idea dagangan MSFT
MSFT (GLOBAL)Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64! Sempena hari Merdeka ni, saya nak berkongsi analisa 64 kuanter iaitu 30 Bursa Malaysia, 30 DowJones/Nasdaq, 3 Komoditi dan 1 Kripto! untuk pembelajaran kita semua.
Teknik : Persilangan EMA21&50 + Sokongan & Rintangan
Selang Masa : Minggu (Bursa) & 4Jam (DowJones/Nasdaq, Komoditi & Kripto)
Entri Belian/Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi)
Ambil Untung : Ikut Nisbah Risiko dan Ganjaran masing-masing
Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya
TAYOR
#AnalisaTraderBilisMAAMTraderz
#TeknikMudah
#PasaranBukanKitaPunya
#XRugiXUntung
MSFTBerdasarkan analisis saya:
1. MSFT berada pada garisan sokongan dinamik
2. Lilin terakhir membentuk harga terendah yang lebih tinggi dan menutup harga di atas harga tertinggi lilin sebelumnya.
3. Disokong dengan volum yang tinggi melebihi purata.
4. Oleh itu, MSFT akan membuat pembalikan harga dan akan menuju ke arad 223.90 - 225.15 USD.
Syeikh Hafiz
Penganalisis Pasaran Saham
Saham Syarikat MSFTMSFT
Microsoft Corporation
Technology | Software - Infrastructure | USA
MSFT adalah kod bagi syarikat Microsoft Corporation yang berada dalam kategori sektor teknologi.
Mengikut pemerhatian gelombang sahlun tentang saham ini adalah uptrend dalam tempoh 1 bulan lepas. Walaubagaimanapun terdapat pemecahan sokongan lantai pada hari ini.
Dari segi kriteria syariah setakat hari ini, saham ini adalah Patuh Syariah.
PENAFIAN SAHLUN: Maklumat dan penerangan sebarang senarai saham, derivatif, komoditi, matawang kripto, bon , sukuk atau sebagainya yang dinyatakan adalah sebagai tujuan pendidikan semata-mata dan bukanlah saranan pembelian mahupun penjualan. Segala liabiliti risiko dagangan adalah diatas tanggungan sendiri. Anda hendaklah mendapatkan rujukan dan nasihat dari pakar dan konsultan bertauliah.
Cara membuat carta fundamental untuk saham tertentuAnda boleh melukis pada carta fundamental dan melakukan analisa yang sama pada mana-mana carta. Ini termasuk menambah garisan trend, julat, anak panah dan teks. Untuk pelabur jangka panjang atau sesiapa yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai syarikat individu, cara ini mungkin boleh menjadi strategi yang berkesan untuk ditambahkan kepada proses analisa anda.
Ianya mudah untuk bermula. Perkara pertama anda boleh lakukan adalah membuka carta untuk sesuatu syarikat yang anda minat. Taip nama atau simbol dalam kotak carian. Kemudian, klik butang "Kewangan" atau ikon yang kelihatan seperti carta bar emoji 📊 yang terletak berdekatan bahagian atas carta anda. Kemudian, pilih metrik asas yang anda ingin selidiki.
Setelah memilih metrik fundamental untuk syarikat yang anda minat, anda boleh mula melukis. Pilih satu alatan melukis dan lakukan analisa yang sama untuk melihat keadaan kewangan untuk syarikat seperti mana yang anda lakukan untuk carta harga normal. Dalam contoh ini, kami menunjukkan carta nisbah Harga-ke-Jualan untuk Microsoft. Nisbah ini menunjukkan sebanyak mana pelabur sanggup membayar untuk $1 untuk hasil Microsoft. Jadi, jika nisbah PS adalah $30, ini bermakna pelabur akan membayar $30 untuk setiap $1 hasil. Pada carta ini, kami telah menambahkan teks dan menekankan beberapa detik menarik dalam sejarah hasil Microsoft. Apakah yang anda nampak?
Kami berharap anda menikmati hantaran singkat ini dan semoga ianya dapat membantu anda untuk bermula dengan metrik fundamental dan lukisan. Tambahan lagi, untuk sesiapa yang lebih maju, anda boleh menggunakan data fundamental untuk membina Skrip Pine.
Terima kasih kerana menjadi ahli TradingView dan kami berharap anda menikmati analisis fundamental ini.
MICROSOFT tak brape ExcelMICROSOFT mungkin terkesan juga dek coronavirus (mungkin kemerosotan orang guna komputer agaknya) menyebabkan retrace kasar berlaku. saya menjangkakan 2 senario berbeza akan berlaku.
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Trade At Your Own Risk.
18-Feb-2020: Boleh mula intai peluang di MICROSOFT Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Tools Kajian;
1. Trendline - down
2. MA - crosdown
3. SNR - Near to R1 (TF 1H)
4. Structure - create LL and sideways
Ulasan;
Berikut adalah sudut pandang stock microsoft dari TF 1H, dapat melihat harga tengah menguji R pertama. Ini bakal menjadi titik penentu samaada harga akn terus memecut keatas atau akan jatuh ke bawah.
Pada keseluruhannya di TF besar harga masih lagi dalam keadaan menaik. Namun ada ruang untuk harga menurun sedikit bagi membolehkan harga bergerak ke paras yang lebih tinggi. sekiranya pada malam ini (18/2/2020) harga berjaya memecahkan R pertama dengan VOLUME, kita pasti bakal melihat harga akan terus bergerak ke R ke-2
Perhatikan juga pembentukan pergerakan harga di carta bayangan (dalam bulatan) - sila perhatikan kawasan bertanda A.
Berdasarkan pemerhatian sebelum ini apabila terdapat pembentukan corak seperti di A ia akan meneruskan kejatuhan ke S terdekat.
Namun begitu sekiranya harga turun ke bawah kita akan cuba untuk mencari peluang BUY di S pertama.
Rumusan;
R1 = 185.77
R2 = 190.67
S1 = 181.98
Arah keseluruhan UPTREND (TF besar)
Penurunan merupakan peluang untuk membeli pada harga rendah (buy low)
Untuk stock saya tidak bergitu menggalakkan untuk kita SELL dan hanya cari peluang untuk BUY sahaja.
semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.