MRNA: MendatarSaham syarikat Moderna dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Jika dilihat daripada selang mingguan, harga dilihat masih lagi bergerak di dalam corak carta segi empat tepat
Walaubagaimanapun, volum pada selang harian dilihat meningkat ketika harga membuat penurunan menunjukkan terdapatnya minat jualan
Kedudukan harga juga dilihat masih berada di bawah rintangan dinamik MA50 mingguan
Selagimana harga belum memecahkan corak carta adalah masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!