Apakah Penyaring DEX?
Penyaring DEX adalah sebuah alat untuk menganalisa pasangan kripto pada bursa tidak terpusat (decentralized exchange).
Untuk mengakses penyaring, pilih pasangan DEX dari menu utama:
![](https://s3.amazonaws.com/cdn.freshdesk.com/data/helpdesk/attachments/production/43537135693/original/0s0JDuLOmjgEAu0V-huDy5f9bCXSA2tteQ.png?1737991270)
Dengan mengklik tajuk penyaring, anda boleh memilih satu pilhan dan membuka satu senarai templat tersuai dan popular. Bahagian penyaring Popular mengandungi templat penapis popular:
![](https://s3.amazonaws.com/cdn.freshdesk.com/data/helpdesk/attachments/production/43537137155/original/bwMXx3aVfaGAIefVaQwq7zeBYCT3Zsr1Ow.gif?1737991566)
Penapis utama terletak pada bahagian atas penyaring untuk akses pantas:
![](https://s3.amazonaws.com/cdn.freshdesk.com/data/helpdesk/attachments/production/43537137265/original/y7e0HLD8IXsR9KzaWWQqALTNcTOlB45mPA.gif?1737991587)
Penapis rangkaian tersedia untuk menapis pasangan DEX dengan rangkaian blok rantai tertentu:
![](https://s3.amazonaws.com/cdn.freshdesk.com/data/helpdesk/attachments/production/43537142361/original/O1mAwF04EebZA9xhJ6Au_iYwZg-HJTwZAg.gif?1737992620)
MAri kita lihat setiap kategori dalam dialog tambah Lajur dan Penapis:
![](https://s3.amazonaws.com/cdn.freshdesk.com/data/helpdesk/attachments/production/43537142446/original/4maCeY7AD6naovBJZINaR1CTQrljbHH50g.png?1737992633)
- Maklumat kumpulan: di sini anda boleh melihat maklumat asas mengenai kumpulan (pool) - rangkaian bursa, bursa, kecairan, token total capitalization (FDV);
- Data pasaran: dalam kategori ini, anda boleh menjumpai perubahan harga, ketidakstabilan, harga buka/tutup dan volum beli/jual untuk token dalam kumpulan;
- Aktiviti dagangan: di sini adalah maklumat yang ada untuk aktiviti dagangan - bilangan beli, jual dan transaksi, bilangan pembeli dan penjual unik pada selang masa tertentu;
- Teknikal: satu set penunjuk teknikal, termasuk Average Daily Range %(ADR%) dan pelbagai penunjuk teknikal seperti RSI, Ichimoku Cloud dan Bollinger Bands.
Set lajur dalam jadual mengandungi semua maklumat asas untuk menganalisa pasangan DEX:
![](https://s3.amazonaws.com/cdn.freshdesk.com/data/helpdesk/attachments/production/43537138527/original/ewQ4mBhJRIsY8dOiSMTxvTdEPiseEYf4EA.gif?1737991858)