Bagaimana untuk berdagang di TradingView
Selamat datang ke alam dagangan.
Dengan kami, anda boleh berdagang terus dari Carta Super dengan menyambungkan kepada beberapa broker teratas yang disahkan dan bursa kripto.
TradingView hanya bertindak sebagai perantara — kami tidak memproses dagangan anda dan tidak menyimpan maklumat broker anda.
Dalam artikel ini, kami akan membincangkan kebaikan berdagang melalui Panel Dagangan dan Carta Super kami, bagaimana meletakkan pesanan dan ciri-ciri dagangan lain yang tersedia untuk pengguna TradingView.
KANDUNGAN
- Berdagang dengan kami: kelebihannya
- Mula berdagang
- Dagangan Kertas TradingView
- Kefungsian dagangan
- The Leap
Berdagang dengan kami: kelebihannya
TradingView adalah satu penyepaduan muka hadapan — kami berada di sini untuk memperkasakan pandangan dan dagangan anda.
Kami mematuhi standard tertinggi dagangan dan pelaburan, memberikan fleksibiliti dan keselamatan maksimum.
Mana-mana aset: Berdagang saham, kripto, forex, niaga hadapan dan banyak lagi. Berhubung kepada beberapa broker dan bursa kripto. Bertukar antara mereka pada bila-bila masa — walaupun dalam satu sesi dagangan tunggal — dalam hanya beberapa klik.
Mana-mana platform: Tidak pernah terlepas dagangan, tidak kira di mana anda berada. Sambungkan ke alam dagangan di mana-mana:
Sambungan yang selamat: Dengan TradingView, dana anda adalah selamat sepenuhnya. Maklumat akaun brokeraj anda adalah disimpan secara tempatan pada pelayar anda dan tidak pernah disimpan pada pelayan kami.
Untuk butiran lanjut, lihat spesifikasi teknikal.
Pantas dan boleh dipercayai: Nikmati sambungan terus kepada pelayar broker tanpa kelewatan dan orang tengah.
Komuniti dagangan terbesar dunia: Kami percaya perbincangan terbuka menjana pertumbuhan. Kami menyokong komuniti kami, yang berkongsi idea dagangan, penunjuk dan strategi tersuai mereka, bertukar-tukar Minda mereka dan bersembang terus pada Carta Super dengan rakan dagangan mereka.
Mula berdagang
Uruskan semua dagangan anda dan pantau butiran akaun anda dari satu hab tengah yang mudah.
Apabila anda berada pada Carta Super, cari butang "Panel Dagangan" di bahagian bawah.
Jika anda ada broker
- Sambung terus kepada mereka dari Panel Dagangan
- Jika anda tidak nampak mereka disenaraikan, minta broker anda untuk melakukan integrasi — kami sentiasa mengalu-alukan kerjasama
Jika anda tiada broker
- Pilih daripada broker dipercayai kami — setiap satu adalah berlesen dan disahkan
- Buka akaun dengan broker terbaik, berdasarkan ulasan sebenar
- Cuba Dagangan Kertas TradingView — pensimulasi dagangan tanpa risiko kami

Dagangan Kertas TradingView
Pensimulasi dagangan tanpa risiko kami direka untuk membantu anda membangunkan strategi dagangan anda sebelum memulakan dagangan wang sebenar — aksi lihat dulu / kemudian lompat.
Pelbagai aset tersedia untuk memenuhi gaya dagangan anda — pilih dari saham, kripto, forex, niaga hadapan dan banyak lagi.
Peribadikan akaun Dagangan Kertas anda untuk memadankannya dengan gaya dagangan anda:
- Tetapkan baki awalan anda dalam satu daripada 20+ mata wang asas untuk anda dagangkan
- Pilih leveraj untuk setiap kelas aset
- Pilih jenis komisyen dan tentukan nilainya
- Cipta beberapa akaun untuk menguji dan memperhalusi strategi-strategi berbeza
Pelajari lebih mengenai Dagangan Kertas TradingView dan bersiap siaga untuk menghadapi pasaran sebelum anda mengambil risiko dalam situasi sebenar.
Kefungsian dagangan
! Penting: Ciri dagangan tersedia adalah ditentukan oleh broker anda.
Selepas anda disambungkan kepada broker anda, tekan butang "Dagang" button.

Di situ anda akan dapat melihat Panel Pesanan dan diagram Depth of Market.
Depth of Market
Dengan TradingView, jika broker menyediakan data Tingkatan 2, anda boleh meletakkan pesanan menggunakan diagram Depth of Market — satu alat yang membantu anda memahami bekalan dan permintaan untuk aset tertentu.
Tetapi sebelum anda meneruskan, pelajari bagaimana menggunakan Depth of Market dengan pensimulasi Dagangan Kertas kami untuk berlatih mengenalpasti apa yang peserta pasaran sedang jangkakan.
Panel Pesanan
Untuk strategi dan jenis aset berbeza, anda boleh meletakkan jenis pesanan berbeza. Untuk melakukannya, cari tetapan dan pratetapan pesanan pada bahagian atas panel dan teruskan.
Sesuaikan Panel Pesanan untuk memenuhi keperluan anda:
- Pilih untuk menunjukkan harga pesanan dalam tick
- Aktifkan SL berdasarkan pada kuantiti risiko
- Tunjukkan input TP/SL dalam mata wang
- Tunjukkan input TP/SL dalam peratusan
Simpan pratetapan pesanan anda untuk bertukar dengan pantas antara mereka di kemudian hari. Anda akan menjumpai pratetapan yang sudah anda simpan dalam menu yang sama. TradingView akan mengingati data input pesanan:
- Jenis pesanan
- Harga
- Pendakap (bracket)
- Tempoh sah laku pesanan
Tetapkan tick kepada sifar untuk menjadikan pelarasan harga berlaku secara automatik kepada bacaan semasa dari broker andar.
Pilih salah satu daripad nilai-nilai berikut dalam menu lungsur turun untuk menentukan jumlah saiz pesanan untuk dagangan akan datang:
- Jumlah tunai anggaran dalam mata wang akaun: Jumlah tunai anggaran yang anda akan gunakan pada pesanan. Jika anda mendagangkan satu aset yang mempunyai leveraj ditetapkan dalam tetapan akaun anda, nilai ini akan digandakan untuk jumlah saiz pesanan berkaitan.
- % baki: Saiz pesanan dikira berdasarkan peratusan baki akaun anda
- Risiko dalam mata wang: Memerlukan tetapan henti rugi; saiz pesanan dikira berdasarkan risiko yang dijelaskan dalam nilai mata wang
- % risiko: Memerlukan tetapan henti rugi — saiz pesanan dikira berdasarkan peratusan risiko yang anda tentukan
Henti rugi dan ambil untung boleh digunakan dalam empat cara berasingan. Anda hanya perlu menetapkan satu — nilai lain akan dikira secara automatik.
- Tick
- Harga aset
- Mata wang
- Peratusan
Dalam bahagian maklumat Pesanan, anda boleh melihat butiran mengenai pesanan anda. Apabila pesanan dilaksanakan, ia akan menjadi "Maklumat posisi," mengandungi maklumat mengenai dagangan anda.
Untuk kedua-dua pesanan dan dagangan, bahagian maklumat ini mengandungi nilai-nilai berikut:
- Leveraj
- Nilai dalam tick atau pip
- Nilai dagangan
- Dan banyak lagi
Dagangan Carta Super
Salah satu daripada ciri tunjang TradingView, Carta Super membenarkan anda melakukan analisis anda dan menetapkan pesanan dalam satu tempat. Sesuaikan Carta Super anda dan kawal apa yang mereka paparkan. Mereka adalah disegerakkan sepenuhnya dengan Panel Pesanan — tidak perlu menyalin atau menampal nilai. Hanya percartaan mudah seperti yang sepatutnya.
Sama ada anda berdagang dalam Dagangan Kertas atau secara langsung, kawal dagangan anda terus dari Carta Super dengan kawalan penuh pada pesanan anda. Mereka akan memaparkan posisi semasa anda, TP dan SL, dan juga mana-mana pesanan tertunda. Selain daripada itu, hanya tarik input pesanan anda ke atas atau ke bawah — mereka akan dikemas kini dengan sewajarnya.
Dengan Carta Super anda boleh:
- Mencipta pesanan terus pada carta
- Menguruskan pendakap (bracket) anda dengan mudah
- Pratonton pesanan seterusnya datang sebelum menghantarkannya
- Mengubah pesanan dengan mudah dengan menarik mereka
Jika anda menjumpai satu titik masukan semasa mencarta, klik kanan dan pilih "Cipta pesanan baharu" — Panel Pesanan akan dipaparkan. Kedua-dua Carta Super dan Panel Pesanan adalah disegerakkan sepenuhnya — tidak perlu menyalin dan menampal nilai.
Untuk menguasai persediaan pesanan anda, pelajari bagaimana mengkonfigurasikan Carta Super anda untuk mengoptimumkan kedua-dua penampilan dan kefungsian.
Jika anda perlu mengemaskan carta semasa anda, cari pilihan "Sembunyi" pada bar alat lukisan kiri, kemudian pilih "Sembunyi semua posisi & pesanan."

! Penting: Jika anda menarik pesanan beli yang sudah diletakkan ke bawah, kepada harga semasa, pesanan beli akan tercetus. Peraturan yang sama terpakai kepada pesanan jual — menariknya lebih tinggi akan mencetuskannya serta-merta.
Penempatan pesanan pantas
Ingat pratetapan? Mereka adalah bagus untuk meletakkan pesanan pantas.
Letakkan pesanan beli dan jual tanpa pengesahan dengan butang "Jual" dan "Beli" pada bucu kiri atas.
Untuk mengaktifkan paparan butang-butang ini, ikuti beberapa langkah berikut:
- Pergi ke tetapan Carta Super
- Cari bahagian "Dagangan"
- Tekan "Butang beli/jual"
- Tekan "Penempatan pesanan segera"

Untuk kemudahan anda, gunakan yang berikut:
- Shift+B untuk membeli
- Shift+S untuk menjual
! Nota: Pratetapan yang sudah disimpan menentukan jenis pesanan yang anda akan letakkan dengan butang-butang dan kekunci panas ini. Sebagai contoh, jika pratetapan adalah disimpan dengan jenis pesanan had, butang dan kekunci panas "Jual" dan "Beli" akan meletakkan pesanan had. Anda boleh sahaja menekan "Set semula pratetapan pesanan" untuk kembali kepada meletakkan pesanan pasaran.
Untuk melihat semua kekunci panas yang ada, klik gambar profil anda pada bucu kiri atas dan pilih "Pintasan papan kekunci."

! Penting: Apabila penempatan pesanan pantas diaktifkan, nilai untuk pesanan akan digunakan seperti yang dijelaskan dalam tetapan pratetapan — bukannya nilai dalam Panel Pesanan anda.
Pengurus akaun
Bahagian Panel Dagangan ini mengandungi beberapa maklumat.
- Baki anda
- Dagangan lepas
- Pesanan dan posisi semasa
- Pesanan tertunda, ditolak dan dibatalkan
Ini juga bergantung pada broker anda dan maklumat yang mereka berikan.
The Leap
Bayangkan satu pertandingan dagangan yang kesemuanya ganjaran dan tiada risiko — itulah The Leap. Dan kami mengacarakannya. Dalam pertandingan ini, pedagang bertarung dengan berdagang pelbagai aset dengan wang maya untuk memenangi hadiah wang sebenar dan banyak lagi.
Ia percuma sepenuhnya — buat lompatan dan uji kemahiran dagangan anda!
Oh, dan yang terakhir...
Kami berada di sini untuk membantu anda melakukan dagangan dan keputusan pelaburan lebih baik merentasi pasaran sejagat — kerana anda ada akses kepada alatan terbaik dan komuniti terbaik untuk menyokong anda.
Kami menghargai anda, masa anda dan minda anda — misi kami adalah membantu anda mencapai sasaran anda dengan memyempurnakan dagangan anda.
Kami menyarankan anda terus menerokai dunia dagangan dan terus belajar menguasai strategi anda pada jalan ke arah kebebasan kewangan.
Terus kekal bersambung kepada alam dagangan dengan TradingView.
Semoga anda berjaya dalam dagangan!
Pasukan TradingView
Juga baca: