Awan NanoMampukah harga DGB memecahkan ichimoku cloud? Harga membentuk support di 0.140oleh khalisuphi0
dgb 1 dis 19dgb seperti hendak meneruskan kenaikan. kerana bila dilihat jumaat lepas da buat kona baring. harga penutup tinggi dari hari sebelumnya. ini menunjukkan mungkin seller jgka pendek da habis keluar. kaunter ade buat recent new high. bole diperhatikan untuk minggu depan. kaunter murah biasa org main 2, 3 bid je da kluar. so hati2. oleh F9590
DGB - dua corak carta terbentuk1. Corak bendera ada, corak cawan dan pemegang pun ada 2. Menarik kalau harga break out dan close di atas 0.180 3. TP disyorkan seperti yang tertera dlm carta Nota: Ini kaunter penny maka disyorkan utk lebih berhati-hati jika ingin melabur dalam kaunter ini. oleh akmy0
DGB (MYX:0152) Kekal di paras sokongan!Walaupun harga kaunter telah melonjak tinggi semenjak 15 Oktober 2019, kita dapat lihat bahawa harga kaunter telah membentuk dan kekal berada di atas paras sokongan terbaru (RM0.145). Kedua-dua Stochastic RSI dan MACD juga menunjukkan indikasi bahawa momentum harga telah mula bergerak ke arah positif. Tambahan pula, volum kaunter ini juga agak konsisten, menunjukkan sentimen pedagang yang positif kerana pembeli jauh melebihi penjual kebelakangan ini. Sekiranya harga kaunter ini masih kekal berada di atas paras sokongan tersebut, kalian berkemungkinan akan lihat carta membentuk formasi "cup and handle" seperti yang tertera dalam carta di atas. Memandangkan semua indikasi kelihatan positif buat masa ni, bolehlah kita cuba nasib dan masuk kaunter ini dengan entry yang berikut: Beli: RM0.165 Cut loss: RM0.140 Untung Jual: RM0.220 Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut Panjangoleh miketiong.952
Cari Tapak1.Volum menunjukkan peningkatan minat belian yang agak menarik namun tekanan jualan yang sangat tinggi menyebabkan harga turun mendadak. 2.Menunggu jika kaunter ini berjaya membuat tapak sokongan untuk peluang entri ketika pullback . 3.Jika tidak bolehlah diabaikan dahulu.. PENAFIAN:Kajian ini hanya untuk pembelajaran sahaja. Beli dan jual atas keputusan dan pengurusan risiko sendiri.oleh elhakim0
DGB ASIA (non- shariah)- potensi pullback entrySemua garis EMA menunjukkan chart ini masih positif. Nampak ada potensi untuk pullback entry dengan stop loss di bawah trendband. Potensi target akan tercapai hanya jika candle berjaya tembus garisan merah melintang.oleh BURSATRENDBANDCHARTTelah dikemas kini 4
0152- DGBSalah satu kaunter saham "hit and run". Perlu behati-berhati dan letakkan stop loss yang minimum untuk mengelakkan kerugian. Saya jangkakan saham akan naik ke aras 0.190 dan sekiranya gagal, cut loss di harga 0.160. TAYOR.Panjangoleh Fibi_Trader2