NYSE:PWR   Quanta Services, Inc.
Saham syarikat Quanta Services bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Carta pada selang mingguan juga menunjukkan harga masih lagi berada di atas sokongan dinamik MA50 mingguan
Walaubagaimanapun, pergerakan harga seolah-olah sedang bergerak di dalam corak carta 'wedge'
Volum ketika harga membuat kejatuhan pada minggu dagangan lalu dilihat lebih tinggi daripada minggu dagangan sebelumnya
Jika dilihat pada selang masa harian pula volum kenaikan hanya berada sekitar paras purata volum harian
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat seakan membentuk 'divergence' tatkala harga membuat kenaikan
Namun, selagimana harga belum memecahkan corak carta masih sukar untuk membuat kesimpulan

Ke manakah halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.