Orion masih positifPerkara pertama yang perlu di lihat pada Orion adalah ia telah membuat 52 weeks high breakout. 52 week high breakout adalah satu pattern yang kuat untuk sesuatu ekuiti itu melakukan mark up. Dan ianya lebih kuat jika turut disokong oleh fundamental. Sumber penggerak utama Orion adalah aplikasi sistem fintech mereka iaitu MyAzZahra. Bermula dengan ANGKASA, Orion mensasarkan majoriti institusi kewangan akan turut menggunakan sistem MyAzZahra menjelang hujung tahun 2019.
Revenue dan keuntungan dari MyAzZahra mungkin tidak termasuk dalam laporan suku kedua bagi tahun kewangan 2019 yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Namun ramai pelabur ingin melihat laporan kewangan yang positif ini termasuk jaminan keuntungan dari ASAP. Ini adalah untuk meneliti pengurusan semasa Orion samaada berada pada landasan yang betul atau masih belum dapat mencari rentak. Orion adalah syarikat yang sebelum ini mencatat kerugian yang berterusan.
Walaupun mencatat kerugian demi kerugian, satu perkara yang positif adalah Orion tiada hutang dan masih mempunyai tunai untuk meneruskan operasi.
Kemudian kita lihat pada price dan volume. Anak panah merah menunjukkan bagaimana price jatuh beserta volume yang tinggi menunjukkan kehadiran seller yang tinggi. Namun pada anak panah biru price jatuh tetapi dengan volume yang rendah menunjukkan buyer lebih tinggi berbanding seller. Dan ramai yang masih hold posisi.
Seterusnya kita lihat melalui displin Elliott Waves. Ia telah sampai ke wave 5 dan kemudian membuat correction. Berdasarkan pergerakan corrective yang ada sehingga kini, kita boleh mengagak ia membentuk samaada flat corrective pattern (abc) ataupun double-three corrective pattern (abcxabc).
Melalui anggaran pattern ini, kita boleh merangka trading plan. Yang terbaik adalah entry ketika di 'c' iaitu sekitar 0.165, samaada dia buat flat corrective pattern ataupun double-three.
Andai dia patah paras 52 weeks high (close bawah 0.160), maka andaian corrective pattern kita tadi tidak sah, maka boleh keluar dari posisi dan seterusnya pantau pattern yang baru sebelum membuat keputusan untuk membuat entry.
Di carta mingguan, price masih positif iaitu bergerak di atas Upper Band Bollinger Bands (deviation 1). Tiada sell signal.
Dengan menggunakan Ichimoku di carta harian juga menunjukkan masih positif iaitu price berada di Kijun Line yang merupakan paras keseimbangan price.
Risiko yang ada:
1. Laporan Suku ke-2 rendah dari jangkaan
2. Orion ada membuat cadangan untuk Private Placement
Jika semuanya positif, Orion merupakan salah satu kaunter yang kita boleh layan trend sehingga muncul sell signal yang jelas.
*Penafian: Analisis ini bukanlah buy call, tetapi hanyalah untuk tujuan pembelajaran. Anda dinasihatkan untuk membuat kajian sendiri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Segala jual beli yang anda lakukan adalah atas tanggungan anda sendiri.
idea dagangan ALRICH
Orion Masih Belum Bersedia LagiOrion carta mempunyai isyarat kekuatan yang menunjukkan Smart Money mengumpul di Oktober 2018.
Berikut adalah informasi penting yang penting anda harus perhati dicarta Orion:
1. Breakout pertama di 8 Jan 2019 telah mengesahkan pengumpulan
2. Membentuk Pullback pattern sekali lagi selepas breakout kedua di 12 Feb 2019
3. Kegagalan signal "Spring" di 26 Feb bermakna masih lagi ada penjual di pullback area.
Pelan untuk berdagang
1. Tunggu pengesahan di signal "Spring" RM0.175
2. Elak atau cut loss di RM0.155
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
ORION: kemungkinan Petanda Jual pertama
Ulasan ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran Analisa Teknikal yang di permudahkan.
melihat pada kejatuhan harga saham ini di bawah 20ma mungkina memberi tanda pertama bahawa saham ini akan mengalami fasa pembetulan. dan ini di sokong oleh silangan negatif MACD. Sokongan seterusnya mungkin di paras 14sen
Pullback yang Berjaya di Orion?Isyarat Kekuatan di carta:
1. Pengesahan pengumpulan
2. Upbar dengan volume yang tinggi
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
ORION breakout paras tertinggi bulanan1. Pada ketika ini, ORION berada di paras 160 iaitu tertinggi bulanan
2. Paras 160 ini juga dilihat sebagai resistance kuat. Sekiranya paras ini ditembusi, TP seterusnya 180 dan 200
3. TP ditentukan menggunakan analisa X to X measurement dan fibonacci
4. Support paling hampur aadalah 140
Disclaimer: Idea ini hanyalah sebagai rekod untuk memantau hasil kajian Mahersaham dan bukan bertujuan sebagai buy call. Saham adalah satu instrumen pelaburan yang berisko tinggi. Rujuk mereka yang berlesen dan bertauliah sekiranya ingin mendapatkan nasihat pelaburan.
Orion - Berbaloi Untuk Berdagang?Rintangan dengan volume tinggi masih belum berjaya ditembusi.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
0079 OrionXLMingguan:
Candle berjaya menembusi long term Guppy-EMA Stochastic RSI (8) berada di 50
Harian :
Candle berada di atas long term Guppy -EMA , TD sequential berada di no4 yang bertanda naik. Stochastic RSI (8) telah berada di atas 80.
Idea :
Counter ini akan turun dulu untuk harian tetapi boleh masuk apabila StocRSI jatuh balik bawah 20 untuk harian. Minggu tunjuk kuat signal untuk minggu yang akan datang.
Elakkan Saham dengan Latar Belakang yang Lemah - Orion (0079.KL)Beberapa kelemahan dalam carta harian di Orion berdasarkan Volume Spread Analysis:
1. 2 fasa pengedaran oleh Wang Bijak
2. Fasa pegumpulan baru bermula dan memerlukan lebih banyak isyarat kekuatan untuk pengesahan pertukaran trend. Tiada isyarat untuk berdagang lagi berdasarkan carta harian. Wang Bijak memerlukan masa untuk mengumpul dan mengusir pemegang lemah sebelum memnaikkan harga pasaran.
3. Volume yang tinggi pada peringkat pengumpulan tidak diikuti dengan fasa mark-up. Ini menunjukkan Wang Bijak tidak berminat untuk terus menaikkan harga atau banyak bekalan di pasaran.
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
ORION: Fasa PemBETULan selesai dan kemungkinan naik lagiMelihat pada pergerakan harga, dan harga berkemungkinan memecahkan harga tinggi baru, ini mencadangkan yang harga akan meneruskan kenaikan.
melihat pada MACD, ia telah membuat silangan beli.
melihat pada FIBONACCI, harga telah jatuh ke paras 62% fibo dan kemudian melonjak naik semula. paras sasaran berkemungkinan adalah di paras
1.62% fibo atau di paras 16sen.
hanya satu kemungkinan.