Pilih senarai yang diperlukan dan semua instrumen di dalamnya akan muncul dalam jadual, jika aset-aset tersebut sepadan dengan jenis penapis.
Sebagai contoh, jika senarai amatan anda mengandungi saham dan ETF dan anda mahu membukanya dalam Penyaring Saham, hanya saham dari senarai tersebut akan muncul dalam jadual. Jika anda memilih senarai amatan yang sama semasa menggunakan Penyaring ETF, anda hanya akan melihat ETF nya.

Jika anda cuba membuka senarai yang tidak mengandungi simbol yang sepadan dengan penyaring, anda akan mendapat jadual kosong.

Untuk akses pantas di masa hadapan, anda boleh menyimpan skrin dengan penapis Senarai Amatan yang sudah dilaksanakan.
Nota: Menu penapis dikemas kini secara automatik. Memadamkan atau mencipta senarai amatan akan membuang atau menambahkannya dari menu dengan sewajarnya.