Penyaring DEX: cara untuk tidak mempusatkan dagangan dan pelaburan anda
Dengan Penyaring DEX, anda boleh mengakses alam semesta DEX dan mencari pasangan kripto yang berpotensi tetapi di luar radar anda — ada begitu banyak di luar sana, begitu berbeza, begitu tidak terpusat. Dengan alat ini, anda boleh mengimbas berbilang bursa, melihat prestasi pasangan-pasangan dan membuat pilihan yang tepat yang sejajar dengan strategi anda.
KANDUNGAN:
- Apakah Penyaring DEX
- Penyaring DEX vs Penyaring CEX
- Bagaimana untuk mengakses Penyaring DEX
- Bagaimana untuk menggunakan Penyaring DEX
Apakah Penyaring DEX
Penyaring DEX membantu anda mencari bursa paling sesuai untuk strategi dagangan anda dengan membandingkan prestasi pasangan kripto. Ini juga berguna untuk arbitraj dan apabila anda mencari syiling-syiling unik, yang mungkin hanya tersedia pada beberapa bursa sahaja. Disebabkan keadaan pasaran berbeza mengikut bursa, pasangan yang sama boleh menunjukkan harga, volum dan spread berbeza.
Dengan alat ini, anda boleh mengakses statistik berkaitan bursa utama, yang setiap satu dikemas kini dalam masa nyata.
Penyaring DEX vs Penyaring CEX
Perbezaan utama antara Penyaring DEX dan CEX adalah apa yang anda boleh analisa — pasangan dagangan tersedia bursa terpusat atau tidak terpusat. Setiap alat penyaringan direka untuk memenuhi keperluan jenis dagangan berbeza, kerana bursa-bursa ini mempunyai kekuatan unik dan kelemahan mereka sendiri.
Perbezaan antara bursa terpusat atau tidak terpusat terletak pada rangka kerja kawal selia dan metodologi pengoperasian. Dan kedua-duanya menyediakan matlamat pelaburan berbeza:
- DEX menawarkan penjagaan kendiri, akses tanpa halangan dan pendedahan awal untuk token-token baharu. Jika anda mengutamakan privasi dan kawalan kepada aset, bursa tidak terpusat mungkin adalah lebih sesuai
- CEX menyediakan kecairan yang tinggi, alatan dagangan termaju dan pengisian pesanan lebih pantas. Mereka boleh menjadi pilihan yang baik jika anda adalah seorang pedagang yang aktif
Bursa tidak terpusat (decentralized exchange) menghadapi kekangan kawal selia yang minimum, mengakibatkan: anda mempunyai perlindungan yang kurang kepada kecairan lebih rendah dan spread lebih besar berbanding CEX. Sebaliknya, mereka memberikan anda kelebihan berikut:
- Akses kepada spektrum token lebih meluas
- Privasi dipertingkatkan dan akses tanpa kebenaran
- Keupayaan untuk mengekalkan kawalan terus untuk pegangan anda
Banyak syiling pada mulanya didagangkan pada DEX sebelum disenaraikan pada bursa terpusat. Apabila mata wang kripto mendapat penyenaraian CEX, ia selalunya mendapat akses kepada pasaran lebih meluas dan potensi kenaikan harga lebih tinggi menerusi kenaikan kecairan dan pengiktirafan.
Bursa terpusat (centralized exchange) beroperasi di bawah kawal selia lebih ketat, dengan peraturan khusus yang sumber dana diterima, syiling disokong, polisi pengeluaran dan ketersediaan rantau. Struktur kawal selia ini memberikan beberapa kelebihan:
- Tingkatan kecairan yang unggul
- Spread bida-pinta lebih kecil
- Pemprosesan transaksi dipercepatkan
- Perkhidmatan sokongan pelanggan
- Proses pengesahan identiti yang sangat berguna untuk transaksi P2P
CEX juga mengekalkan standard lebih ketat untuk penyenaraikan token baharu, yang boleh melindungi anda daripada skim manipulasi pasaran. Akan tetapi, anda masih perlu berhati-hati, kerana pasaran mata wang digital adalah masih tidak stabil dan standard ketelusan masih lagi berkembang.
Kembali ke penyaring — pilihan adalah bergantung kepada keperluan dagangan anda. Disebabkan dagangan dan pelaburan selalunya membabitkan pendekatan hampir serupa, jadi anda boleh menggunakan mereka berasingan atau bersama-sama.
Setiap alat penyaring memantau penunjuk khusus untuk pelbagai jenis pendekatan dagangan dan pelaburan, ia membantu anda mencari aset yang betul berdasarkan kepada kriteria khusus yang kami telah pilih dengan berhati-hati.
Bagaimana untuk mengakses Penyaring DEX
Dari halaman utama, klik menu lungsur turun "Produk", gerakkan kursor di atas Penyaring dan klik "Pasangan DEX."

Cara lain adalah dari Carta Super. Pada bar alat kanan, klik "Produk" → "Penyaring." Pada bahagian atas, klik "Penyaring Saham" dan klik "Penyaring DEX."

Kedua-dua pilihan membawa kepada penyaring dengan kefungsian yang sama — jadi pilih cara yang anda sukai, kemudian tapis, imbas dan pilih syiling yang anda paling minati.
Bagaimana untuk menggunakan Penyaring DEX
Apabila anda membuka Penyaring, anda boleh melihat pasangan kripto yang tersedia di TradingView, didagangkan pada bursa terpusat utama. Setiap kripto pada platform kami di sini, disusun mengikut volum dagangan selepas 24 jam. Anda juga boleh menukar kaedah penyusunan dengan set penapis lalai untuk mensesuaikan carian anda. Pada bucu kiri atas, klik "Semua pasangan" → "Buka skrin…".

Seperti penyaring TradingView lain, anda boleh mencipta skrin anda sendiri untuk analisis seterusnya. Tetapkan penapis disukai, klik butang "Simpan"
Dalam menu lungsur turun yang sama, anda boleh mengakses penyaring yang baru digunakan, mengeksport keputusan sebagai fail CSV, mencipta skrin baharu dan melakukan pelarasan lain.

Pada bahagian kanan, anda boleh menemukan tetapan Penyaring di mana anda boleh memilih apa yang anda mahu paparkan — logo simbol, penjelasan, jenis, mata wang — dan frekuensi disegarkan.

Di sebelahnya adalah butang "Sembunyikan penapis" — apabila anda mengkonfigurasikan penyaring anda, sembunyikan bahagian atas untuk melihat dan menganalisa lebih banyak dana.
Penapis
Penapis adalah keadaan di mana syiling perlu memenuhi syarat untuk diletakkan di dalam jadual. Untuk melakukan ini, dalam dialog pengeditan penapis, anda boleh memilih syarat penapisan.
Untuk menambahkan syarat penapis baharu, klik butang "+" atau tekan Shift + F:
- Maklumat kumpulan: Akses bursa, penilaian dicairkan sepenuhnya dan data rangkaian
- Data pasaran: Lihat harga, volum, ketidakstabilan dan metrik prestasi pasangan lain
- Aktiviti dagangan: Tambah transaksi, pembeli dan penjual unik dan lebih sebagai syarat penapisan
- Teknikal: Imbas pasangan DEX dengan penunjuk teknikal

Untuk beberapa penunjuk teknikal termasuk RSI, Stoch RSI, Momentum, EMA, SMA, Keltner Channels, anda juga boleh mengakses kumpulan parameter diperluaskan.

Set lajur
Di bawah penapis, anda boleh mencari set lajur, setiap satu mengandungi maklumat untuk jenis tertentu untuk analisis. Anda juga boleh menambah set lajur baharu menggunakan butang "+" di sebelah kanan.
Konfigurasi lalai untuk lajur:
- Gambaran keseluruhan: Data utama DEX — rangkaian, bursa, harga, kecairan, penilaian dicairkan sepenuhnya dan maklumat kritikal lain
- Prestasi: Pandangan sejarah untuk keuntungan dan kerugian pasangan
- Transaksi: Bilangan transaksi, beli dan jual, kecairan dan lain-lain
- Volum dagangan: Terokai volum beli dan jual merentasi rangka masa berbeza
- Pedagang: Lihat jumlah pembeli dan penjual unik dalam rangka masa berbeza
- Teknikal: Gambaran pengayun, moving average dan penunjuk momentum
! Penting: Jangan hanya bergantung sepenuhnya pada penarafan teknikal penunjuk untuk membuat keputusan kewangan. Mereka hanya menunjukkan apa yang penunjuk cadangkan dan ia tidak menggantikan analisis pasaran anda sendiri.Oh, dan satu lagi perkara tidak terpusat…
Dengan Penyaring DEX, anda boleh mengakses data dari kumpulan berbeza dan mengimbas token mengikut metrik prestasi utama mereka. Anda boleh menambahkan penapis yang anda perlukan untuk analisis komprehensif dan melaraskan alat ini untuk memenuhi keperluan dagangan anda. Untuk mempertingkatakn dagangan tidak terpusat anda, terokai idea dagangan kripto komuniti kami untuk mendapatkan gambaran pada kaunter untung pasaran seterusnya.
Juga baca: