idea dagangan CCK
Flag CCK juga breakCCK telah mementuk Flag pattern dan kini telah melepasi channel tersebut.
-Terdapat minit terakhir volume masuk
-Stoch telah cross dan RSI kini menghala ke atas
-Harga masih berjaya untuk mengekalkan atas EMA sejak bulan Febuary lalu
-R1/TP1 berada pada 0.69 dan R2 pada 0.715
-S1 berada pada aras 0.60
-Bersama dengan sektor poultry, rata2 semuanya telah rally sejak 2 hari lalu
*monitor untuk momentum pembelian seterusnya untuk perubahan trend
7035 CCK : Telur Goreng?CCK berkemungkinan akan meneruskan kenaikan hari ni.
Jika mampu naik 0.645 dan ke atas, besar kemungkinan momentum akan mula masuk.
Masa untuk menggoreng telur2 di bursa.
Kekuatan BULL masih lemah di dalam CCK.
Tetapi kelihatan peningkatan kekuatan BULL di dalam CCK.
Happy Trading
CCK 15/05/19 KELUAR DARI KAWASAN TREND MENURUN..1) Harga kaunter CCK pada tarikh 15/05/19 telah berjaya keluar dan tutup diluar kawasan trend menurun dan
diluar awan ichimoku..
2) Kaunter ini akan lebih menarik jika harga mampu untuk meneruskan kenaikan dan berjaya melepasi rintangan terdekat ..
3) Jika harga tidak mampu meneruskan kenaikan dan masuk kembali ke dalam kawasan menurun
maka aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
CCK 04/05/19 MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN1) Harga kaunter CCK pada tarikh 03/05/19 masih berada didalam kawasan trend menurun..
2) Kaunter ini akan lebih menarik jika harga mampu untuk keluar dari kawasan trend menurun dan meneruskan kenaikan ..
3) Jika harga tidak mampu meneruskan kenaikan maka aras sokongan boleh dijadikan kawasan menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
CCK cukup sedia untuk meneruskan kenaikan?CCK kini telah berada di Moving Average 50 setelah kejatuhannya tahun lepas.
Dan dapat dilihat ia membuat corak yang sama seperti waktu mula-mula ia naik cuma pada skala yang lebih besar.
MACD masih di atas 0 menandakan ia dalam keadaan bullish.
RSI pula berada di tahap sama seperti waktu CCK membuat base yang terdahulu sebelum kenaikan.
Seandainya ia rebound di MA 50, selalunya ia akan diikuti oleh rally ataupun strong bullish.
*Analisis ini hanya sekadar rujukan untuk pembelajaran. Anda dinasihatkan untuk melakukan analisis sendiri sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau trade.
CCK : Masih bullishCCK Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam perusahaan ayam, udang, rujukan makanan, runcit dan korporat.
1. CCK masih lagi bullish apabila kekal di atas garisan EMA50.
2. CCK hendaklah melepasi MA200 utk meneruskan momentum kenaikkannya.
3. OBV menunjukkan tiada pengaliran volume keluar yg drastik.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
CCK: Gelombang kenaikan bakal berlaku1) Kaunter ini menerima volum pembelian yang banyak sejak pertengahan Februari lepas dan minat belian yang berterusan sehingga hari ini.
2) Jika dilihat masih tiada penjualan besaran yang berlaku.
3) Jika dilihat indikator On Balance Volume, kenaikan harga disokong oleh kemasukan volum yang banyak, maka boleh dinyatakan kenaikan harga adalah valid.
4) Bagi indikator Stoch RSI, juga telah bersilang garisannya dan jangkaan bakal meneruskan kenaikan dalam waktu terdekat ini.
5) Kaunter ini juga didagangkan di atas MA50 trend jangka panjang masih baik dan positif.
6) Tetapi masih perlu berhati hati, indikator MACD masih menghala kebawah dan masih belum bersilang.
7) Bagi saya kaunter ini lebih menarik apabila dapat tutup dan berada diatas 0.655.
KEMASKINI : CCK : BBMA+TRENDBAND : Bermain Antara 50 & 200Mengikut carta mingguan, harga akan bermain di antara dua garisan (Hitam dan Merah) sebelum meneruskan kenaikan. Ini kerana harga telah mencecah BL tetapi stoch tidak lagi mencanak ke atas melepasi 50 CT. Jadi kita kena tunggu, dan saya mencadangkan mula beli pada harga 0.54.
CCK : Kemasukkan volume?CCK Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam perusahaan ayam, udang, rujukan makanan, runcit dan korporat.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan), CCK berjaya kekal di atas paras sokongan sebelum meneruskan momentum kenaikan dgn memecahkan rintangan ke-2 .
2. Paras sokongan semasa adalah pada RM0.610 dan paras rintangan seterusnya adalah pada RM0.730.
3, Jika berjaya mengekalkan kenaikkan di atas garisan trend, CCK mampu utk memecahkan rintangan pada RM0.730 sebelum melakukan pembetulan.
4. Jika dilihat pada volume bar pada sesi dagangan hari ini menunjukkan seakan-akan terdapat volume keluar tetapi indikator OBV menunjukkan bacaan yg sebaliknya.
5. Jika dilihat, OBV menunjukkan terdapat kemasukkan volume yg agak drastik. Ini boleh diterjemahkan sebagai pembelian oleh 'smart money'.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
CCK : BBMA + TRENBAND : Meneruskan Kenaikan?Menariknya CCK ini adalah carta berada dalam uptrend atas EMA 50 dalam carta bulanan. Tidaklah dalam keadaan menaik sepenuhnya tapi sekurangnya melegakan hati kita. Namun, adakah ia akan meneruskan kenaikan?
Melihat kepada harga semasa, ia akan atau tidak, berada di sekitar antara garisan merah dan hitam (EMA50), sebelum meneruskan kenaikan. Bagi saya, kita perlu menunggu terlebih dahulu sekurangnya harga masuk ke dalam TRENDBAND atau menyentuh low WMA lama sedikit (1 atau 2 candle). Kerana biarpun signal belian keluar pada 19.2.2019, sebagai peniaga kita mahu membeli di akar atau breakout jika breakout itu padu. Terpulang pada caturan anda. Bagi saya:-
Masuk beli : 0.625/06.30
Jual : Mengikut syarat BBMA
Atau Mungkin boleh tambah belian apabila ada lagi isyarat belian
Atau kita boleh tunggu EMA 50 dan EMA 200 bersilang, tapi lamalah.
CCK dan QRWalaupun keputusan kewangan sukuan keempat CCK tahun ini dinisbahkan dengan tahun 2017 (YoY) mencatatkan penurunan sebanyak -55.1%, harga CCK kelihatan tidak terjejas kerana masih mampu bertahan di atas "trendband" hijau lagi. Selepas pengumuman dibuat pada 25 Februari, berlaku sedikit penjualan panik pada pada 26 Februari menyebabkan berlaku "gap down" pada harga 0.605 sebelum jatuh ke paras terendah 0.575. Namun kaunter ini berjaya naik semula bermula jam 9:30 pagi sehingga dapat tutup semula "gap" pada jam 10:30 pagi. Akhirnya ia dapat kembali semula ke paras tertinggi 0.665 semasa tutup pada hari tersebut. Walaupun keputusan sukuan tahun ke tahun YoY mencatatkan penurunan yang banyak, keputusan sukuan QoQ masih berada di paras yang sama. Hasil jualan juga masih berada di atas 151 juta ringgit.
CCK : KemaskiniCCK Berhad adalah syarikat yg terlibat dalam perusahaan ayam, udang, rujukan makanan, runcit dan korporat.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan), CCK berjaya kekal di atas Sokongan (3) apabila disokong dengan volume yg tinggi pada sesi dagangan 26 Feb. Indikator OBV juga mengesahkan berlakunya pengaliran volume masuk yg tinggi
2. Paras sokongan semasa adalah pada Sokongan (3) RM0.605 dan paras rintangan seterusnya adalah pada RM0.730.
3, Jika berjaya mengekalkan kenaikkan di atas garisan trend, CCK mampu utk memecahkan rintangan pada RM0.730 sebelum melakukan pembetulan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
CCK: Kaunter ayam nak terbang lepas awanSekali imbas kaunter ini dah boleh nampak struktur menaik (H, HL dan kemudian HH). Boleh tunggu harga membentuk HL kedua untuk masuk pada harga diskaun. Walaubagaimanapun, kebarangkalian untuk naik mencanak seperti anak panah hitam tetap ada, lebih-lebih lagi jika dah melepasi awan ichimoku.
Corak seakan 'pennant' dah terbentuk dan dah BO pun. Indikator MACD pula positif menyokong pergerakan harga.
Anak panah biru adalah jangkaan yang lebih realistik bagi penggemar belian pada harga diskaun. Selamat berdagang!
Pendedahan Risiko:
Perdagangan melibatkan risiko yang tinggi dan bukan untuk setiap pelabur. Seorang pelabur berpotensi kehilangan semua atau lebih daripada modal pelaburan awal.
Modal risiko adalah wang yang boleh hilang tanpa membahayakan keselamatan kewangan atau gaya hidup. Hanya modal risiko harus digunakan untuk perdagangan dan hanya mereka yang mempunyai modal risiko yang mencukupi harus mempertimbangkan perdagangan.