idea dagangan DGB
dgb 1 dis 19dgb seperti hendak meneruskan kenaikan. kerana bila dilihat jumaat lepas da buat kona baring. harga penutup tinggi dari hari sebelumnya. ini menunjukkan mungkin seller jgka pendek da habis keluar. kaunter ade buat recent new high. bole diperhatikan untuk minggu depan. kaunter murah biasa org main 2, 3 bid je da kluar. so hati2.
DGB (MYX:0152) Kekal di paras sokongan!Walaupun harga kaunter telah melonjak tinggi semenjak 15 Oktober 2019, kita dapat lihat bahawa harga kaunter telah membentuk dan kekal berada di atas paras sokongan terbaru (RM0.145).
Kedua-dua Stochastic RSI dan MACD juga menunjukkan indikasi bahawa momentum harga telah mula bergerak ke arah positif.
Tambahan pula, volum kaunter ini juga agak konsisten, menunjukkan sentimen pedagang yang positif kerana pembeli jauh melebihi penjual kebelakangan ini.
Sekiranya harga kaunter ini masih kekal berada di atas paras sokongan tersebut, kalian berkemungkinan akan lihat carta membentuk formasi "cup and handle" seperti yang tertera dalam carta di atas.
Memandangkan semua indikasi kelihatan positif buat masa ni, bolehlah kita cuba nasib dan masuk kaunter ini dengan entry yang berikut:
Beli: RM0.165
Cut loss: RM0.140
Untung Jual: RM0.220
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut
Cari Tapak1.Volum menunjukkan peningkatan minat belian yang agak menarik namun tekanan jualan yang sangat tinggi menyebabkan harga turun mendadak.
2.Menunggu jika kaunter ini berjaya membuat tapak sokongan untuk peluang entri ketika pullback .
3.Jika tidak bolehlah diabaikan dahulu..
PENAFIAN:Kajian ini hanya untuk pembelajaran sahaja. Beli dan jual atas keputusan dan pengurusan risiko sendiri.