idea dagangan WBS1!
Minyak mentah : Lantunan Sementara sekiranya BreakoutAnalisis Minyak Mentah
Kalau ada yang ikut admin short dari analisis sebelum ini, tahniah.
Struktur yang agak mudah dibaca untuk Minyak mentah.
Kini minyak mentah mungkin bakal membuka minggu ini dengan lantunan ke atas.
Kita masih mencari peluang jual.
Abang Doji.
Minyak Mentah - Tambah Lauk Posisi JualAnalisis EW Minyak Mentah
Kelihatan minyak mentah telah membuat 5 gelombang kejatuhan dan kini membuat lantunan berbentuk 3 gelombang.
Sekiranya minyak mentah memecahkan aliran menaik, itu sedikit sebanyak memberi hint bahawa kemungkinan tren menurun bakal bersambung.
Bacaan oscillator RSI, Macd dan AO masih tidak menunjukkan sebarang bacaan menyapah (divergence), jadi admin masih menantikan satu lagi high untuk gelombang 5 dari C.
Admin telah menambah posisi jualan sekalipun menantikan satu lagi high untuk 5 gelombang C.
Abang Doji./
CL : Breakout tapi? (E06)1. Dilihat CL berjaya utk melakukan breakout daripada ascending triangle tetapi tekanan jualan membuatkan CL kembali menguji paras sokongan semasa.
2. Sekiranya paras sokongan semasa gagal dikekalkan, CL berpotensi utk meneruskan penurunan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
CL : Ascending Triangle juga? (E05)1. Dilihat CL sedang membentuk corak ascending triangle.
2. Sekiranya paras rintangan semasa berjaya dipecahkan, CL berpotensi utk meneruskan kenaikkan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Minyak Mentah - Harga yang sangat menarik untuk short!Kemaskini harga Minyak Mentah Mingguan:
Minyak mentah kini terhalang di paras fibo 50% dari kenaikan. Paras ini dilihat menjadi satu rintangan buat minyak mentah buat masa sekarang.
Sekiranya kiraan gelombang admin betul, Minyak mentah masih memerlukan satu lagi kerendahan rendah (Lower Low) untuk gelombang kelima, dan kenaikan ini tidak boleh melepasi paras gelombang pertama (Peraturan Gelombang Elliott - Gelombang 4 tidak boleh masuk ke kawasan gelombang 1)
Harga ini adalah satu harga yang cantik untuk mencari posisi jual, memandangkan ratio risiko - ganjaran yang tinggi!
Abang Doji.
Crude Oil - Bakal memulakan impuls ke bawah?Update Minyak Mentah:
Minyak mentah jatuh tiruk selepas pecah corak baji menaik (Rising Wedge) pada 9 Julai 2020. Puncak tertinggi bertepatan di fibo 1.618 setakat ini berpotensi menjadi calon puncak tertinggi interim.
Admin menunggu cara kenaikan seterusnya sama ada kenaikan itu bersifat korektif ataupun cara kenaikannya impulsif; yang mungkin menandakan minyak mentah bakal menyambung kenaikkan.
Admin masih memegang posisi jual dan bercadang ingin menambah posisi sekiranya ia membuat lantunan korektif.
Abang Doji.
PASARAN MINYAK GLOBAL - Pembetulan Sebelum Pendakian?PASARAN MINYAK GLOBAL
Uptrend Yang akan Datang.
Pemerhatian:
a) Minyak dunia mengalami 2 isu besar; perang bekalan antara Saudi vs Russia yang menyebabkan harga 'Gap Down'dan turun sehingga USD -40.32/tong pada 20/4 sebelum ia naik kepada 11.47 keesokkan hari.
b) Pada carta mingguan, harga mendaki sehingga USD 39.68 dan hampir menutupi 'Gap Down' tetapi gagal.
c) Pada carta harian pula, harga kini bergerak secara Sideway dan diatas 20/40MA.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan, jika harga menutup 'Gap Down' dan menembusi USD 41.28 serta 40MA, maka harga akan sambung Uptrend. Harga mungkin akan buat pergerakan 'sideway' untuk beberapa hari sebelum memulakan pendakian.
- Apabila ini berlaku, hampir kesemua kaunter-kaunter yang berkaitan dengan minyak mentah akan juga naik.
- Buat masa ini, kita peru melihat pergerakan harga dan volume, terutamanya pada garisan Support & Resistance.