CRYPTOCURRENCIES: BCHUSDTNampak bersih dia punya movement. Cuba kaji mana tahu ada rezeki. TAYOR DYOR NFAPanjangoleh Dukun_Trader0
BCHUSDT1. Di TF1W dapat dilihat harga membuat pantulan semula setelah turun ke paras terendah di zon harga sekitar 380 BCH. 2. Harga telah sideway di zon 23.6% - 0% Fibo Retracement sejak lebih kurang 3 bulan yang lepas dengan 2 kali percubaan menyentuh paras rintangan dan 2 kali percubaan menyentuh paras sokongan telah dibuat. 3. Di TF1H pula boleh dilihat pembentukan pennant chart pattern. Harga kelihatan baru sahaja membuat pantulan di garis sokongan 621 BCH. Berkemungkinan harga akan cuba menyentuh upper trendline di zon harga 634 BCH sebelum membuat pantulan semula ke bawah. 4. Jika harga terus BO upper trendline tersebut, Volume Profile memberikan paras POC pada harga 639 yang juga bertindak sebagai paras rintangan seterusnya. 5. Alternatifnya, harga mungkin membuat pantulan ke lower trendline dengan memecahkan garis sokongan 621, dan kemudian membuat pantulan semula ke atas dan membuat percubaan BO upper trendline. 6. Di TF1D MACD line telah melintasi ke bawah signal line sementara RSI berada di bawah garisan 50. Ini menunjukkan selling pressure wujud dan berkemungkinan akan meningkat. Bacaan MACD dan RSI di TF1H juga menunjukkan bearish pressure. Di kedua - dua TF juga menunjukkan harga telah berada di bawah midband BB dan kelihatan menuju le lower band BB. Penafian: Ini adalah kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja dan bukan analisis profesional. #TPkeCL #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #cryptomalaysia #huobimalaysia oleh muhammadzaim860