Ciri demo di TradingView

Akaun demo adalah persekitaran tanpa risiko di mana anda boleh berlatih dagangan menggunakan dana maya. Ia membenarkan anda menguji strategi, mempelajari platform dan membina keyakinan sebelum berdagang dengan wang sebenar.

Sama ada broker anda menawarkan akaun demo ataupun tidak, TradingView menyediakan beberapa alatan untuk membantu anda berlatih dalam keadaan pasaran yang realistik. Anda boleh menguji strategi anda, memperhalusi pendekatan anda dan membina keyakinan sebelum menggunakan modal sebenar — semuanya tanpa perlu meninggalkan Carta Super.

KANDUNGAN:

Ulangan bar

Ulangan bar mensimulasikan pergerakan harga sebelum ini. Ia boleh membantu anda memperhalusi strategi dengan menganalisa sejarah gelagat pasaran dan berlatih melakukan keputusan dagangan tanpa pendedahan kewangan sebenar. Ia menyediakan cara interaktif untuk mempertingkatkan kemahiran dagangan anda dan mencapai cerapan dari sejarah gelagat pasaran.

Untuk membuka ulangan bar, cari butang "Ulang semula" pada panel atas carta anda — ia kelihatan seperti butang ulangan semula video.

Pilih titik permulaan, tekan "Mainkan," dan lihat strategi anda dilaksanakan pada data sejarah.

Mengapa ulangan bar digunakan

Ulangan bar boleh membantu anda menerokai masa sudah berlalu dan berfikir ke hadapan dengan kelebihan berikut:

  • Memperhalusi strategi anda dengan analisis sejarah harga dan dagangan disimulasikan
  • Belajar dengan syarat pasatan sebenar yang disimulasikan dan cerapan praktikal mengenai cara strategi bertindak
  • Mendapat cerapan sejarah dengan pergerakan harga lalu untuk menemui pola dan trend yang boleh memberikan maklumat untuk keputusan dagangan
  • Membangunkan keyakinan dan pengalaman dagangan menerusi latihan tanpa risiko dengan tiada pendedahan kewangan sebenar
  • Menghentikan sementara sesi ulangan anda pada bila-bila masa dan kembali semula kemudian dari tempat yang sama, dengan tetapan sebelumnya dikekalkan

Laporan strategi

Laporan strategi adalah alat untuk menguji idea dagangan anda. Penunjuk memaparkan data dan isyarat pada carta, manakala strategi menjana laporan keputusan secara automatik

Ia menyokong strategies terbina dalam, strategi komuniti dan strategi yang anda cipta sendiri dengan Skrip Pine atau yang anda sudah simpan dalam kegemaran.

Laporan strategi akan dibuka secara automatik apabila anda menambahkan apa-apa strategi dari menu Penunjuk dan menunjukkan cara sistem dagangan anda akan terlaksana pada data sejarah. Hanya satu strategi boleh dijalankan pada carta pada satu-satu masa.

Kenapa laporan strategi

Laporan strategi menukar idea dagangan anda kepada hasil yang boleh diukur. Daripada anda membuat andaian sama ada strategi itu berfungsi ataupun tidak, anda boleh melihat bagaimana sejarah prestasinya dan tahap kekuatan dan kelemahannya.

  • Ujian belakang idea dagangan pada data sejarah sebelum merisikokan modal sebenar.
  • Mengukur kebolehuntungan dengan metrik seperti keuntungan bersih, faktor keuntungan dan kadar menang
  • Nilaikan risiko menggunakan metrik penyusutan, kenaikan, nisbah Sharpe dan nisbah Sortino
  • Bandingkan kepada beli dan pegang untuk menentukan sama ada dagangan aktif boleh menambahkan nilai
  • Analisa dagangan individu menerusi rekod terperinci masukan, keluaran, keuntungan dan kerugian
  • Bina keyakinan dengan data dengan menilai prestasi merentasi ratusan atau ribuan sejarah dagangan

Dagangan Kertas

Dagangan Kertas adalah pensimulasi dagangan yang membolehkan anda berlatih dalam keadaan pasaran langsung menggunakan dana maya dan bukannya wang sebenar. Ia adalah cara yng terbaik untuk menggunakan analisis teknikal dan asas anda semasa anda sedang membina keyakinan dan memperdalamkan pemahaman anda mengenai pasaran kewangan.

Juga dikenali sebagai dagangan demo, dagangan kertas membolehkan anda berlatih membeli dan menjual aset menggunakan dana maya.

Untuk mengaktifkan akaun dagangan kertas anda, pergi ke Carta Super dan klik butang "Dagang" di bucu atas kanan. Ia akan membuka senarai broker yang tersedia dalam rantau anda. Di situ, anda boleh melihat ikon dagangan kertas — ciri ini tersedia untuk semua pengguna TradingView.

Kemudian klik ikon → "Sambungkan" → dan semuanya sudah siap.

Mengapa Why paper trading

Dagangan kertas menyediakan persekitaran selamat untuk menguji idea dagangan, dari konsep mudah kepada strategi termaju.

  • Berlatih dagangan tanpa merisikokan wang sebenar dengan meletakkan dagangan disimulasikan dalam keadaan pasaran langsung
  • Bina keyakinan sebelum masuk dagangan langsung dengan mendapatkan pengalaman praktikal untuk penempatan pesanan, pengurusan posisi dan pergerakan pasaran
  • Uji dan perhalusi strategi dagangan dengan melakukan kajian dengan pendekatan, penunjuk dan peraturan pengurusan risiko berbeza
  • Membentuk disiplin dagangan dengan berlatih masukan, keluaran dan saiz posisi tanpa tekanan emosi daripada keuntungan dan kerugian wang sebenar
  • Pelajari dan kuasai alatan dagangan dengan menggunakan carta, penunjuk, lukisan dan antara muka dagangan dalam persekitaran tanpa risiko

The Leap

The Leap adalah pertandingan dagangan kertas berulang yang membenarkan pedagang menguji kemahiran mereka menggunakan dana maya dalam keadaan pasaran langsung.

Ia memberikan cara berstruktur untuk berlatih berdagang, menilai strategi dan mendapatkan pengalaman tanpa risiko kewangan. Anda boleh menjejak prestasi anda, memperhalusi pendekatan anda dan membandingkan keputusan anda dengan pedagang-pedagang lain.

Setiap edisi selalunya berjalan dalam masa dua minggu, dengan pendaftaran dibuka sebelum permulaan pertandingan. Semua dagangan dilaksanakan dalam masa nyata menggunakan akaun disimulasikan dan kedudukan peserta pada papan pendahulu awam adalah berdasarkan prestasi mereka sepanjang pertandingan.

Kesimpulan ciri-ciri demo

Bersama-sama, alatan demo kami merangkumi semua fasa pembangunan dagangan.

Gunakan ulangan bar untuk berlatih membaca carta dan melakukan keputusan mengikut perjalanan lilin.

Laporan strategi boleh membantu anda mengesahkan idea dengan data prestasi sejarah.

Dagangan kertas direka untuk melaksanakan dagangan dalam keadaan pasaran realistik menggunakan dana maya.

Dan sertai The Leap untuk menanda aras kemahiran anda berbanding pedagang lain.

Dengan gabungan ini, ia memberikan jalan berstruktur dari pembelajaran dan pengujian kepada penilaian dan pertandingan, semuanya tanpa perlu merisikokan modal sebenar.

Juga bacaAlso read: