idea dagangan CIMB
CIMB (BURSA)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: Minimum 10%
Target Kerugian: Maksimum 5%
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:2
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
CIMB (BURSA)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: Minimum 10%
Target Kerugian: Maksimum 5%
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:2
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
CIMB bakal berdepanCIMB group holdings berhad bakal berdepan dengan garisan rintangan menurun setelah gagal menembusi kawasan sokongan. untuk meneruskan kenaikan CIMB group perlu memecahkan dan bertahan diatas garisan rintangan menurun.
CIMB Thai Bank PCL, yang dimiliki 94.83% oleh CIMB Group Holdings Bhd , melaporkan penurunan keuntungan bersih 7.6% tahun ke tahun bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2022 (3QFY22) kepada 695.97 juta baht (RM85.98). juta), daripada 753.38 juta baht, manakala pendapatan faedah bersih bagi suku dalam tinjauan merosot 2.8% kepada 2.42 bilion baht daripada 2.48 bilion baht pada 3QFY21. Keuntungan bersih yang berkurangan adalah disebabkan oleh pendapatan faedah bersih yang lebih rendah, ditambah dengan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi, perbelanjaan cukai pendapatan dan sedikit peningkatan dalam jangkaan kerugian kredit. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, keuntungan bersih CIMB Thai meningkat 656% kepada 2.81 bilion baht daripada 1.71 bilion baht dalam tempoh yang sama sebelumnya, manakala pendapatan faedah bersih turun 6.4% kepada 7.08 bilion baht daripada 7.57 bilion baht.
CIMB mencatatkan hasil yang baik pada Q2 sebanyak RM4,884,369,000 berbanding Q1 RM4,736,369,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM148,000,000. Namun Keuntungan bersih Q2 RM 1,280,695,000 berkurang jika dibandingkan dengan Q1 RM1,426,984,000 mencatat perbezaan sebanyak RM146,289,000.
Pemegang saham utama bagi CIMB terdiri daripada KHAZANAH NASIONAL BERHAD 25.72% sebanyak 2,628,759,643 unit saham yang bernialai 14.54B, diikuti EMPLOYEES PROVIDENT FUND BOARD 14.26% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 1,457,564,015 unit saham dengan nilai sebanyak 8.06B.
corak carta : segitiga menurun
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
CIMB bertahan?1. CIMB cuba bertahan diatas garisan leher bagi corak kepala dan bahu
2. kenaikan didorong dengan terbentuk perbezaan harga dan indikator (divergent)
3. corak ini akan terbatal sekiranya harga mampu memecahkan R1
corak carta : kepala dan bahu
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
CIMB: Menguji RintanganPergerakan harga CIMB dilihat bergerak mematuhi saluran menaik bermula dari beberapa minggu dagangan yang lalu
Harga pada hari terakhir dagangan dilihat tutup dengan lilin hijau berhampiran paras harga rintangan sebelum ini
Paras rintangan yang diuji adalah dianggap paras rintangan kuat yang dilihat terhasil sejak Jun 2019
Jika dilihat pada petunjuk RSI harian, momentum dilihat berada di paras positif dan mencukupi sekiranya harga hendak menaik
Petunjuk MACD harian juga dilihat menyokong pergerakan harga dengan histogram dan garisan MACD kedua-duanya menunjukkan pergerakan harga yang positif
Namun, jika dilihat pada petunjuk RSI mingguan (tidak ditunjukkan), harga terkini dilihat sudah berada di dalam kawasan 'overbought' dan tidak mustahil untuk membuat pembetulan harga
Petunjuk MACD mingguan (tidak ditunjukkan) masih menunjukkan keadaan yang positif dan belum menunjukkan tanda-tanda perubahan arah pergerakan
Dengan keadaan pasaran yang kurang menentu pelbagai perkara boleh berlaku. Justeru, para pedagang dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dan mematuhi pelan dagangan masing-masing
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
CIMB meneruskan langkah?1. berjaya memecahkan kawasan rintangan pada 4.750
2. kelihatan kemasukan volume belian semakin meningkat
3. berkemungkinan harga bakal menguji semula di kawasan RBS
4. harga sasaran berdasarkan kepada corak segitiga menaik X=X 5.955
corak carta : segitiga menaik
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
6 Jun 2021: Mampukan CIMB memecah F61.8% kali ini?PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
CIMB
1. Penarikan berlaku selepas mencapai dasar harga terendah 52 mingguan, RM2.90. Kenaikan ini secara parabolic, sehingga mencapai matlamat zon fibo 61.8% (RM4.50).
2. Harga tidak dapat menebusi zon fibo 61.8% sebanyak 2 kali. Harga semasa serdang mencuba menebusinya buat kali ketiga.
3. Volum agak kuat untuk mentokong kenaikan harga.