AMC-US mungkin boleh jatuh ke 30.50AMC-US mungkin boleh jatuh ke 30.50 AMC-US may drop to 30.50 #ARTTpickoleh calvincychin1
AMC (GLOBAL)Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-64! Sempena hari Merdeka ni, saya nak berkongsi analisa 64 kuanter iaitu 30 Bursa Malaysia, 30 DowJones/Nasdaq, 3 Komoditi dan 1 Kripto! untuk pembelajaran kita semua. Teknik : Persilangan EMA21&50 + Sokongan & Rintangan Selang Masa : Minggu (Bursa) & 4Jam (DowJones/Nasdaq, Komoditi & Kripto) Entri Belian/Jualan : Kotak biru (Risiko Rendah) atau Garisan hitam (Risiko Sederhana) atau Garisan trend hitam (Risiko Rendah) atau Garisan hijau (Risiko Tinggi) Ambil Untung : Ikut Nisbah Risiko dan Ganjaran masing-masing Mudahkan teknik Melabur. Hanya kawal emosi. Pasaran bukan kita punya. Pelan Nisbah Risiko dan Ganjaran. Melabur dengan Ilmu. Insha Allah berjaya TAYOR #AnalisaTraderBilisMAAMTraderz #TeknikMudah #PasaranBukanKitaPunya #XRugiXUntungoleh MAAMTraderMuhamadAsrul0
Lima Cara Untuk Menggunakan Susun Atur Carta BergandaAlat susun atur carta berganda kami memberikan pedagang dan pelabur cara yang mudah untuk mengkaji pelbagai simbol atau rangka masa pada masa yang sama. Dalam hantaran ini, kami akan menjelaskan lima cara untuk menggunakan ciri susun atur carta untuk mengoptimisasikan proses anda. Membuat carta dengan rangka masa berbeza Jika anda melihat carta di atas dengan lebih dekat, anda akan menyedari terdapat rangka masa berbeza untuk setiap carta. Satu adalah carta harian, satu lagi adalah carta mingguan dan yang lain adalah carta 30-minit. Susun atur carta berganda membolehkan anda melihat kesemua rangka masa yang berbeza pada skrin yang sama. Jika anda mencari dagangan dan membuat kajian dalam pelbagai rangka masa, ciri ini amat penting untuk dikuasai. Menyesuaikan tampilan susun atur anda Setiap pedagang dan pelabur memiliki pendekatan yang berbeza. Oleh sebab itu, amat penting untuk memiliki alat yang boleh disesuaikan. Setiap carta dalam contoh di atas menggunakan gradien warna berbeza sebagai latar belakang. Carta paling kanan ialah carta garisan manakala dua carta yang lain menunjukkan candlestick. Semasa menggunakan susun atur carta berganda, anda boleh mencipta ruang kerja sendiri yang memenuhi keperluan anda. Mempelbagaikan penunjuk anda Carta di atas menunjukkan penunjuk berbeza. Contohnya, garis kuning di paling kira ialah Purata Bergerak manakala carta di bahagian tengah menunjukkan Profil Volum dan carta di paling kanan hanya menunjukkan volum. Anda boleh menambahkan penunjuk yang berguna di carta tertentu dalam susun atur anda. Membuat carta dengan simbol berbeza pada masa yang sama Dalam contoh di atas, kami melihat tiga simbol yang berbeza, tetapi boleh dilihat pada skrin yang sama. Cara ini membolehkan kami mengikuti aksi harga, mengkaji persamaan, dan mencari idea antara aset berlainan. Ia juga mempercepatkan kajian kami dan merupakan cara yang berguna untuk memantau pelbagai simbol dalam pasaran. Segerakkan carta anda Dengan satu klik, anda boleh menyamakan simbol, crosshair, selang, masa dan lukisan untuk semua carta dalam susun atur anda. Untuk bermula, anda boleh klik pada butang susun atur di bahagian atas carta di mana ia berkata "Segerakkan Semua Carta". Dari menu ini, anda boleh memilih penyelarasan yang dikehendaki dan mereka akan dikemaskinikan dengan segera. Terima kasih kerana membaca dan kami berharap anda menikmati hantaran ini. Jika anda mempunyai sebarang tip, cadangan atau maklum balas untuk berkongsi tentang susun atur carta berganda, sila menulis di ruang komen di bawah.Pilihan EditorPendidikanoleh TradingView1123
AMC LONGAMC baru sahaja pantul dari zon sokongan ungu dan 50% fib. sesi terakhir meninggalkan long dawn line dengan volume sedang menaik. mungkin akan meneruskan kenaikan ke paras rintangan 60. walaubagaimanapun tunggu pecah garisan trend menurun untuk entry. sokongan pada zon ungu RBS. Panjangoleh abid990
AMC mungkin boleh naik ke 76.80AMC mungkin boleh naik ke 76.80 AMC may go up to 76.80 #ARTTpickoleh calvincychin0
AMC LONGAMC sedang ATH mungkin akan meneruskan kenaikan kerana terdapat pennant pada tf kecil support 31.8 premarket mungkin dibuka lebih tinggiPanjangoleh abid990
Tiga Cara Untuk Membuat Keputusan Yang Lebih Baik dalam PasaranSebelum kita pergi dengan lebih dalam, adalah penting untuk berkongsi beberapa perkara mengenai siapa diri kami. Kami memberikan kuasa kepada pedagang dan pelabur dengan memberikan penggunaan alatan, carta, berita dan data global profesional yang sebelum ini hanya tersedia untuk beberapa kumpulan tertentu sahaja. Alatan kami adalah tersedia untuk semua orang samada pada peranti atas meja atau mudah alih. Matlamat kami adalah untuk memperkasakan keupayaan pedagang dan pelabur untuk berkembang dalam jangka masa panjang. 💪 Maksud utama di sebalik catatan ini ialah anda tidak perlu terburu-buru membuat sesuatu sebelum anda memahami semua risiko, matlamat dan rancangan jangka panjang anda. Kami menyedari bahawa di sebalik usaha dan niat kami, kadang-kadang orang akan terpengaruh oleh catatan yang tidak bertanggungjawab di media sosial, yang akhirnya membawa kepada harapan yang musnah. Kami ingin menolong orang ramai untuk mengelakkan perkara ini dari terjadi. Oleh itu, mari kita bincangkan tiga cara untuk membuat keputusan yang lebih baik di pasaran. Ingat, catatan ini adalah khusus untuk pendidikan, yang mana kita sedang berada di dalam masa yang sangat menarik dalam sejarah pasaran! Teruskan membaca ... 👇 1) Jangan mengikuti pendapat orang lain secara membabi buta tanpa membuat kajian anda sendiri. Gunakan alatan yang ada untuk anda belajar dan menganalisa pasaran. Jaringan sosial kami adalah besar dan semakin berkembang. Kami saling memberikan dorongan kepada semua orang untuk menerbitkan idea pertama mereka, mencuba laman sembang dan mengikuti pedagang-pedagang yang lain. Ini adalah masa yang terbaik untuk bertemu sesama pedagang, belajar dengan mereka dan berkembang bersama-sama. Tetapi apabila media sosial bergabung dengan pasaran, ada beberapa risiko penting yang perlu untuk dibincangkan. Elakkan daripada mengambil tabiat buruk, terpengaruh oleh pendapat-pendapat popular dan menyerah kepada tekanan teman sebaya. Elakkan melakukan sesuatu yang belum anda fikirkan secara kritis, menganalisa secara objektif atau menilai dengan sendiri. Risiko ini boleh merangkumi perdagangan sebelum anda bersedia, berdagang terlalu kerap kerana anda mempunyai idea, meletakkan diri anda pada kedudukan yang lebih besar daripada yang akaun anda mampu tangani dan mengubah fikiran anda di tengah-tengah sesi dagangan. Tetap tenang dan fikirkan semasak-masanya dahulu. Manfaatkan alatan yang ada untuk anda membuat ujian semula, menggunakan dagangan kertas atau mencari pendapat lain mencabar fikiran anda. 2) Jangan mengharapkan keuntungan yang mudah hanya kerana semua orang bercakap mengenainya. Sebaliknya cari tinjauan rakan sebaya, perhubungan yang bermakna dan cara untuk menguji idea anda sendiri. Tidak kira berapa banyak suka yang diterima untuk sesuatu idea, tidak kira seyakin mana pengarangnya kelihatan atau berapa banyak mesej sembang yang dikongsikan, tidak ada jaminan pasaran akan berjalan seperti yang yang kita rancang. Adalah lebih baik memulakan dengan mengkaji dan meneliti idea anda terlebih dahulu untuk melihat apakah ia sesuai dengan rancangan jangka panjang anda. Inti patinya adalah: pandangan orang lain tidak boleh digunakan sebagai pengganti diri anda dalam melakukan analisisa sebelum membuat keputusan di dalam perdagangan sebenar. Rangkaian sosial kami paling baik digunakan untuk tinjauan rakan sebaya, membuat perhubungan baru dan memberikan maklum balas kritikal untuk membantu anda dalam mengembangkan strategi dan pemahaman tentang pasaran. Kami mempunyai bahagian pendidikan khusus untuk perkara ini. Kami juga mempunyai komuniti Pengekod Pine yang melakukan pengkodan pasar. Komuniti di sini diadakan untuk membantu anda mendapatkan maklum balas, idea dan konsep baru. 3) Jangan meminta isyarat masa nyata buta dalam laman sembang atau memberikan komen-komen yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan yang mudah. Sebaliknya fokus pada membina strategi jangka panjang anda dan mengekalkan pendekatan yang realistik. Apabila media sosial dan pasaran kewangan bergabung, semakin banyak orang mengharapkan jawapan yang mudah mengenai bilakah waktu untuk membeli atau menjual. Dalam laman sembang umum kami (anda boleh mencarinya di sebelah kanan platform) kami menggalakkan orang ramai untuk tidak berfikiran begini dan berusaha untuk menggali dengan lebih mendalam. Anda tidak akan belajar apa-apa daripada mengemukakan soalan mengenai jual dan beli. Anda harus mengkaji, meneliti dan memeriksa pergerakan harga terlebih dahulu. Alatan rangkaian sosial kami menawarkan peluang besar untuk bercakap di dalam masa nyata dan bertukar-tukar pendapat, pandangan dan penyelidikan. Menggunakan mereka dengan cara yang betul akan membantu anda berkembang sebagai pedagang dan bersama belajar dari orang lain dalam jangka masa panjang. Tetapi membuat keputusan perdagangan tergesa-gesa berdasarkan panggilan perdagangan semata-mata merupakan idea yang tidak baik. Jangan buat! Tidak ada cara yang lebih baik untuk belajar selain daripada melibatkan diri dalam lingkungan ahli-ahli yang mendedahkan anda kepada banyak idea, perbualan dan strategi yang berbeza. Kami berharap platform kami dapat meningkatkan pengetahuan anda tentang pasaran sambil membolehkan anda menyempurnakan bakat anda. Pandangan dari orang lain juga dapat membantu anda membuat keputusan yang lebih baik, tetapi hanya jika ianya digunakan dengan cara yang bijaksana dengan berfokuskan pada kesabaran, proses dan pendidikan. Selain itu, selalu ingat bahawa anda mempunyai alatan yang berkesan di hadapan anda untuk melakukan penyelidikan terbaik anda. Terima kasih kerana membaca! Kami berharap untuk mendengar pandangan anda di bawah. 🙏Pilihan EditorPendidikanoleh TradingView2218
AMC SHORTAMC telah break down short term uptrendline, dan breakdown long term downtrendline, support 3.80Singkatoleh abid990