Penyaring CEX: terokai pasangan dagangan kripto, terpusat

Anda boleh berdagang kripto pada mana-mana bursa, tersedia dari setiap penjuru dunia — dan kesemuanya memberikan peluang yang berbeza. Dengan Penyaring CEX, anda boleh menerokai yang bursa mana yang paling bagus untuk mendagangkan syiling kegemaran anda. Juga, anda boleh membandingkan belasan ribu pasangan kripto, semuanya dikumpulkan pada satu tempat, ditapis dan disusun mengikut keperluan anda.

KANDUNGAN:

Apakah Penyaring CEX

Di luar sana ada ribuan mata wang kripto. Kebanyakan daripada mereka didagangkan sebagai pasangan dagangan asas/sebut harga merentasi bursa (cth., BTC/USDT), yang menambahkan lagi kepada ratusan pasangan. Pasangan-pasangan ini boleh menjadi kripto-kepada-kripto (cth, BTC/ETH) atau kripto-kepada-fiat (cth., BTC/USD). Disebabkan keadaan pasaran berbeza mengikut bursa, pasangan yang sama boleh menunjukkan harga, volum dan spread berbeza.

Penyaring CEX membantu anda membandingkan parameter dagangan untuk pasangan kripto merentasi bursa. Ini juga berguna untuk arbitraj dan apabila anda mencari syiling-syiling unik, yang mungkin hanya tersedia pada beberapa bursa sahaja.

Dengan alat ini, anda boleh mengimbas dan membandingkan pasangan kripto dengan ciri asas (bursa, asas/sebut harga, jenis simbol), data pasaran (cth., volum 24j, harga) dan penunjuk teknikal.

Penyaring CEX vs Penyaring DEX

Perbezaan utama antara Penyaring CEX dan DEX adalah apa yang anda boleh imbas — pasangan disenaraikan pada bursa terpusat atau tidak terpusat. Setiap penyaring direka untuk memenuhi keperluan jenis dagangan berbeza, kerana bursa-bursa ini mempunyai kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.

Perbezaan antara bursa terpusat atau tidak terpusat terletak pada struktur kawal selia dan pendekatan pengoperasian. Dan kedua-duanya menyediakan matlamat pelaburan berbeza:

  • CEX adalah cemerlang dalam menyediakan kecairan yang tinggi, alatan dagangan termaju dan pelaksanaan lebih pantas. Mereka boleh menjadi pilihan yang baik jika anda adalah seorang pedagang yang aktif
  • DEX menawarkan penjagaan kendiri, akses tanpa halangan dan pendedahan awal untuk token-token yang baru dikeluarkan. Jika anda mengutamakan privasi dan kawalan kepada aset anda, bursa tidak terpusat mungkin adalah lebih sesuai

Bursa terpusat (centralized exchange) beroperasi di bawah kawal selia lebih ketat, dengan peraturan khusus yang mengawal dana diterima, syiling tersedia, polisi pengeluaran dan kebolehcapaian geografi. Rangka kerja kawal selia ini memberikan beberapa kelebihan:

  • Kecairan lebih tinggi
  • Spread lebih kecil
  • Pelaksanaan dagangan lebih pantas
  • Sokongan pelanggan
  • Prosedur KYC yang sangat berguna untuk dagangan P2P

CEX juga lebih selektif apabila menyenaraikan syiling baharu, yang boleh melindungi anda daripada skim pam dan buang (pump-and-dump). Akan tetapi, anda masih perlu berhati-hati kerana pasaran mata wang kripto adalah tidak stabil dan ketelusan masih lagi berkembang.

Bursa tidak terpusat (decentralized exchange) menghadapi kekangang kawal selia yang kurang, mengakibatkan: anda mempunyai perlindungan yang kurang kepada kecairan lebih rendah dan spread lebih besar berbanding CEX. Sebaliknya, mereka memberikan anda kelebihan berikut:

  • Akses kepada spektrum token lebih meluas
  • Penyembunyian nama lebih besar dan akses tanpa kebenaran
  • Keupayaan untuk menguruskan penjagaan kendiri untuk aset anda

Banyak syiling pada mulanya didagangkan pada DEX sebelum disenaraikan pada bursa terpusat. Apabila token mendapat penyenaraian CEX, ia selalunya mendapat akses kepada pengguna lebih ramai dan potensi harga lebih tinggi disebabkan kenaikan kecairan dan kebolehlihatan.

CEX

DEX

Lebih mudah membeli kripto dengan mata wang fiat dan mengeluarkan dana. Selalunya menyokong kaedah pembayaran biasa seperti kad kredit dan pindahan bank.

Menyediakan akses kepada token yang tidak disenaraikan pada bursa terpusat utama.

Bursa menyimpan syiling anda. Anda tidak perlu bimbang mengenai kekunci peribadi atau awalan dompet.

Anda mempunyai kawalan penuh pada aset anda dan kekunci peribadi. Anda juga boleh menggunakan dompet bukan penjagaan (non-custodial wallet).

Selalunya menawarkan kecairan lebih tinggi, spread lebih kecil dan kurang kegelinciran apabila mendagangkan pasangan popular

Anda boleh berdagang terus dari dompet tanpa mendaftar atau mendapatkan kebenaran.

Menyediakan sokongan pelanggan. Akaun anda selalunya boleh dikembalikan semula sekiranya ada masalah.

Kumpulan pembuat pasaran diautomasikan membolehkan penyertaan dalam hasil yuran dagangan dan juga memperkenalkan risiko kerugian tidak kekal.

Dagangan selalunya dilaksanakan dengan pantas. Menyediakan spektrum luas alatan termaju seperti pesanan had dan henti, dagangan margin, derivatif dan produk lain.

Selalunya memerlukan langkah pengesahan identiti yang kurang dan memberikan lebih privasi semasa melakukan transaksi.

Kembali ke penyaring — pilihan di sini adalah bergantung kepada keperluan dagangan anda. Berdagang dan melabur selalunya adalah hampir serupa, jadi anda boleh menggunakan mereka berasingan atau bersama-sama.

Setiap penyaring menjejak metrik unik untuk jenis dagangan dan pelaburan berlainan, membantu anda mencari aset yang betul berdasarkan kepada kriteria khusus yang kami telah pilih dengan berhati-hati.

Bagaimana untuk mengakses Penyaring CEX

Dari halaman utama, klik menu lungsur turun "Produk", gerakkan kursor di atas Penyaring dan klik "Pasangan CEX."

Cara lain adalah dari Carta Super. Pada bar alat kanan, klik "Produk" → "Penyaring." Pada bahagian atas, klik "Penyaring Saham" dan klik "Penyaring CEX."

Tanpa mengira dari halaman mana anda masuki, ini adalah penyaring yang sama dengan kefungsian yang sama — jadi pilih cara yang anda sukai.

Bagaimana untuk menggunakan Penyaring CEX

Apabila anda membuka Penyaring, anda boleh melihat pasangan kripto yang tersedia di TradingView, didagangkan pada bursa terpusat utama. Setiap kripto pada platform kami di sini, volum dagangan selepas 24 jam. Anda juga boleh menukar kaedah penyusunan dengan set penapis yang telah di pra konfigurasikan untuk mensesuaikan carian anda. Pada bucu kiri atas, klik "Bilik besi ETF" → "Buka skrin…". 

Seperti penyaring TradingView lain, anda boleh mencipta skrin anda sendiri untuk analisis seterusnya. Tetapkan penapis disukai, klik butang "Simpan". 

Dalam menu lungsur turun yang sama, anda boleh mengakses penyaring yang baru digunakan, mengeksport keputusan sebagai fail CSV, mencipta skrin baharu dan melakukan pelarasan lain.

Pada bahagian kanan, anda boleh menemukan tetapan Penyaring di mana anda boleh memilih apa yang anda mahu paparkan — logo simbol, penjelasan, jenis, mata wang — dan frekuensi disegarkan. 

Di sebelahnya adalah butang "Sembunyikan penapis" — apabila anda mengkonfigurasikan penyaring anda, sembunyikan bahagian atas untuk melihat dan menganalisa lebih banyak dana.

Penapis

Penapis adalah keadaan di mana syiling perlu memenuhi syarat untuk diletakkan di dalam jadual. Untuk melakukan ini, dalam dialog pengeditan penapis, anda boleh memilih syarat penapisan.

Untuk menambahkan syarat penapis baharu, klik butang "+" atau tekan Shift + F.

  • Maklumat sekuriti: Akses maklumat awam mengenai mata wang asas dan sebut harga, bursa dan jenis simbol
  • Data pasaran: Terokai harga, volum dagangan, jurang dan ketidakstabilan
  • Penilaian: Lihat permodalan pasaran dicairkan sepenuhnya dan permodalan pasaran
  • Teknikal: Tambah penunjuk teknikal sebagai parameter penapisan

Untuk beberapa penunjuk teknikal termasuk RSIStoch RSIMomentumEMASMAKeltner Channels, anda juga boleh mengakses kumpulan parameter diperluaskan. 

Set lajur

Di bawah penapis, anda boleh mencari set lajur, setiap satu mengandungi maklumat untuk jenis tertentu untuk analisis. Anda juga boleh menambah set lajur baharu menggunakan butang "+" di sebelah kanan.

Konfigurasi lalai untuk lajur:

  • Gambaran keseluruhan: Data utama CEX — bursa, harga, volum, penarafan teknikal dan maklumat kritikal lain
  • Prestasi: Pandangan sejarah untuk keuntungan dan kerugian pasangan
  • Teknikal: Gambaran pengayun, moving average dan penunjuk momentum
! Penting: Jangan hanya bergantung sepenuhnya pada penarafan teknikal penunjuk untuk membuat keputusan kewangan. Mereka hanya menunjukkan apa yang penunjuk cadangkan dan ia tidak menggantikan analisis pasaran anda sendiri.

Oh, dan satu lagi perkara terpusat…

Di TradingView, kami berkolaborasi dengan banyak CEX supaya anda boleh berdagang dari Carta Super. Ia memberikan anda fleksibiliti tanpa mengira sebanyak mana platform anda gunakan. Anda boleh menghubungkan dengan berbilang bursa, bertukar antara mereka dan menggunakan semua alatan untuk dagangan yang berjaya.

Juga baca: