idea dagangan NFLX
NFLX: Mendekati RintanganSaham syarikat Netflix dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Pergerakan harga dilihat masih lagi mematuhi sokongan dan rintangan corak carta segi empat tepat
Terkini, kedudukan harga dilihat berada berdekatan dengan rintangan setelah harga dibuka tinggi setelah perolehan diumumkan
Walaubagaimanapun harga dilihat tutup lebih rendah daripada harga pembukaan dengan membentuk candle 'piercing'
Volum kenaikan ketika harga bergerak mendekati rintangan sebelum ini dilihat meningkat menunjukkan terdapatnya minat belian
Walaubagaimanapun, selagimana harga belum memecahkan rintangan harga dikatakn masih cenderung bergerak mendatar
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
NFLX: Bergerak MendatarSaham syarikat Netflix dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Pergerakan harga saham tersebut dilihat bergerak mematuhi corak carta segi empat tepat
Volum dilihat mendatar menunjukkan belum terdapatnya sentimen pergerakan untuk memecahkan sokongan
Walaubagaimanapun jika diperhatikan pada selang mingguan, terdapat volum belian yang tinggi beberapa bulan sebelum ini
Namun, selagimana harga belum menunjukkan kekuatan arah pergerakan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
NFLX: Mampukah Membuat Kenaikan?Saham syarikat Netflix dilihat bergerak membuat kenaikan hasil daripada keputusan perolehan positif beberapa hari dagangan yang lalu
Terkini harga dilihat membuat kenaikan memecahkan corak carta segi tiga yang terbentuk setelah harga membuat kejatuhan beberapa bulan lalu
Kehadiran volum dapat dilihat lebih tinggi berbanding paras purata volum harian ketika harga membuat kenaikan
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat baharu seakan hendak membuat kenaikan semula daripada paras 'oversold'
Walaubagaimanapun MA20 mingguan dilihat bertindak sebagai rintangan dinamik terdekat (tidak ditunjukkan)
Pergerakan harga jika dilihat dari carta bulanan dilihat masih bergerak di dalam saluran menaik (tidak ditunjukkan)
Menarik sekiranya harga meneruskan kenaikan diiringi dengan volum belian
Dapatkah harga meneruskan kenaikan semula? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
NFLX: Ke Mana Halatuju?Saham syarikat Netflix Inc dilihat bergerak membuat penurunan sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini, pergerakan harga dilihat bergerak mendatar mematuhi corak carta segi tiga
Harga dilihat masih lagi belum memecahkan sokongan saluran menaik jangka masa panjang
Volum jualan yang tinggi dilihat telah terbentuk menunjukkan kemungkinan telah berlakunya puncak jualan
RSI mingguan dan harian dilihat telah memasuki kawasan 'oversold' justeru tidak mustahil lantunan teknikal boleh berlaku
Menarik untuk diperhatikan sekiranya terdapat volum belian mengambil alih pergerakan harga
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
[Watchlist] TriangleAntara chart pattern yang menarik untuk dikaji.
Perhatikan candle-candle yang terbentuk untuk berberapa hari akan datang. Adakah lantunan candle-candle akan mematuhi garisan merah ini. Sekiranya ia patuh, berkemungkinan harga akan cuba memecahkan paras rintagan berdasar dua kemungkinan ini.
1. Harga meneruskan kenaikan dan memecahkan paras rintangan
2. Harga naik sebentar dan membuat pembetulan harga, dan kemudian naik kembali untuk meneruskan kenaikan sehingga keparasa sokongan.
Sekiranya berjaya. Target kenaikan ada dalam sekitar 60% iaitu pada harga 619usd.
Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.