idea dagangan AEMULUS
31 July 2019: Amelus kenaikan yang sihat dengan volumPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
0181 Aemulus
1. Harga baru memecah DownTrendLine (DTL) jangka Panjang tiga minggu lalu.
2. Harga sekarang berada di uptrend channel yang kukuh, volum amat memberangsangkan.
3. Rintangan 1 pada RM0.345 dan Rintangan 2 pada RM0.38.
4. RSI telah overbought, perlu berhati hati kerana harga mungkin turun dulu
5. MACD masih bermomentum dan di zon bullish.
AEMULUS 15/06/19 POTENSI MELENGKAPKAN CORAK CARTA...1) Harga kaunter AEMULUS pada tarikh 14/06/19 masih berada berhampiran aras sokongan..
2) Jangkaan kaunter ini mungkin akan melengkapkan corak carta double bottom
3) Aras 52 minggu terendah boleh dijadikan aras sokongan @ menghentikan kerugian...
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
aemulusdi kala kaunter kaunter lain mencatatkan kenaikan, kaunter aemulus masih sepi dalam pergerakan yang kita boleh panggil collection.
buat masa sekarang, saya anggarkan jika tentera bear tak kuat, pras support di 235sen dapat bertahan.
nearest target adalah 26sen. jika dapat pecah resistance kat sini, kaunter akan lebih bullish. jika tak dapat bertahan kat 235, next support kat 215sen.
indikator awan juga masih menunjukkan kaunter ini dalam persimpangan sama ada nak pergi atas atau bawah.
memang kena tungu la sekarang sebab permainan takde lagi. bawa bersabar.
good luck.
Aemulus 15 Feb 2019 | Cantik jugak nieSalam semua,
.
1. Berdasarkan pemerhatian saya, Aemulus pun sedang memanjat ke atas
2. Belum masa utk meletup ke atas tapi akan tiba
3. Sedang menuju garisan
4. Boleh diperhatikan
5. Wave pun agak cantik
6. Cumanya agak slow
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM)
Aemulus: Volume Kering1) Paras support terdekat bagi aemulus adalah pada 0.195 dan rintangan terdekat pada 0.295 dengan harga terkini didagangkan pada 0.240 dengan nisbah risk: reward lebih kurang 1:2
2) Terdapat minat belian bertuerusan sejak 9 Januari 2019 lepas dan berterusan sehingga hari ini.
3) Harga terkini berada lebih tinggi daripada MA20 yang berada pada paras 0.215 dan masih berada lebih rendah daripada MA50 pada 0.260.
4) Boleh dinyatakan kaunter didagangkan dalam mod medium term uptrend.
5) Bagi risk-averse investor/boleh tunggu harga melepasi MA50 untuk konfirmasi berada pada long term uptrend.
6) Indicator momentum dan trend MACD juga masih berada di bawah nilai 0 tetapi telah bersilang dan mencapah ke atas. Ini menunjukkan kaunter boleh dan akan meneruskan kenaikan ke atas.
7) Indikator stochastic menunjukkan garisan K dan D telah berada pada paras 70. Kemungkinan kaunter akan meneruskan kenaikan sebelum melakukan retracement.
8) Selagi ada minat belian berterusan, kaunter Aemulus akan meneruskan kenaikan dan akan terus naik jika dapat menembusi MA50 pada 0.260
AEMULUS yang semakin hilang momentumMYX:0181
Ini carta mingguan untuk AEMULUS. Saya perhatikan kaunter ini semakin kurang momentum harga dan volum berkurang dengan agak ketara, memungkinkan yang AEMULUS akan meneruskan penurunannya.
1.) Support yang paling dekat pada 0.265 dan sekiranya paras ini gagal dipatuhi atau dipertahankan, cadangan support yang baru adalah pada 0.220
2.) Cadangan saya, sekiranya harga dapat melepasi garisan arah menurun yang pertama, para pedagang boleh memerhatikan semula kaunter ini untuk melakukan 'entry'.
AEMULUS : Semakin menurun lagi...MYX:0181
AEMULUS sedang mengalami penurunan harga yang agak ketara untuk beberapa hari dan saya telah melukis garisan sokongan terendah yang boleh dicadangkan ( pada harga 0.265). Sekiranya harga boleh melepasi garisan biru (garisan arah aliran menurun) dan MACD menghala semula ke atas, boleh diintai peluang untuk masuk semula ke kaunter ini.
AEMULUS-Segitiga Simetri?Peluang untuk tumpang naik sekiranya harga bergerak dan breakout keatas.
Entry hanya jika berjaya melepasi harga tertinggi sebelum ini.
Potensi sasaran dan aras cutloss spt didalam carta.
Perhatian:Ini bukanlah Buycall atau seangkatannya.Hanyalah bertujuann sebagai Trading Jurnal seorang newbie sahaja.TAYOR.
AEMULUS(0181) - U-Turn Selepas Touch Middle BB? Aemulus selepas beberapa hari membuat kenaikan selepas rebound dari Lower BB, kini dia pantul semula selepas touch middle BB.. Kita tunggu dia turun semula ke trendline ATAU dia membuat kenaikan semula selepas correction. Jika mampu melepasi middle BB dan mampu pecahkan R pada paras 0.42 next target ialah 0.44. Perhati rapat kaunter ini
Idea Ringkas MIY: AemulusAemulus telah melakukan pergerakan menaik setelah sekian lama menurun dan telah juga melakukan corak 1-2-3 yang cantik.
Perhatikan pergerakan harga pada zon sokongan 0.395-0.405 untuk belian pada aras sokongan.
Kaunter yang memerlukan kesabaran dan sesuai untuk orang bekerja.