KLCI mingguan - tengah rehatKLCI telah naik menurut jangkaan saya yang sebelum ini.. kini ia berehat seketika. candle yang minggu lepas telah pun menembusi R3 (breakout) dan mungkin akan retest R3 dulu - mungkin minggu depan market akan lemau sikit...
jangkaan paling teruk, market minggu depan akan buat pembetulan dahulu, menuju R1 dan S1
idea dagangan FBMKLCI
KLCI - Telah break major downtrendline dengan jayanyaFBMKLCI, tampak mengatasi DTL dengan bergaya dan membentuk 3 white soldiers
-Downtrend mode finally berakhir pada 20 Jun 19, menandakan fasa uptrend untuk KLCI
-Sentimen untuk fasa baru penting untuk menarik minat dan confidence foreign fund kembali melabur di KLSE
-Saham dagangan telah kembali dengan jumlah dagangan melebihi RM2 billion sehari
-telah retrace pada 1572, harga terendah sejak 2015
-aras rintangan seterusnya pada 1690 (SMA200) dan 1700 point
KLCI jangka pendek / jangka panjangKLCI Jangka Sederhana (Carta Mingguan)
corak carta descending triangle merupakan corak carta bullish jika pergerekan indeks boleh menembusi paras rintangan sebelah atas. Pergerakan indeks masih bullish selagi berada diatas paras 1600 (±10 mata)
kesimpulan: sideways. bullish selagi diatas paras 1600
KLCI Jangka Panjang (carta bulanan)
pergereakan indeks masih dalam julat sideways (1600 ke 1900) dan kini kelihatan telah menolak paras 1600 baru-baru ini. namun begitu, candle bulan June masih sedang dibentuk. pergerakan seblum ini, ia telah membentuk sebuah corak carta berpotensi menjadi double top, dan hanya sahih jika ia menembusi paras 1600 dengan kuat. sasaran double top lebih kurang pada paras anggaran 1300.
Kesimpulan: Sideways, bullish selagi diatas paras 1600
INDEX 12 Jun 2019 | arah menaikSalam semua,
.
1. Secara umumnya index dalam arah menaik
2. Berada dalam bullish zone berdasarkan AOEZP (wave hijau yg dibelakang mata index tersebut).
3. Bullish momentum kelihatan berkurang/menurun buat masa sekarang.
4. Dijangka index akan retrace dahulu sehingga cecah midBB/Ema50 sebelum naik kembali cecah upperBB
5. Jangkaan index akan break awan ichimoku dalam percubaan selepas retracement nanti.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
INDEX 12 Jun 2019 | masih dalam fasa menaikSalam semua,
.
1. Jika diperhatikan pergerakan mata index kita dpt lihat index sedang membuat trend menaik..
2. Mata index sekarang berada dalam bullish zone berdasarkan indicator AOEZP di mana background wave dibelakang mata index menghijau (menunjukkan bullish zone).
3. Ada signal reversal muncul (M purple) tetapi index belum lagi mencecah upper band (BB).
4. Mata index berjaya tembus midBB dan maintain atas MidBB sehingga sekarang, dan juga maintain atas ema50 sehingga sekarang.
5. Bullish momentum kelihatan semakin menurun buat masa sekarang berdasarkan indicator CMX.
6. Dijangka index akan drop dan test MidBB/ema50 sebelum panjat balik mencecah upperBB dan menembusi awan ichimoku.
7. Secara umumnya index sedang menaik, tetapi dijangkakan index akan retrace dahulu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.
8. Dengan kemasukan kembali pelabur asing secara besar besaran maka akan menolak kembali index ke atas..
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
INDEX 10 Jun 2019 | dalam pergerakan menaik Salam semua,
.
1. Selepas signal B, index meneruskan kenaikan
2. Momentum masih menunjukkan arah menaik
3. trend juga sama
4. Belum ada tanda2 utk reverse ke bawah balik berdasarkan signal2 yg ada
5. Candle juga dah berjaya melepasi midBB dan berada di atas midBB
6. Lebih menarik candle berada di atas ema50
7. Jangkaan index akan naik lebih kuat berbanding turun dalam keadaan sekarang.
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM)
fbmklcifbmklci telah naik berturut turut minggu ini.
tetapi volume yang didagangkan adalah kecil.
indeks juga telah naik keparas resistance, uang untuk naik adalah setakat 1657.
kenaikan mungkin terbatas kerana indeks telah memasuki zon overbought. tidak mustahil akan berlaku pembetulan minggu hadapan.
overall indeks masih dalam downtrend dengan ketiadaan catalyst dalaman dan trade war yang tak selesai selesai lagi. jangkan kan volume kekal rendah buat masa sekarang
KLSE reboundada beberapa petunjuk untuk mengatakan KLSE sedang membuat rebound. Mari kita lihat pattern divergence A dan B, sekarang ia berulang di C dan D.
Sekarang index telah break area 23.6% line fibo. next line fibo 38.2% adalah bersamaan dengan EMA50. ini resistance kuat. jika index mampu break resistance ini, maka ada peluang index naik ke fibo line 61.8%. area ema200 juga tu.
ulasan ini salah sehingga terbukti benar
FBMKLCI sangat lemah, bakal berdagang bawah 1580 FBMKLCI sangat lemah, sehingga tidak mampu untuk memecahkan MA 9 pun.
+ MA 9 adalah pergerakan purata yang pendek, jika KLCI tidak mampu memecahkan pergerakan purata pendek, usah taruh harapan yang tinggi pada KLCI.
+ Lantunan teknikal yang terkini ditolak MA 9 beberapa kali, yang mengesahkan unjuran teknikal saya sebelum ini bahawa KLCI bakal berdagang di bawah 1580 mata.
+ Kekalkan pegangan singkat ("short") dan waran letak ("put warrant").
FBMKLCI Tiada Hala Tuju - MendatarFBMKLCI telah menunjukkan satu gerakan major correction dan cubaan untuk memecah lantai 1600.00 tetapi dengan sokongan daripada institusi kewangan Malaysia index mampu untuk bertahan di atas paras support berdasarkan carta FBMKLCI. Harga terkini berada pada 1607.00 dan menunjukkan satu aliran tiada hala tuju (sideway) berdasarkan carta bulanan FBMKLCI. Berdasarkan teori pakar chart, aliran sideway mempunyai potensi untuk menaik dan menurun 50:50. Di dalam situasi sebegini, jika index berjaya memecah support 1600.00, hala tuju yang pertama index adalah pada sekitar paras 1429.00 berdasarkan bacaan Fibonachi Retracement dan jika berjaya untuk membuat satu lantunan kembali paras target yang pertama berada di sekitar 1895.00.
-M.H.N. Jimmy@isaham-
Idea bertujuan membantu anda dalam membuat kajian lanjut. Sila lakukan kajian penuh anda sebelum membeli sesuatu saham.
INDEX FBMKLCI | sentimen VS Chart..Salam semua,
.
1. Seminggu dua busy bebenor tak sempat nak ngepost..
2. Sentimen INdex KLCI masih lagi bearish.
3. Tapi jika dilihat pada kajian chart, index dah drop byk sgt dah...
4. Agak2nya masa utk rebound dah hampir tiba..
5. Signal dah muncul E, petanda awal signal bullish
6. CCIAV pun dah ada signal pada daily candle menunjukkan momentum dah mula nak masuk dan menaik
7. DAily candle index akan panjat dan test midBB, jika break ada ptensi naik lagi tinggi
8. Weekly plak dah ada signal CCIAV momentum menaik,
9. RsieMax dah ada sikit2 oversold, tapi tak cukup kuat lagi utk weekly candle.
10. Dijangka index akan masih lemau2 lagi sehingga signal yg kuat muncul.
.
hati2 trade...
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
KLCI pandangan medium term/long term Indeks KLCI masih berada diatas paras sokongan psikologi 1600, merupakan suatu tanda yang baik setelah beberapa kali kelihatan indeks mencuba paras ini (2015 - 2017)
Medium term:
Carta indeks sebelah kanan - carta mingguan
bentuk carta: membentuk descending wedge - merupakan sebuah chart pattern yang bullish JIKA pergerakan indeks melantun dari paras trendline sebelah bawah dan berjaya menembusi trendline sebelah atas. Paras sasaran ialah paras tertinggi sebelum ini iaitu lebih kurang 1900.
candlestick: candle terkini membentuk Hammer, yang juga merupakan reversal candlestick pattern.
Medium term - KLCI bullish selagi atas paras 1600.
Long term:
Carta indeks sebelah kiri - carta bulanan
Bentuk Carta: Tiada (sideways). Indeks bergerak dalam julat antara 1600 hingga 1900 (ranging). namun begitu, paras 1600 dilihat sebagai kritikal. Jika indeks melantun dari paras ini, maka sasaran seterusnya dilihat pada 1900. Jika paras ini ditembusi dengan kuat, maka bentuk carta double top akan terbentuk, dan indeks akan bearish dengan target sekurang-kurangnya paras 1300.
Candlestick pattern: tiada. candle terakhir (Mei) masih dalam proses pembentukan.
Long term KCI - bullish selagi diatas paras 1600.