INDEX FBMKLCI 23 Julai 2018 | Momentum berkurang.Salam semua,
.
1. Dalam post idea sebelum ini saya ada komen tentang index yang semakin Bullish.
2. Berdasarkan Heikin Ashi sejak hari semalam, index sudah menunjukkan kehilangan momentum.
3. Tetapi berdasarkan Renko index masih lagi menunjukkan trend harga menaik.
4. MACD telah berlaku crossing sebelum ini dan menuju ke atas zero line yang menunjukkan momentum menaik.
5. Saya menjangkakan index akan buat minor retrace sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.
6. Get ready for the uptrend ride...
.
Selamat berdagang semua,
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
idea dagangan FBMKLCI
FBMKLCI- menuju 1700?FBMKLCI menunjukkan sedikit kenaikan, berada pada aras 1696.18 ketika bursa ditutup pada sesi pagi 12/7/18. trending dalam aliran channel menurun andrew's pitchfork, FBMKLCI dijangka berpotensi untuk mencecah aras 1700. Trend keseluruhan masih lagi bearish dengan jangkaan akan menurun sehingga ke aras 1600 bagi tahun ini.
KLCI ke 1600. Mungkinkah paras sekarang akan ada dead cat bounceKlci terjun lagi dan cuba bertahan di paras horizontal line gann square. Kemungkinan akan ada rebounce setelah menyentuh lengkungan 3rd gann square. Jika melantun sekalipun, ianya mungkin 'dead cat bounce ke-2' atas dasar adanya gap down walaupun ianya sudah ditutup.
Terjunan kali ini masih kuat bearishnya dan telah bergerak melepasi paras major trend SMA200.
Terjunan ini curam dan bergerak pada sudut gann square diantara 1x5 dan 1x8.
Jika ia break uptrend line (major support), ia akan menuju ke support di 1600 yg mana support ini juga di seiring dengan lengkungan gann square dan horizontal gann square.
Berdoalah moga pulih dan tahniah kepada yg buat duit shorting KLCI!
Hanya pandangan 2 sen saya sahaja.
Tiada kena mengena langsung pada panggilan beli atau jual. TAYORA!!!
KLSE jatuh paras 1700. Masa baik untuk melaburMinggu ini telah lihat KLSE akhirnya telah jtuh bawah paras sokongan bulan Dis. Maka berakhirlah rally PRU & dilihat pelabur asing telah menarik diri dari pasaran. Walau bagaimanapun, dijangka pasaran akan stabil balik pada paras 1730-50. Adalah peluang yg baik untuk melabur bagi mid-long term.
Trade War dan Perang Politik membelenggu KLCIBursa Malaysia masih lagi melalui proses pembetulan akibat pertukaran kerajaan selepas pilihan raya May lepas. Antara strategi yang boleh kita gunakan untuk menghadapai ketidak tentuan pasaran akibat perubahan ini, Kita boleh fokus kepada saham yang tidak bergantung kepada kontrak kerajaan.
Malangnya, saham-saham ini juga sedang menghadapai tekanan akibat perang perdagangan Amerika dan China dan juga Amerika dan Negara-Negara G7 yang lain. Polisi Luar Amerika juga sudah berubah. Walaupun mereka masih bermusuh dengan Iran dan China, mereka sedang berkawan dengan Korea Utara dan Russia
Donald Trump mahukan trade deficit Amerika berkurangan. Ada dua negara yang mempunyai trade surplus yang besar dengan Amerika, China dan Jerman. Amerika menuduh kedua-dua negara ini sengaja membiarkan matawang mereka lemah. China mungkin tidak boleh menjawab tuduhan ini tetapi bagi Jerman pula, dasar monetari tidak dibuat di jerman tetapi oleh ECB dan diketuai oleh orang Itali.
Apapun, kita belum tahu apakah kesan sebenar jika berlaku "trade war" habis-habisan antara China dan Amerika. Untuk pengurus dana global, adalah lebih selamat untuk mengambil strategi "worst case scenario" - Jual segalanya dan kembali bila keadaan reda
FBMKLCI Analisa Teknikal 6 Jun 2018By Faiz Ikmal, MSTA CFTe
• Pasaran saham positif hari ini dan menutup lebih tinggi pada aras 1,777.13, naik 21.99 point (1.25%). Kaunter menaik sebanyak 716 kaunter berbanding 267 kaunter menurun, dan 364 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 3.503 billion dan nilai saham sebanyak 3.021 billion.
• Indeks hari ini lebih cemerlang dan berdagang di atas aras sokongan. Indeks berjaya menembusi sedikit aras rintangan yang terdahulu dan kita berharap indeks akan terus berdagang lebih tinggi meneruskan kenaikan. Kita jangkakan indeks akan terus menaik menghampiri aras rintangan 1,815. Walau bagaimanapun, sekiranya indeks berpatah balik, aras sokongan 1,720 dijangkakan akan terus bertahan. Momentum indikator menunjukkan petanda "bullish". Indikator Ichimoku pula menunjukkan "bearish" yang lemah.
• Aras sokongan diletakkan aras harga 1,720.00
• Aras rintangan pula pada aras 1,815.00
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
Paras kritikal- Penantian yang mendebarkanNor Akmar MSTA, CFTe - Indeks pasca pilihanraya umum ke-14 merupakan satu fenomena yang julung kali di saksikan oleh Bursa Malaysia sejak kewujudannya pada tahun 1970 akibat peralihan tampuk pemerintahan oleh kerajaan baru. Kejatuhan terbanyak sebanyak 138 mata dalam masa 3 minggu selepas pilihanraya bukan sahaja menyapu bersih kenaikan pada tahun 2018, malah untuk tahun 2017 juga. Jadi, kemanakah arah tuju indeks utama FBMKLCI dari kaca mata teknikal analisis?
FBMKLCI di tutup pada paras 1755.17 pada sesi hari ini. Kini, paras sokongan yang krtikal adalah pada 1700 mata manakala paras rintangan terdekat adalah 1760. Jika FBMKLCI boleh tutup dan kekal di atas paras ini, maka kita boleh menjadi positif dengan menjangkakan kenaikan ke aras lingkungan 1780 dan 1820. Namun, jika indeks ini gagal memecahkan paras rintangan ini, penurunan ke arah 1600 mata adalah tidak mustahil.
Kesimpulan, kita masih ternanti-nanti halatuju pasaran seterusnya bagi jangkamasa sederhana. Pacak garisan sokongan dan rintangan yang telah di nyatakan di atas sebagai panduan untuk tujuan urusniaga dan perdagangan.
FBMKLCI Analisa Teknikal 31 May 2018By Faiz Ikmal, MSTA CFTe
• Pasaran saham positif hari ini dan menutup lebih tinggi pada aras 1,740.62,naik 21.34 point (1.24%). Kaunter menaik sebanyak 581 kaunter berbanding 409 kaunter menurun, dan 373 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 4.606 billion dan nilai saham sebanyak 9.265 billion.
• Indeks hari ini lebih cemerlang dan berdagang di atas aras sokongan 1,700 seperti dijangka. Walau bagaimanapun, kita masih lagi belum keluar daripada trend pembetulan (baca:correction) yang sedang berlaku. Indeks perlu mengatasi aras rintangan 1,880 sebelum kita jangkakan trend menaik akan berterusan semula. Indikator DMI masih menunjukkan trend menurun kuat. Ichimoku juga menunjukkan trend menurun walaupun sedikit melemah.Stochastic pula belum lagi menunjukkan potensi untuk "bullish" dan berada di zon terlebih jual lagi.
• Aras sokongan diletakkan aras harga 1,700.00
• Aras rintangan pula pada aras 1,880.00
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
FBMKLCI memecahkan paras sokongan By Hasnizam Hassan MSTA CFTe
Analisa menunjukan index telah memecahkan paras sokongan di 1736 selepas membuat penurunan melepasi EMA500.
Index berada di dalam fasa penurunan selepas mebuat kenaikan pada paras tertinggi 1895. Jangkaan Index
akan meneruskan penurunan ke paras sokongan kuat di 1707 sebelum membuat kenaikan semula.
31 May 2018
FBMKLCI
Sokongan 1707
Halangan 1736
Penafian: Kandungan yang diterbitkan adalah untuk tujuan pendidikan dan pandangan peribadi
penulis sahaja. Berdagang dengan risiko anda sendiri.
FBMKLCI Analisa Teknikal 30 May 2018By Faiz Ikmal, MSTA CFTe
• Pasaran saham menutup pada aras 1,719.28, turun 56.56 point (-3.18%). Kaunter menaik sebanyak 148 kaunter berbanding 995 kaunter menurun, dan 293 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 3.603 billion dan nilai saham sebanyak 4.456 billion.
• Indeks hari ini meneruskan lagi kejatuhan hingga menuju ke aras rendah 1,700. Penjual jelas menguasai pasaran pada hari ini dengan majoriti kaunter dalam keadaan penjualan dan jangkakan keadaan akan berterusan. Aras seterusnya di 1,700 adalah aras yang sangat penting untuk menjadi sokongan kepada keadaan indeks sekarang.
• Aras sokongan diletakkan aras harga 1,700.00
• Aras rintangan pula pada aras 1,800.00
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
FBMKLCI Analisa Teknikal 23 May 2018By Faiz Ikmal, MSTA CFTe
• Pasaran saham menutup pada aras 1,8404.25, turun 40.78 point (-2.21%). Kaunter menaik sebanyak 237 kaunter berbanding 763 kaunter menurun, dan 365 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 2.693 billion dan nilai saham sebanyak 3.342 billion.
• Indeks hari ini jatuh menjunam berikutan dengan meningkatnya pengeluaran tunai oleh pelabur-pelabur asing disebabkan ketidaktentuan dalam pasaran dan kemungkinan "credit rating" yang menurun. Penjual jelas menguasai pasaran pada hari ini dan jangkakan keadaan akan berterusan
• Aras sokongan diletakkan aras harga 1,800.00
• Aras rintangan pula pada aras 1,876.00
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
FBMKLCI Analisa Teknikal 15 May 2018By Faiz Ikmal, MSTA CFTe
• Pasaran saham menutup pada aras 1,848.20, turun 2.22 point (-0.12%). Kaunter menaik sebanyak 499 kaunter berbanding 561 kaunter menurun, dan 326 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 4.310 billion dan nilai saham sebanyak 4.445 billion. Kejatuhan saat akhir mungkin disebabkan oleh kaunter PBBBANK.
• Indeks hari ini stabil dan positif sepanjang hari dengan sentiasa berada di aras lebih tinggi daripada semalam. Walau bagaimanapun, kejatuhan indek di saat akhir mungkin disebabkan "Big Money" daripada institusi besar yang merubah indeks. Secara keseluruhannya, kita jangkakan indeks masih lagi dalam keadaan mendatar dan belum lagi menuju ke trend menaik (baca:bullish).
• Aras rintangan dikekalkan kepada 1,876 (R1) dan 1,895 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula pada aras zon 1,805-18,15.
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
FBMKLCI Analisa Teknikal 14 May 2018By Faiz Ikmal Ismail, MSTA CFTe
• Pasaran saham menutup positf walaupun jatuh hampir 40 mata di awal sesi, dan kembali menaik dan menutup pada aras 1,850.42 naik 3.91 mata (0.21%). Sentimen semasa positif dengan kaunter menaik 930 kaunter berbanding 405 kaunter menurun, dan 180 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 6.584 billion dan nilai saham sebanyak 7.31 billion.
• Pasaran hari ini sedikit bergolak di awal pagi kerana faktor ketidaktentuan dengan pembentukan kerajaan baru. Pembentukan "wick candlestick" yang tinggi di atas dan bawah menunjukkan volatiliti pasaran hari ini. Secara teknikalnya, indeks masih lagi dalam keadaan mendatar dan dijangka berterusan. Trend menaik hanya disahkan sekiranya indeks berjaya menembusi aras rintangan.
• Aras rintangan diletakkan pada 1,876 (R1) dan 1,895 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula pada aras zon 1,805-18,15.
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab pengarang.
FBMKLCI Analisa Teknikal Menggunakan ElliotwavePasaran saham membentuk struktur 3 wave, Sekarang dalam fasa menyiapkan subwave c biru yang dijangka akan sampai fibonaci 100% (2068 mata). Diharapkan selepas PRU14 akan mempercepatkan perjalanan pasaran.
Tradrecafes
"Let's the price come to you"
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI Analisa Teknikal 8 May 2018By Faiz Ikmal Ismail, MSTA CFTe
• Pasaran saham positif dengan FBMKLCI menutup lebih tinggi di 1,846.51 naik 18.31 mata (1.00%). Sentimen semasa positif dengan 677 kaunter menaik berbanding 281 kaunter menurun, dan 405 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 2.351 billion dan nilai saham sebanyak 2.80 billion.
• Walaupun indeks positif hari ini, pasaran masih lagi dalam keadaan mendatar sepertimana ditunjukkan oleh indikator DMI dan juga indeks berdagang di dalam kawasan Ichimoku cloud. Tetapi kita harapkan pembentukan "Bullish Engulfing" candlestick pada hari ini akan membawa indeks ke arah yang lebih tinggi nanti.
• Aras rintangan dikekalkan pada 1,880 (R1) dan 1,900 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula pada aras 1,835 (S1) dan 1,825 (S2)
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI Analisa Teknikal 4 May 2018Analisa Teknikal
• Pasaran saham negatif dengan FBMKLCI menutup lebih rendah di 1,84.83, jatuh 9.97 mata (-0.54%). Sentimen semasa negatif dengan 325 kaunter menaik berbanding 525 kaunter menurun, dan 401 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 1.697 billion dan nilai saham sebanyak 2.119 billion. Kejatuhan hari ini digerakkan oleh CIMB, MAYBANK dan PBBANK.
• Pasaran dalam keadaan mendatar, dilihat daripada Indikator DMI yang rendah. Jangkakan indeks mungkin akan berada di situasi yang sama sehingga minggu depan.
• Aras rintangan dikekalkan pada 1,880 (R1) dan 1,900 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula pada aras 1,835 (S1) dan 1,825 (S2)
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI Analisa Teknikal 2 May 2018Analisa Teknikal
• Pasaran saham kembali negatif pada hari ini dengan FBMKLCI menutup lebih rendah di 1,852.03 setelah jatuh 18.34 mata -2.62% (-0.98%). Sentimen pasaran negatif dengan 311 kaunter menaik berbanding 551 kaunter menurun, dan 381 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 2.097 billion dan nilai saham sebanyak 2.435 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah PBBANK,PETGAS dan TM -0.01% . Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah MAXIS, CIMB, MAYBANK dan NESTLE.
• Melihat daripada sudut teknikal, indeks hari ini jatuh menjunam di dari sesi pagi lagi dan mendatar sepanjang hari. Tetapi, candlestick harian membentuk "long wick bearish candlestick" memberi gambaran bahawa "bull" cuba menolak indeks naik kembali walau gagal.
• Indikator momentum seperti Stochastic kini berada di kawasan terlebih jual (baca:oversold) dan MACD menunjukkan momentum yang lemah.
• Aras rintangan dikekalkan pada 1,880 (R1) dan 1,900 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula dikekalkan pada aras 1,850 (S1) dan 1,835 (S2)
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI Analisa Teknikal 30 April 2018Analisa Teknikal
• Pasaran saham positif pada hari ini dengan FBMKLCI menutup lebih tinggi di 1,870.37 setelah naik 6.90 mata (0.37%). Sentimen pasaran neutral dengan 401 kaunter menaik berbanding 411 kaunter menurun, dan 406 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 1.707 billion dan nilai saham sebanyak 1.835 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah PBBANK,KLCC GENM dan SIME. Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah CIMB, PETGAS dan RHBBANK.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in positif dengan indeks sentiasa berdagang di atas EMA 50. "Bullish engulfing candlestick" yang kuat hari ini juga memberi signal yang lebih positif untuk pasaran minggu ini.
• Indikator momentum seperti Stochastic kini berada di kawasan terlebih jual (baca:oversold) dan hampir menunjukkan ke atas bersedia untuk kenaikan semuka. MACD menunjukkan momentum yang positif.
• Kita jangkakan indeks akan meneruskan trend menaik menuju ke aras rintangan 1,900.
• Aras sokongan mingguan pula di aras 1,850 (S1) dan 1,835 (S2)
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI Analisa Teknikal 27 April 2018Analisa Teknikal
• Pasaran lebih positif pada hari ini dengan FBMKLCI menutup lebih tinggi di 1,863.47 setelah naik 11.20 mata (0.60%). Sentimen pasaran positif dengan 452 kaunter menaik berbanding 338 kaunter menurun, dan 423 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 1.629 billion dan nilai saham sebanyak 1.874 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah AXIATA, MAYBANK, GENM dan GENTING. Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah PBBANK, HLBANK dan PETGAS.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in positif dengan indeks sentiasa berdagang di atas aras sokongan. EMA 50 juga menjadi aras sokongan yang baik dan ditambah dengan Ichimoku cloud sebagai sokongan.
• Indikator momentum seperti Stochastic kini berada di kawasan terlebih jual (baca:oversold) di mana boleh bersedia untuk kenaikan ke atas. MACD menunjukkan momentum yang lebih baik berbanding semalam.
• Kita jangkakan indeks akan membuat "higher high" dan menuju ke aras rintangan mingguan terdekat dikekalkan pada aras 1,880 (R1) dan 1,900 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula di aras 1,850 (S1) dan 1,830 (S2)
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.
FBMKLCI Analisa Teknikal 26 April 2018Analisa Teknikal
• FBMKLCI menutup lebih tinggi sedikit berbanding semalam di 1,852.27 setelah naik 0.34 mata (0.02%). Sentimen pasaran positif dengan 442 kaunter menaik berbanding 349 kaunter menurun, dan 449 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 2.046 billion dan nilai saham sebanyak 2.133 billion. Kaunter penggerak utama saham hari ini adalah NESTLE, MAYBANK,PBBBANK dan TENAGA. Manakala kaunter yang menyebabkan kejatuhan adalah MISC dan TM.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in dibuka dengan positif walaupun sedikit jatuh di sesi petang. Kita boleh lihat berlakunya pertarungan antara bekalan dan permintaan (baca: supply and demand) yang menyebabkan pasaran sedikit tidak tentu. Candlestick hari ni juga menunjukkan "upper shadow" dan "lower shadow" yang tinggi, menandakan pasaran dalam keadaan di mana penjual dan pembeli hampir sama.
• Indikator momentum seperti Stochastic telah keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD menunjukkan Histogram yang berkurangan, menandakan momentum mungkin memihak kepada arah negatif.
• Aras sokongan mingguan terdekat dikekalkan pada aras 1,830 (S2).
• Aras rintangan mingguan pula di aras 1,900 (R1) dan 1,930 (R2)
Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.