EL: Bendera?Saham syarikat Estee Lauder dilihat membuat kejatuhan beberapa hari dagangan yang lalu
Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang mingguan dilihat seakan membentuk corak carta bendera terbalik
Justeru, jangkaan harga bergerak di dalam corak carta segitiga sebelum ini dikatakan terbatal
Harga dilihat belum memecahkan sokongan mahupun rintangan saluran selari dengan volum juga dilihat mendatar
Walaubagaimanapun petunjuk RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat berada di bawah paras pertengahan
Harga juga dilihat masih berada di bawah rintangan dinamik MA50 mingguan
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan sokongan dengan volum
Ke manakah halatuju harga? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan EL
EL: SegitigaSaham syarikat Estee Lauder dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Namun sejak beberapa minggu lalu pergerakan harga dilihat mula bergerak dalam trend mendatar
Jika diperhatikan pergerakan harga pada selang masa harian seakan membentuk corak carta segitiga menaik
Volum dilihat masih lagi berada sekitar paras purata volum harian menunjukkan harga masih belum melakukan 'breakout'
Walaubagaimanapun jumlah volum dilihat lebih tinggi daripada purata ketika harga mendekati rintangan menunjukkan terdapatnya minat belian
Petunjuk RSI harian dilihat berada di atas paras pertengahan namun masih dilihat menghala ke bawah
MA200 harian dikatakan bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat dengan kedudukan harga terkini (tidak ditunjukkan)
Dapatkah harga membuat memecahkan corak carta dan membuat kenaikan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!