idea dagangan ARMADA
ARMADA - volume kembali untuk break SidewayArmada hari ni menunjukkan keminatan pembelian, volume/investor masuk.
Sekaligus telah break downtrendline.
Momentum adalah agak tinggi untuk setengah hari ni.
TP1 pada 0.245 dan TP2 pada 0.255
Sokongan pada 0.215
QR mungkin akan keluar pada petang ini. Kita sama2 nantikan keputusan.
ARMADA - masuk watchlistARMADA kini berada diparas tertinggi sebelumnya pada 21.5 sen dengan kenaikan minat belian. masuk watchlist untuk monitor jika kaunter ini berjaya memecahkan rintangan 21.5sen. Minyak mentah kini masih dalam mod kenaikan jangka pendek. Short term trading sahaja, bukan untuk swing.
ARMADA 9/6/2019 | TEKNIKAL ANALISISSalam semua,
1. masih cantik untuk diperhatikan
2. candle mula melepasi mid bb dan cuba mencari top bb
3. MACD masih momentum yang menaik
4. stoch masih kuat panjat ke atas
5. RSI juga mula melepasi garisan 50 dan kemungkinan akan panjat lebih tinggi
sekadar perkongsian idea dan selamat berdagang semua
ARMADA - belum ada sokongan yang jelasBAB, mencecah harga tertinggi FY19 pada 0.285 selepas berjaya membuat pembiayaan semula hutangnya sebelum ini. Namun tekanan penjualan masih kuat, harga masih gagal untuk mengatasi harga tertinggi dan masih lagi dalam keadan correction sehingga kini.
-Sell on news juga berlaku pada 7 May lalu, selepas BAB mengumumkan kemenangan kontrak JV untuk FPSO servis (RM8.8 bil untuk 9 tahun).
-Harga terus jatuh dan kini berada pada FiBo 38% (0.2) juga bersamaan ada sokongan hujung Jan19 lalu.
-Sokongan seterusnya pada 0.18, bersamaan dengan FiBo 24%.
Setakat ini, belum ada sokongan yg baik terbentuk, dan lilin bullish yang boleh memberikan petanda untuk positif entri. Terukan monitor jika harga berjaya bertahan pada S1.
BUMI ARMADA BHD 04/05/2019 | DIJANGKA REBOUND Salam Semua,
1. kounter ini dijangka akan rebound kembali pada EMA50 dan akan meneruskan kenaikan
2. sebelum ini ada collecting yang berlaku dimana chart dalam keadaan sideway
3. volume test yang kuat berlaku dan sekarang berehat sekejap untuk kumpulkan momentum kembali
4. alligator sudah mula bangun drpd tidur yang panjang dan ianya lapar, mula memburu untuk mencari makan kembali
5. jom kita sama2 memerhati kemana arah kounter ini selepas ini
ini hanya sekadar perkongsian dan selamat berdagang semua
JOIN ME AT TELEGRAM : t.me
ARMADA: 20.5 sen akan di uji
masanya mungkin telah tiba untuk saham ini mula bergerak, ini hanya satu kemungkinan, untuk mula bergerak, ia perlu naik ke atas 20.5sen, andai paras 20.5sen ini di tembusi maka paras halangan seterusnya ialah 28sen dan kemudianya 28sen berdaasarkan paras paras ichimoku.
ARMADA: Tertinggal di garisan permulaan
Di waktu ini, hangat di pasaran dengan saham saham yang berkaitan minyak. semuanya naik, umpama gajah naik minyak. tapi terlihat saham ARMADA ini yang ada kaitan minyak, tertinggal. saya melihat hanya dari sudut teknikal sahaja tanpa mengambil kira apa sahaja fakta fakta dan teori lain yang tak dapat saya pastikan kebenaran.
baiklah. melihat pada carta harian saham ini. ia masih di lihat bergerak secara mendatar sahaja tanpa apa apa reaksi yang jelas, samaada untuk naik atau turun. namun begitu di lihat pada garisan 20ma. saya dapati harga saham ini, mulai mendaki ke atas 20ma, secara perlahan lahan dan santai sahaja. dan melihat pada ichimoku, ia masih lagi berada di dalam awan, bermaksud ia masih bergerak secara mendatar atau sideways, dan awan hadapan juga masih merah karana lead 1 masih lagi berada di bawah lead 2 yang memberikan awan merah. dan garisan lagging juga masih berada di bawah harga semasa 26 hari yang lalu,
tetapi, petanda petanda awal seperti harga yang berada di atas 20ma dan MACD yang positif tak boleh di tinggalkan, jika anda seorang pemain saham mengikut teknikal, berkemungkinan anda akan mulai monitor saham ini untuk breakout yang lebih kukuh. paras halangan adalah pada paras 25.5 (paras tertinggi lepas) dan 28 (paras halangan awan)
ARMADA: kegagalan realisasi corak bahu kepala
Kurang lebih sebulan lalu, saham ARMADA terlihat cuba membuat corak bahu dan kepala, namun begitu corak itu gagal di realisasi kan kerana pada nechline 24.5sen yang terakhir, halangan nya terlihat begitu kuat, dan ia pun kembali jatuh, kembali jatuh ke paras permulaan sebelum ia bermula naik. melihat pada harga semasa, ia telah jatuh semula di bawah paras 20ma, dan ia juga telah jatuh di bawah awan. dan terlihat pada ketika ini, awan masa hadapan adalah negatif dan bewarna merah. di lihat pada MACD, pada 21hb feb yang lepas, MACD telah terlihat bersilang negatif pada paras harga 20.5
pada paras semasa 16sen ini, terlihat ada kemungkinan kemungkinan para pelabur mula membuka mata dan menunggu peluang petunjuk positif untuk masuk semula membeli saham ini.
ARMADA [NS] - Sokongan kuat dan smart money masukBumi Armada hampir kehilang 80% kepada 0.17 daripada harga terakhir 0.8 utk keputusan QR1 FY18 yg kurang baik.
-aktiviti OMS (Offshore marine services) yg kurang baik
-penjualan mendatar daripada FPO (floating production & operation)
-hanya pendapatan daripada operasi OSV (offshore support vessel) yg improve
-tetapi masi mempunyai orderbook yg stabil pada RM 21Bil (FPO: RM19.7bn, OMS: RM1.3bn). utk FY19, pendapatan masih lagi bepaut kepada cabang FPOnya. operasi OSVnya masi lagi dijangkakan masi lemah.
Telah membentuk harga terendah dan sokongan kuat pada 0.17 sebelum ini.
- menunjukkan minat pembelian yg ketara pada 18 Jan lepas, d mana pertukaran volume yg terbanyak utk dua hari berturut2
- harga kini masi lagi berjaya maintain di atas EMA50, dan SMA200 masi jauh d hadapan,
- telah membentuk uptrend line, di harapkan x break
- juga telah membentuk rintangan kuat pada 0.245 (dah 4 kali try tapi masi x lepas). Jika lepas.. Fasa Uptrend pasti terbentuk.
- harga masih lagi belum overbought.
- kita masi lagi menunggu fund yg besar utk menolak harga terus keatas.
- syarikat masih lagi berhempas pulas utk menyelesaikan hutang2 mereka, masih lagi dalam peringkat perundingan dengan para peminjam dan institusi bank, utk refinance hutang2nyna
*dengan sentimen oil and gas, harga minyak mentah dunia yg dah break - pasti akan lagi menjadi pemangkin untuk pelabur2 lain turut serta dalam syarikat ini.
ARMADA: CORAK BAHU DAN KEPALAARMADA: CORAK BAHU DAN KEPALA
Melihat pada saham Bumi Armada, ada kemungkinan yang saham ini sedang dalam perjalanan menghasilkan corak head and shoulder, ketika ini masih belum sempurna lagi, untuk menyempurnakan nya, harga harus naik melebihi 24.5 sen, dan setelah sempurna, sasaran x2x nya adalah berkemungkinan di paras 29sen
ARMADA [NS] selepas break upper channelIni adalah untuk pembelajaran. ARMADA adalah contoh kaunter yang meletop selepas melepasi upper channel pada chart yang admin tunjukkan diatas. Rajinkan diri cari kaunter-kaunter seperti diatas, yang mana price semakin menghampiri upper channel sebelum breakout upperchannel.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
BUMI ARMADA menanti supportMelihat pada daily chart, MACD didapati telah melakukan persilangan. Garis sokongan pada 0.155 harus dapat di pertahankan oleh BUMI ARMADA dari terus bocor dan meneruskan trend penurunan. Jika harga melepasi garisan arah aliran menurun (garis berwarna merah), boleh diperhatikan untuk kenaikan harga yang seterusnya