PWR: Mendekati SokonganSaham syarikat Quanta Services dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa minggu lalu seiring dengan sentimen pasaran
Terkini pergerakan harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan arah aliran menaik yang juga berdekatan MA50 mingguan
Harga pada hari dagangan terakhir dilihat tutup dengan membentuk lilin hijau di atas sokongan
Walaubagaimanapun, jika diperhatikan volum kenaikan dilihat lebih rendah berbanding lilin pada hari sebelumnya
Perlu juga diperhatikan pergerakan harga pada selang mingguan seakan membentuk corak carta baji yang kebiasaannya menunjukkan kelemahan
Namun tidak mustahil juga untuk harga membuat kenaikan semula menguji rintangan terdekat
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan QAA
PWR: Baji?Saham syarikat Quanta Services bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Carta pada selang mingguan juga menunjukkan harga masih lagi berada di atas sokongan dinamik MA50 mingguan
Walaubagaimanapun, pergerakan harga seolah-olah sedang bergerak di dalam corak carta 'wedge'
Volum ketika harga membuat kejatuhan pada minggu dagangan lalu dilihat lebih tinggi daripada minggu dagangan sebelumnya
Jika dilihat pada selang masa harian pula volum kenaikan hanya berada sekitar paras purata volum harian
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan membentuk 'divergence' tatkala harga membuat kenaikan
Namun, selagimana harga belum memecahkan corak carta masih sukar untuk membuat kesimpulan
Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!