AA: Divergence?Alcoa Corporation dilihat masih lagi bergerak dalam trend menaik mematuhi saluran kenaikan
Terkini harga dilihat membuat 'breakout' memecahkan tinggi 52 minggu sebelum ini
Namun, terdapat beberapa faktor perlu diambil kira sebelum breakout ini dikatakan sah
Pertama, petunjuk volum dilihat berada lebih rendah daripada volum purata ketika 'Lower High' sebelum ini terbentuk
Volum secara keseluruhannya dilihat semakin berkurang berbanding volum dagangan harian
Petunjuk RSI harian juga dilihat seakan membentuk 'regular bearish divergence' tatkala harga membuat 'Higher High' terbaru
RSI mingguan pula dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought' menguatkan kebarangkalian berlakunya pembetulan
Walaubagaimanapun trend secara jangka masa panjang dilihat masih dalam keadaan menaik selagi mana saluran kenaikan dipatuhi
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
idea dagangan 185
AA: Volum Kemuncak?AA dilihat bergerak dalam trend menaik sejak dari tahun-tahun dagangan yang lalu
Harga dilihat masih bergerak mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik
Lilin mingguan terkini dilihat tutup lebih tinggi berbanding minggu dagangan sebelumnya
Walaubagaimanapun harga dilihat seakan sudah menunjukkan beberapa tanda kelemahan
Lilin minggu terakhir dagangan dilihat seakan membentuk corak lilin 'hanging man' yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Analisa volum juga dilihat penyertaan pedagang seakan sudah mencapai paras ekstrim
Petunjuk RSI mingguan, harian dan bulanan juga telah berada di paras 'overbought'
Justeru, tidak mustahil harga akan menukar arah sekiranya paras sokongan saluran berjaya ditembusi
Pergerakan harga pada minggu dagangan mendatang menjadi penentu
Sama-sama kita perhatikan
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!