AR: Segi Tiga?Saham syarikat Antero Resources dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang mingguan seakan membentuk corak carta segitiga simetri
Melihat pada selang harian candle beberapa hari dagangan sebelum ini dilihat menunjukkan anomali pergerakan
Volum belian dilihat tinggi tidak selari dengan pembentukan candle yang kecil
Walaubagaimanapun selagimana harga belum memecahkan corak carta masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan AR
AR: 'Double Top' Atau?AR dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu menguji kekuatan sokongan dan rintangan
Harga pada minggu dagangan terkini dilihat tutup berdekatan paras rintangan
Jika dilihat sekilas pandang harga dilihat seakan membentuk corak carta 'double top'
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat rendah berbanding puncak sebelumnya
Meskipun begitu, volum belian dilihat semakin tinggi berbanding minggu-minggu sebelumnya
Kedudukan EMA mingguan (tidak ditunjukkan) juga dilihat masih lagi dalam trend menaik
Sekiranya harga membatalkan pembentukan corak carta, tidak mustahil harga akan naik menuju ke paras rintangan saluran
Tidak mustahil juga harga akan menurun dan bertahan di atas paras sokongan membentuk trend pengagihan sebelum menunjukkan arah tuju sebenar
Menarik untuk diperhatikan
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
AR: Pembetulan?AR dikesan baru melakukan 52w high yang baharu
AR dilihat bergerak dalam trend menaik disokong oleh EMA sebagai sokongan dinamik
Harga pada hari terakhir dilihat melakukan jurang kenaikan namun hanya disertai volum yang normal
MACD dilihat masih berada di atas paras sifar dan belum melakukan persilangan
Namun, petunjuk RSI dilihat seakan membentuk isyarat 'Bearish divergence' tatkala harga membuat tinggi yang baharu
Penafian:
*Ini bukanlah cadangan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab di atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih