CNC: Di Atas SokonganSaham syarikat Centene dilihat membuat kejatuhan sejak beberapa bulan minggu dagangan yang lalu
Terkini kedudukan harga dilihat masih cuba bertahan di atas sokongan mendatar
Volum jualan ketika harga melakukan kejatuhan sebelum ini meningkat menunjukkan minat jualan yang kuat
Namun jika dilihat pada selang mingguan, volum dilihat seakan semakin berkurang berbanding minggu-minggu sebelumnya
Walaubagaimanapun masih belum terdapat petanda kekuatan mahupun isyarat perubahan arah meskipun harga di atas sokongan
Kedudukan harga pada selang mingguan dilihat masih lagi berada di bawah rintangan dinamik MA50
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan 0HVB
CNC: ATHCNC dilihat baru sahaja membuat jurang kenaikan sekaligus membuat ATH beserta volum pada hari terakhir dagangan
Pergerakan harga dilihat mematuhi EMA sebagai sokongan dinamik dengan EMA50 dan EMA20 harian yang bertindak sebagai sokongan terdekat
Petunjuk RSI dilihat menunjukkan kehadiran momentum yang mencukupi sekiranya harga hendak meneruskan kenaikan
Petunjuk MACD harian juga dilihat baru sahaja melakukan persilangan emas menunjukkan kehadiran minat belian
Histogram MACD juga menyokong pergerakan ini dengan kecondongan yang dilihat menuju ke paras positif
Trend secara amnya dilihat masih lagi berada dalam keadaan menaik
Penafian
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.