idea dagangan BIOHLDG
BIOHLDG Sedang Cuba Mengubah Arah Dari Menurun Kepada MenaikBIOHLDG perlahan-lahan bergerak ke atas dimana pada minggu ini kuat bertahan diatas aras sokongan 0.130 dan volume pun sudah makin berkurangan menandakan selling pressure sudah semakin perlahan sambil menantikan fresh buying volume masuk. Terdapat garisan EMA200 dan juga garisan menurun 2 tahun (DTL 2yr) untuk dilepaskan. Adakah BIOHLDG mampu mengumpul cukup kekuatan untuk menukar arah tujuan dari menurun kepada menaik? Sama-sama kita perhati rapat. Jika dilihat pada indicator Inchimoku, BIOHLDG telah pun memecahkan awan ichimoku disokong oleh volume yang kuat dan masuk bertahan diatas kumo support. Sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Sama-sama kita sediakan trading plan dan mencari peluang ya. Fundamental pun menarik kaunter ni. Pemegang saham utama adalah PNB dan MTDC. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Biohldg membentuk Descending Triangle dan berada di zon sokonganCarta harian menunjukkan Biohldg membuat corak Descending Triangle.
Dan harga kini berada dalam zon sokongan (0.195 - 0.215).
Dalam keadaan ini adalah lebih baik tunggu ia melepasi 0.215 dahulu. Kemudian tunggu dia retest 0.215 sebagai sokongan sebelum membuat entry.
Exit di Rintangan Descending Triangle jika harga tidak mampu menembusinya.
Jika harga berjaya menembusi rintangan, jadikan 0.255 sebagai sokongan ataupun trailling stop.
BIOHLDG (0179), W1 - Mencari swingBIOHLDG atau Bioalpha Holdings Berhad adalah sebuah syarikat pharmasi
Apayang menarik bagi kaunter2 ubat / pharmasi adalah sepeti harga belum bergerak (seperti CCMDBIO)
Jika dilihat pada FA bagi kaunter ini,
mempunyai asas FA yang sangat sihat
dan, revenue dan profit yang berkembang dan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun (dengan kadar lurus)
Saya cuba lihat dalam timeframe lebih kecil seperti D1, tiada corak yang jelas (kecuali zoomout)
Tetapi, pada W1, ia membentuk wedges
harga juga berada pada sokongan bawah garis trend dan sokongan weekly/daily yang lain
Boleh mencari buy untuk swing kaunter yang bagus seperti ini
(kecuali berlaku sentiment yang tidak diingini)